Sambutan Tahun Baru Cina 2014

Rumah terbuka sambutan tahun baru cina untuk tahun 2014 dibuat di Taiping. Jadi banyak jalan ditutup seminggu awal. Agak menyusahkan tapi perlu ikut peraturan. Saya juga terlibat dalam program ini. Sebabnya perpustakaan di bawah kementerian pelancongan dan kebudayaan. Saya yang menurut perintah le jawabnya. Huhu.

Kerja tak teruk sangat. Cuma menjaga booth bahagian air mineral untuk diberikan kepada pengunjung dan juga layanan untuk VVIP. Sepatutnya saya ditugaskan ke bahagian VVIP tapi disebabkan kelewatan saya telah diganti dengan kawan lain. Alhamdulillah. Hehe. Lewat sebab pada paginya ketua pengarah buatlawatan ke PD Selinsing dan semua staf diminta hadir ke sana.

collage-1

collage-2

Orang yang berlakon sebagai patung pada petang rehearsal

collage-3

Laluan yang ditutup untuk gerai-gerai dan juga penari-penari kebudayaan berlatih. 

collage-5

Bunga api pada perasmian pembukaan. 

collage-6

Antara kugiran yang hadir memeriahkan suasana. Permainan yang dianjurkan oleh kementerian, pengacara secara live dan tidak ketinggalan sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat kita yang masih tidak tahu menggunakan tong sampah. Sungguh memalukan. 

collage-4Bunga api penutup. Lama juga. Menarik. 

Saya nak upload video yang saya tunggu penyanyinya iaitu penyanyi legend Jamal Abdillah. Pergh suara mantoppp! Tapi tak boleh. Mujurlah masa Jamal menyanyi orang dah kurang. Lepas dia nyanyi kami pun apa lagi tunggu, balik tidurlah… Huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s