Tak tahu atau tak ambil tahu?

Saya sedang uruskan 7 buah netbook yang baru saya ambil daripada Penyelia saya, tiba-tiba datang seorang pengunjung. Pembantu saya panggil saya.

Pengunjung : Sini pengunjung ramai ke? Aktiviti takde ke? Saya tengok lengang saja. Saya tengok macam tak aktif sahaja. (sambil melihat buku di rak)
Saya : Pengunjung ramai. Datang ikut waktu. Sabtu selalu ramai. Puan dari jabatan mana ye?
Pengunjung : Saya peniaga. Ada kedai kek di area stesen bas. Saya duduk rumah mak saya di sini. Dekat saja. Cuma saya tengok perpustakaan sunyi. Orang tak ada. Macam mana you tarik pengunjung datang?
Saya : Pengunjung ramai bermusim. Tapi selalunya hari sabtu dan cuti sekolah memang ramai pengunjung. Kami juga ada aktiviti dalaman bersama pengunjung.
Pengunjung : Saya cuma bagi cadangan. Kenapa you tak buat aktiviti bulanan macam buka booth supaya orang boleh datang dan berniaga dapat juga keuntungan sambil tarik pengunjung untuk lebih ramai datang ke library?
Saya : Setiap tahun kami adakan aktiviti besar-besaran sekali. Tiap minggu aktiviti dalaman.
Pengunjung : Tapi saya tak tahu pun ada aktiviti.
Saya : Tak mungkin puan tak tahu sebab pengunjung kami ramai. Banner kami besar. Flyers banyak. Mungkin puan tak ambil berat flyers yang kami hantar. 
Pengunjung : Saya memang tak tahu langsung. Saya selalu balik ikut jalan ni tapi tak nampak apa-apa aktiviti pun. Tak boleh ke buka booth, saya boleh mengajar buat kek, dapat juga untung di samping pengunjung lebih ramai. Di samping tu you boleh dapatkan duit. Tapi buka booth untuk tiap bulan. Boleh buka minda anak-anak muda untuk meniaga daripada lepak, motor racing dan buat kerja-kerja tak berfaedah.
Saya : Kami tak dibenarkan meniaga di waktu kerja. 
Pengunjung : Yelah mungkin kita boleh buat di waktu ahad, waktu you cuti.
Saya : Hmm, ini pandangan saya ye. Puan seorang usahawan, jadi apa yang puan buat, semua untuk mendapatkan keuntungan dari segi wang. Kami perpustakaan, jadi apa yang kami buat semua mesti lah untuk mendapatkan keuntungan dari segi ilmu. Kami cuba mendidik masyarakat setempat untuk minat membaca. Itu tujuan dan matlamat kami. Pengunjung kami mungkin tak ramai tapi statistik pengunjung kami average 200 ke 250 orang. Begitu juga dengan pinjaman bahan. Average sebulan dalam 250 buah buku. Itu banyak untuk satu perpustakaan desa. Atau sebenarnya puan nak kami bantu puan untuk mempromosi kedai kek puan?
Pengunjung : Eh takdelah, saya nanti akan ke KL.
Saya : Oh, okay.
Pengunjung : Tak apalah kalau macam tu. Kalau saya nak letak buku atau ajalah boleh ke?
Saya : Boleh. Kami terima setiap buku yang disumbangkan tapi kami akan tapis setiap buku sumbangan untuk dinaikkan ke rak.
Pengunjung : Majalah saya banyak artis.
Saya : Ooo macam tu tak boleh lah. Minta maaf.

Akhirnya pengunjung perempuan muda itu pun keluar. Sebelum keluar sempat bertanyakan umur saya. Bila saya beritahu umur saya dia terkejut. Tak pastilah terkejut sebab nampak tua dari umur atau nampak muda dari umur. Hehe.. Perasan… Saya tak pernah cakap saya betul. Tapi saya cuba berfikiran positif dan kena pada tempat. Pandangan saya tak semestinya betul di pandangan orang lain. Sebab tu saya selalu cakap ini pandangan peribadi saya. Saya boleh terima pandangan orang lain dan tak perlu datang untuk hentam kita seolah tak buat kerja. Sedangkan hanya dia yang tak tahu. 

One thought on “Tak tahu atau tak ambil tahu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s