Ayam Masak Lada Hitam

IMG_2941

Buka peti ais tengok ada ayam tiga ketul. Keluarkan. Buka laci tengok ada perencah blackpepper. Hmm, apa nak masak? Ayam blackpepper lah. Keluarkan sayur kacang panjang juga. Goreng telur sudah..

Ok, saya kongsikan resepi cara saya. Tapi anda ada pilihan nak ikut cara saya atau mereka yang lebih pakar masak. Saya cuma amatur. Hehe. Terpulang pada anda. 

Bahan :
Ayam (saya guna tiga ketul potong kecil-kecil. Senang makan.)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bawang besar
Air
Perencah lada hitam

Cara :
1. Panaskan minyak untuk goreng kentang. Kemudian minyak yang sama masukkan ayam untuk digoreng separuh masak. Angkat dan toskan. Letak tepi.
2. Baki minyak tadi tumis bawang merah, putih dan halia.
2. Bila dah naik bau, masukkan perencah lada hitam.
3. Masukkan sedikit air. Bagi rempah masak. Biar pekat sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak dan kentang.
5. Biar mendidih dan masak sepenuhnya.

Simple kan. Itu lah saya. Tak perlu serabut. Yang penting rasanya sama. Tujuannya ialah untuk makan. Hehe. Tak sedap pun tujuan untuk makan jadi belasah sahaja. Tapi kalau dah pakai perencah tu confirm sedap. Hehe. Selamat mencuba.

One thought on “Ayam Masak Lada Hitam

  1. dear, next time kan, kacang panjang tu leh masuk jer skali. ada warna sikit, pastu ko xyah masak sayur dah …. hahaha … petua orang yang malas macam aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s