Image
0

[Review] : Terusir – Hamka

20140626-150125-54085614.jpg

Terusir oleh Prof. Dr. Hamka.. Sambil stock taking novel-novel yang rajin dipinjam dan tidak disentuh, saya ternampak novel ni. Terus ambil dan baca. Seperti biasa komen saya menarik.

Mengisahkan seorang wanita bernama Mariah yang berkahwin dengan Azhar dan kemudian mendapat seorang cahayamata bernama Sofiyan. Mariah dibenci oleh keluarga Azhar kerana kemiskinannya. Mariah kemudiannya diusir oleh Azhar kerana diperangkap berdua-duaan bersama seorang lelaki. Mariah membawa diri.

Akibat dendamnya pada lelaki yang telah merosakkan hidupnya, Mariah menjadi pelacur kelas atasan. Kerjaya yang membuatkan Mariah gembira apabila lelaki sujud padanya dan mendambakan tubuhnya yang cantik.

“Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya “sampah masyarakat”, dinamainya “bunga mengandungi racun”, “kupu-kupu malam” dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu.

“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s