Percaya Membuta Tuli atau Dengan Bukti?

Semenjak dua menjak ni, air mineral menjadi isu. Saya takde masalah dengan air mineral malahan saya memang pembeli tegar air mineral di rumah. Sebab rumah saya tiada penapis air. Molekul air mineral lebih kecil berbanding air biasa. Dan proses penyucian buah pinggang itu cepat. Itu apa yang doktor cakap pada saya. Dan boleh tengok balik entry saya berkenaan kebaikan air mineral.

Perbualan saya dengan kawan masa minum petang ;

Kawan : Aku dapat message dari Whatsapp yang air mineral spritzer dan cactus serta air minuman jenama summer dan desa tak boleh diminum.
Saya : Aik, kenapa? Aku dah lah pembeli tegar air mineral cactus dan spritzer
Kawan : Sebab dalam mesej tu cakap ada banyak benda yang tak elok. Molekul air dia tak elok. Lepas tu, ayat ruqyah dr haron din tak dapat tembus masuk dalam air tu. Jadi eloklah hang stop beli air ni.
Saya : Hmmm… Aku tak percaya.
Kawan : Kenapa semua yang aku bagitau hang tak nak percaya?
Saya : Hehe. Bukan macam tu lah. Benda ni aku tau lama dah. Dan kilang tu jauh sangat dengan jirat cina. Lagi pun berapa dalam air mayat tu boleh sampai ke dalam tanah yang disedut air mineral tu.

Kawan saya diam bila saya tunjukkan blog ben ashari tentang lawatan beliau ke kilang spritzer. Pada pandangan peribadi saya, semua ni hanya untuk menjatuhkan sesuatu jenama barang. Kalau betul perkara ni, kenapa baru sekarang menjadi isu kenapa tidak dari mula kilang dibina. Mesej yang tak sahih.

Akhirnya kawan saya terpaksa bersetuju dengan saya. Apa pun yang kita dapat, nak percaya perlulah kepada bukti yang sahih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s