Ujian Untuk Saya Pula !

Pagi sabtu saya bekerja macam biasa. Bersama pengunjung dan pelbagai aktiviti dibuat bersama. Sampai lah ke petang hari. Balik dari rehat, saya ubah kereta ke tempat lain supaya bila orang yang mesin rumput tidak terkena serpihan pada kereta saya. Itu dalam fikiran saya. Namun saya silap. Bila dah balik, saya keluar nak letak beg dalam kereta, saya nampak retakan beribu-ribu di cermin pintu belakang kereta saya.

Aduhai!!! Ini mesti kerja tukang mesin rumput. Inilah kali pertama selama 7 tahun saya bekerja di sini cermin kereta saya retak seribu akibat orang mesin rumput. Selalunya orang yang mesin di bahagian banyak batu mesti tukar mata mesin menggunakan tali dan bukannya disk. Itu yang selalu diberitahu oleh seorang tukang mesin rumput. Untuk mengelakkan batu terpelanting. Haha ada word terpelanting dalam bahasa buku? Semoga anda faham.😀

Merungut maknanya tidak redha, dah banyak entry saya suruh redha. Jadi dengan lapang hati saya terima ujian ini. Huhu. Pada mulanya memang rasa sedikit marah pada tukang mesin tu. Tapi bila dah lama, saya malas nak fikir sangat saya biarkan saja. Tunggu isnin saya tukar cermin. Huhu. 

IMG_3845

IMG_3846

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s