Kerang Rebus

Perlu ke tulis resepi kerang rebus? Hehe. Takpelah mungkin ada yang baru belajar masak tak tahu macam mana nak rebus kerang. Saya pun begitu. Kadang-kadang benda simple pun tak tahu. Kena google. Nak tanya nanti kena perli. Hehe itu pun kau tak tahu? Aduhai. Tersentap cheq! Dah tua pun tak tau. Sebab saya memang tak suka memasak. Dan saya hanya belajar memasak lepas kahwin. Jadinya barulah 5 tahun belajar memasak. Kepada kawan-kawan yang merasa tu kalau tak sedap harap maklum ye. 

Okay back to main issue. Rebus kerang. Pergi market tengok kerang sekilo rm3. Apa lagi belilah. Murah kan. Tapi kerangnya pun sesuailah dengan harga. Kecil molek ajelah. Boleh lah tu. Bawak balik rendam dulu. Kemas rumah apa patut. Cukup time nak masak pi dapur balik.

Cara saya ni leceh sikit. Kerang tu saya cuci dengan berus satu persatu. Haha kerja gila. Tapi itulah hakikatnya. Letak satu basen kerang bersama air, satu basen kosong. Sental kerang tu sambil tengok tv. Haha apalah punya kerja. Dah nampak bersih, saya cuci lagi sekali dengan air mengalir. Bila dah nampak bersih, saya letak tepi.

Ambil bawang putih dan bawang merah. Hiris halus. Masukkan minyak sedikit dan goreng bawang bagi harum. Lepas tu masukkan kerang bersama air. Masukkan garam sikit. Biar rebus. Saya buka api kecil sahaja. Saya letakkan senduk kayu atas periuk untuk mengelakkan buih melimpah. Petua ni. Saya dapat dari hasilan google juga.

Biar kerang masak dalam 15-20 minit. Lepas tu, toskan air. Masuk dalam pinggan. Letak sos cili makan bersama nasi panas atau makan macam tu saja. Terpulang pada individu. Siap! Saya tak buat sos cili sendiri sebab saya suka makan dengan sos cili LIFE sahaja. (Yang sebenar malas!!)…

collage

2 thoughts on “Kerang Rebus

  1. Assalamualaikum, kerang rebus memang sedap di makan. Tapi orang cakap, orang yang darah tinggi tak boleh makan banyak sangat. Nanti darah naik.

    P/S: Buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM (2014) telah pun terbit. Jika berminat boleh pesan terus dengan saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sokongan kalian semua, amat saya hargai. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s