[Review] : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck – Hamka

Rasa macam sudah lama tak membeli buku. Tapi en hadi cakap baru hari tu saya beli. Alah, beli banyak-banyak pun apa salahnya kan. Baca ajelah daripada tak ada buat apa tu. Saya rasa ketagih pula. Jadi singgah lah di kedai buku. Kali ni pilihan saya ialah novel karya agung, HAMKA. Judulnya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Siapa tak kenal dengan penulis terkenal, Hamka. Karya-karya beliau sangat berkesan di hati. Bahasa yang sangat indah. Novel ni reprint balik. Novel ni diterbitkan pada tahun 1937. Buku ni kiranya edisi susah letak lah bagi saya. Huhu.

So, review nya ;

Kisah seorang pemuda bernama Zainuddin yang sentiasa bernasib malang dalam hidupnya. Dicerca, dihina, dihalau dan sebagainya membuatkan Zainuddin membawa hati. Akhirnya dia bertemu dengan seorang gadis bernama Hariyati. Zainudin ingin berkahwin dengan Hariyati namun dihalang oleh keluarga Hariyati hanya kerana tidak tahu asal usul Zainuddin. Meranalah Zainuddin. Hariyati pulak akhirnya dikahwinkan denga seorang yang kaki judi dan perangai teruk, Aziz. Perkahwinan mereka bertahan hanya 2 tahun. Kemudian Aziz membunuh diri akibat malu dan tekanan. Hariyati pula dihantar pulang ke negeri asalnya oleh Zainuddin biarpun peluang untuk mereka bermula semula sangat cerah. Dek kerana dendam Zaiuddin dan Hariyati merana lagi. Namun akhirnya Hariyati meninggal dunia akibat tenggelamnya kapal Van Der Wijck.

Sedikit sebanyak review ringkas yang dapat saya berikan. Hehe. Gigih buat ringkasan macam budak tigkatan tiga. Novel ni pernah keluar drama berjudul Hariati tahun 2002/2003 kalau tak silap saya. Overall saya bagi 4.9 bintang. Best. Pada siapa yang berminat denga bahasa Buya Hamka ni, harus beli untuk koleksi.

11045815

* gambar ehsan en google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s