Thor : The Dark World

thor-the-dark-world-1v

Abang : Alongg! Jom tengok wayang.
Saya : As usual, cerita apa?
Abang : Thor.
Saya : Eh thor kan dah lama. Ada keluar yang baru pulak ke?
Abang : Ada lah. Aiyoo ketinggalan keretapi betul la kakak sorang ni.
Saya : Ok jommmm.

Dah beli tiket macam biasa. Adik beradik time. Layan movie. Kalau saya seorang selalunya saya beli di Astro Best saja. Boleh baring tengok tv. Berduaan dengan en hadi. Phewww…

Thor 1 memang dah best. Apa lagi Thor 2. Lagi lah sangat best. Jom saya review sikit ;

Dalam filem Thor 1, Loki (Tom Hiddleston) sememangnya inginkan tempat ayah angkatnya, Odin sebagai King. Namun, Odin lebih sukakan Thor (Chris Hemsworth) untuk menggantikannya suatu hari nanti. Thor pula bukan jiwanya untuk memerintah Asgard. Jadi Loki berdendam dan akhirnya bergaduh dengan Thor hingga menyebabkan jambatan pelangi yang menghubungkan Asgard dan Bumi dipecahkan Thor. Loki pula jatuh ke bumi dan tak boleh kembali ke Asgard. 

Dalam filem Avengers, Loki buat kacau di bumi sehingga semua superheroes (Captain America, Iron Man, Hulk dan Thor) terpaksa bergabung untuk menghalangnya. Dan seperti biasa, akhirnya Loki kalah dan dibawa balik ke Asgard kembali oleh Thor. 

Dalam filem Thor 2, Jane Foster (lakonan Natalie Portman) dibawa ke Asgard. Kuasa yang berada di dalam badannya diperlukan oleh satu kuasa hitam, Malakeith untuk memusnahkan Asgard. Thor dan Loki bergabung untuk menyelamatkan Asgard. Sebahagian dunia Asgard musnah. Ibu Thor , Frigga (Rene Russo) yang juga ahli sihir turut mati di tangan kuasa jahat. Loki akhirnya berjaya mewarisi ilmu sihir dari Frigga. 

tumblr_mn2enkmKIc1qbjuneo1_250

tumblr_mn2enkmKIc1qbjuneo3_250

tumblr_mn2enkmKIc1qbjuneo5_250

                     *Dunia asgard

Bintang : 4/5

2 thoughts on “Thor : The Dark World

  1. best ek? Aku mcm x minat citer jenis2 mcm ni. so x tengok. kelmarin nk tengok wayang, tp since xde citer baru yg best, x jadi tengok pun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s