Monet

Minggu lepas saya perasan ada seekor kucing tidur atas penyodok sampah. Tiga hari berturut-turut saya keluar nampak dia tidur di tempat sama. Bila saya dekat dia lari. Kucing liar agaknya.

Hari keempat saya sediakan kotak untuk dia tidur. Malangnya bila bangun saya lihat dia tiada di dalam kotak. Saya biarkan saja. Hari kelima saya bangun tengok ada! Dia mula tidur dalam kotak yang saya letakkan kain supaya dia tak sejuk.

Bila saya nak ke office, saya lihat dalam kotak ada seekor cicak besar. En hadi cakap anak biawak. Saya tak pasti tapi mati. Saya buang dan gantikan dengan kotak baru.

Esoknya lagi terkejut. Dia bunuh tikus!! Woohoo… Baguslah kucing ni. Cuma masalahnya nak buang cik ti ni. Besar juga. Geli punya pasal dengan kotak saya buang juga. Cari kotak baru lagi. Haha.

Saya tunggu kepulangan dia. Dia pulang. Saya tinggalkan ikan dan kotak baru. Dia tidur dan esoknya dia tinggalkan bangkai tikus lagi. Kali ni agak kejam. Penggal kepalanya. Huhu. Saya buang lagi dengan kotak juga.

Tak boleh jadi asyik buang kotak. Cari kotak baru. Saya belikan bakul tempat tidur. Tapi saya tengok dia tidur di penyodok sampah. Mungkin bakul tu tak tinggi tahan sejuk. Saya letak kotak tinggi lapik kertas surat khabar supaya bila dia bunuh cik ti saya boleh bungkus terus. Tak perlu tukar kotak lagi.

Tiap malam saya tunggu kepulangan dia. Saya jadi sayang padanya. Bila dia tak balik saya pasti risau. Terbayang di mata bila saya buka pintu dia duduk di gate menunggu agar saya tukar kotak supaya dia boleh tidur. Comel…

Nama dia Monet.. Walaupun Monet tak comel, telinga bergerutu, tak terurus saya tetap sayang. Bila Monet dah mula berani dekat saya pasti saya bawa ke veterinar untuk suntik dan saya pasti jaga Monet dengan baik.

3 thoughts on “Monet

  1. beb, untuk telinga tu, boleh beli jer ubat kutu. Dulu anak2 bulus aku pun hodoh juga mula-mula datang. Lama-lama dah jaga jadi cantik sampai ada value kalo nak jual. Kat Taiping untung, klinik veterinar kerajaan ada. Murah jer plak tu

      • Dia tumpang berteduh jer tu. Biasanya kalao macam tu, ada orang pernah pukul atau halau dia. Sebab tu dia takut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s