Sesat

Bukit Mertajam adalah tempat kerja saya yang pertama selepas habis belajar. Dan saya menetap di situ selama 2 tahun. Jadi jalannya dah cekap. Tapi sekarang dah kembali ke kampung halaman. Rezeki saya di sini. Alhamdulillah walau tidak kaya, namun saya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian dari-Nya. Sentiasa memotivasikan diri untuk menerima semua seadanya kerana itu lah yang tebaik untuk saya.

Tapi minggu lepas saya bercuti di rumah adik saya di Mengkuang. Saya duduk selama 4 hari 3 malam. Hari ke-3 tu saya ajak anak buah saya yang bulan November tahun ni cukup 4 tahun berjalan-jalan di Seberang Jaya. Apa lagi seronoknya dia maklong nak belanja. Dah siap-siap semua, saya pun mulakan perjalanan. Sampai di tempat yang nak dituju. Dah puas makan dan main, dia letih mengantuk ajak saya balik. Ok, kita pun pulang.

Pusing punya pusing, kenapa saya berada di jalan yang sama. Aduh, dah lupa jalan keluar. Saya mengomel sendirian.

Aleesya : Maklong salah jalan ni. Patah balik.

Hah! Terkejut saya bila si kecil ni bercakap. Dia duduk depan dekat dashboard, dia tengok depan dia tengok belakang. Kemudian dia cakap macam tu.

Saya : Eh, kakak tau jalan ke?
Aleesya : Kakak tau jalan. Abah pernah bawak.
Saya : Oh, okay. Sekarang kakak tunjuk jalan keluar dekat maklong ye.
Aleesya : Ok.

Saya pun ikut arahan dia. Dia belum pandai bagi arahan kiri atau kanan. Belum faham sepenuhnya. Jadi dia bagi isyarat menggunakan jari telunjuk saja. Saya ikut sahaja isyarat sampailah jalan keluar. Akhirnya saya masuk highway yang betul.

Aduh, bijaknya si kecil ni. Ingatan yang cukup kuat. Maklong?? Sudah tua agaknya itu yang lupa manjang… Huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s