Cerita Nasi Lemak

pic

* Gambar ehsan en google

Dah lama saya tak beli nasi lemak pagi-pagi. Sebab apa? Hmm, sebab saya tak rasa nak makan nasi lemak kot. Tapi hari ni saya teringin nasi lemak. Jadi saya singgah di gerai yang selalu saya beli. RM1 untuk satu bungkus. Ok, makan pagi selesai dan terus ke pejabat. Hari sabtu hari bekerja saya full day. Huhu.

Bila buka nasi macam biasa. Dah makan dua suap tengok telur, tu dia, bayangkan sebiji telur dibelah 8 tapi 1/8 tu dibelah dua. Adoiii. Dah tu kacang ada dalam 5 biji sahaja. Alahai, sedih saya nak makan. Tapi apakan daya dah beli makan juga. Cuma selera makan tu kurang sikit lah. Hehe boleh macam tu.

Mungkin disebabkan harga barang naik. Jadinya semua makanan dicatu. Harga tetap RM1 tapi itulah hasilnya. Saja saya bercerita. Mak saudara saya, surirumah, pagi-pagi hanya menjual kuih. Kuih yang dibuat dipotong sama besar dengan 3 tahun dahulu. Masih dijual dengan harga rm1 untuk 4 ketul kuih. Saya agak terkejut. Saya tanya kenapa tak jual 3 seringgit. Jawab makcik saya, kita nak bagi orang makan biarlah rasa yang sedap dan puas hati. Kalau kita beli harga tak sedap dapat pulak sikit, kita hanya beli sekali sahaja. Kemudian kita akan cari di kedai lain.

Katanya lagi, biarlah orang lain jual 3 seringgit tapi dia nak jual 4 seringgit. Dia berniaga kerana Allah. Selebihnya dia niat sedekah. Alhamdulillah kuih yang dijual sentiasa habis dan rezeki yang dia dapat lebih daripada sepatutnya. Hidup tak kaya tapi tak susah. Walau hanya pakai motor, tapi motor tak pernah bagi masalah. Walau hanya menjual kuih, boleh langgan astro. Pada saya astro ni kalau dah boleh langgan maknanya duit tiap bulan tu ada lebih. Sebab astro sekarang pun dah mahal.

Saya mungkin tak dapat rasai apa yang rakyat susah lain hadapi. Tapi saya pegang idiom ni ; If you are given lemon, then make lemonade. Sentiasa cuba untuk membuat yang terbaik bila yang buruk diberikan.

Orang akan cakap, oh, engkau takde tanggungan takpelah boleh cakap macam tu. Kami ni ada anak, kereta, rumah dan sebagainya untuk ditanggung. Saya faham. Saya juga punya tanggungan. Malahan perbelanjaan saya juga agak besar. Hutang yang perlu delesaikan juga banyak. Namun apa daya saya. Saya juga memegang kata-kata dr. muhaya. Jangan asyik mengeluh bila ditimpa kesusahan sebaliknya bersyukur kerana dengan kesusahan kita akan sentiasa mengingati Allah.

Setiap manusia ada masalah. Cuma macam mana kita menyelesaikan yang menjadikan kita lain dari yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s