Lawak Juha

Lawak ni saya kongsikan dengan pembaca. Sepanjang saya mendengar ceramah Dr. Maza. Juma ni satu watak kelakar di negara Arab seperti Pak Pandir di Malaysia ;

1. Suatu hari, Juha pergi ke Dialog Sunni Syiah dalam masjid. Beliau kemudiannya membawa kasutnya ke dalam masjid dan beliau meletakkan kasutnya di mihrab. Semua orang masjid marah.
Salah seorang ahli masjid  : Kenapa kau datang dan meletakkan kasut di mihrab?
Juha : Sebab pada zaman Nabi, syiah suka curi kasut.
Salah seorang wakil syiah : Ko jangan nak merepek. Masa zaman Nabi mana ada syiah.
Juha : Oklah kalau tak ada syiah aku pun nak balik lah. Buang masa berbahas benda yang tak ada pada zaman Nabi.

2. Ada orang tanya Juha ;
A : Mana lebih manfaat antara bulan dan matahari ?
Juha : Sesungguhnya bulan lebih manfaat daripada matahari. Kerana matahari datang pada waktu siang. Siang dah cerah tak perlukan cahaya.

3. A : Juha, umur kau berapa ?
Juha : Umur aku 45 tahun.
Beberapa tahun kemudian, orang jumpa dan tanya lagi ;
A : Juha, umur kau berapa?
Juha : Bukan aku dah bagitau kau dulu ke? Aku 45 tahun.
A : Eh tu dah bertahun.
Juha : Orang yang jujur dan baik tidak pernah mengubah cakapnya. Sekali dia cakap 45 tahun selamanya 45 tahun.

4. Juma : Saya wali.
A : Apa bukti kau wali?
Juma : Aku, kalau panggil pokok kurma tu datang, dia akan datang pada aku.
A : Ok, panggil lah.
Juma pun panggil pokok kurma tu sebanyak tiga kali. Tapi pokok kurma tu tak bergerak. Lalu Juma pun bangun dan duduk bawah pokok kurma tersebut. Orang yang ikut Juma bertanya.
A : Kenapa kau duduk bawah pokok kurma?
Juma : Wali-wali ni tawadduk dan rendah diri. Kalau dia panggil orang tak datang, maka dia akan pergi pada orang tersebut. Jadi aku wali lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s