Image
0

Ayam Masak Kicap Simple

20140719-111554-40554980.jpg
Ayam masak kicap saya. Hehe. Minyak bergenang kot. Takpelah apa pun memang sedap. Sebab saya masak dengan penuh kasih sayang. Haha. Takdelah, saja je tu. Masak dengan perut yang kelaparan sebab berpuasa tanpa bersahur. Tak sedar diri. Huhu.

Tak kisahlah tu kan. Lepas makan harus minum susu Omega 3 untuk potong balik kolesterol minyak itu. Atau pun makan epal hijau. Ok, ni resepi simple saya. Biasalah bila balik kerja haruslah memasak makanan yang simple. Nak serabut punya resepi tunggu hari cuti.. Ok, tak payah nak membebel lebih sangat, jom tengok resepi.

Bahan :
Ayam
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Bunga lawang (saya tak letak sebab takde)
Kulit kayu manis
Kicap manis
Kicap pekat
Cili merah

Cara :
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam, kicap pekat dan kicap manis. Kacau rata.
3. Masukkan air, tutup periuk untuk reneh.
4. Bila agak empuk, masukkan ubi kentang dan tambah air sikit untuk kuah.
5. Akhir sekali masukkan cili merah dan garam untuk perasakan.

Siap! Hidang masa berbuka ye.. Gu kan dengan sayur kobis goreng telur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s