Baru-baru ni saya beli satu lilin. Lilin yang besar. Tujuan saya untuk mewangikan rumah dan bau yang menyenangkan saya. Itu sahaja. Tapi bau tak berapa kuat. Saya tak puas hati. Jadi saya biarkan sahaja lilin tu di tepi tv tanpa menggunakannya. Saya ganti dengan pewangi lain pula. Lilin tu bila takde elektrik baru saya guna. Ok berhasil.

Ada seorang kawan datang rumah saya ;

Kawan : Eh, kak beli lilin ni? Boleh ke pakai? Kan orang Kristian je yang suka guna dalam gereja semua.
Saya : Ooo lilin gereja tu warna biru ke? (Kebetulan saya beli lilin tu warna biru)
Kawan : Hmm, saya selalu tengok warna putih. Memang tak boleh, kak.
Saya : Oh, ye ke. Hmm, tu macam mana tu? Akak dah beli sayang tak guna.
Kawan : Buang je kak. Takut nanti sama dengan Kristian pulak. Bahaya tu.

Entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa. Entry ni adalah pendapat peribadi saya. Lilin yang saya beli hanya untuk aromaterapi dan untuk mewangikan rumah. Itu sahaja. Tiada tujuan penyembahan. 

Saya dibesarkan dengan persekitaran pelbagai kaum. Bersekolah aliran Inggeris. Aliran Inggeris bukan mengajar apa itu Kristian tapi menekankan Bahasa Inggeris. Biarpun sekolah saya ada gereja, namun kami pelajar beragama Islam masih ada jadual untuk sembahyang bila tiba waktu. Bila tiba waktu pelajaran Agama, yang beragama Islam masuk ke kelas Pendidikan Islam. Yang selain beragama Islam, ada Pendidikan Moral. Malah, ada juga kawan-kawan saya yang berminat untuk belajar Pendidikan Islam. Cikgu izinkan. Sebab itu secara tak langsung boleh menarik lebih ramai memeluk Islam.

Setiap hari Jumaat, lepas sekolah, kawan-kawan saya ada yang pergi ke gereja membersihkan gereja. Saya akui, saya pernah masuk ke dalam gereja. Bukan untuk sembahyang tapi hanya melihat dan membantu kawan membersihkan kawasan. Begitu juga sebaliknya. Bila kami ke surau, kawan-kawan bukan Islam saya turut membersihkan kawasan surau. Tiada pertikaian di situ.

Bila tiba hari perayaan juga begitu. Kami akan saling menziarah. Hari Raya, Chinese New Year, Deepavali dan Krismas. Kawan-kawan saya tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan. Mereka menghormati. Pada saya, agama itu satu keyakinan dan kepercayaan. Rukun Iman dan Rukun Islam itu perlu kita kukuhkan dalam hati, jiwa dan minda. Kita perlu kawan dengan pelbagai bangsa jadi kita akan lebih memahami agama kita sendiri. Insya Allah.

p/s : Itu cerita 20 tahun lepas. Tapi hari ini, kita kuat perkauman walau kita laungkan 1 Malaysia…

One thought on “

  1. Xde maknanya. Abis tu kalo rumah xde letrik. Xyah pasang lilin, nanti jadi macam kristian. Tunjuk sket mana hadith dan ayat al-quran ckp mcm ni. Mengarut betul. Yang penting niat. Yang kawin beria bersanding mcm hindu tu x nak question pulak. Ni la mentaliti orang kita, ikut tak bertempat. Yang disuruh tak nak pula buat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s