Biopic Saloma

imageResize

* gambar ehsan en google

Saya cuti panjang sebab tak berapa sihat. Jadi bila duduk rumah, selain tidur, saya layan tv. Nak membaca sakit-sakit ni takde mood pula. Terdetik di hati nak langgan astro first atau astro best yang menarik. Lepas belek satu persatu saya berminat untuk memberi astro duit lebih dengan melanggan Biopic Saloma.

Biopic Saloma ni ada dua bahagian. Bahagian satu, Mencuri Guruh mengisahkan Saloma dan Mariani ketika kecil. Bagaimana ibu dan ayahnya berpisah. Mereka kemudian lari dari rumah ayah di Tanjung Karang ke rumah ibu di Singapura dengan menaiki lori sayur dan duduk di atas bumbung keretapi. Seterusnya Saloma mula menyanyi dan kemudian berkahwin dengan AR Tompel. Diceraikan ketika mengandungkan Armalie dan akhirnya meneruskan kerjaya nyanyian.

Bahagian kedua pula, saya tak ingat tajuknya apa. Mengisahkan perjalanan hidup Saloma dan P Ramlee. Agak depressed juga part 2 ni. Bagaimana Saloma yang menjadi hilang arah apabila P Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung. Betapa kasihnya P Ramlee pada Saloma dan begitulah Saloma pada P Ramlee sehingga perginya P Ramlee membawa seluruh jiwa Saloma. Perjalanan hidup yang agak sedih pada saya. Namun tidak lah sampai menangis.

Lakonan Nabila Huda sebagai Saloma menarik. Tony Eusof sebagai P Ramlee juga menarik. Orangnya agak kelakar. Azhanrani sebagai AR Tompel. Memang sebijik kena dengan gaya dan cara percakapannya. Hasnul Rahmat sebagai Pak Mam pun menarik. Biopic Saloma pada pendapat peribadi saya cerita yang sangat menarik untuk ditonton. Biografi yang agak sedih.

2 thoughts on “Biopic Saloma

  1. Setuju…lakonan nabila sebagai saloma sungguh memberi kesan keoada saya…betapa kuatnya kasih syg mereka..huhu…sedih juga tapi taklah sampai nangis tapi terkesan dalam jiwa saja..

  2. Saya menangis…terkesan dengan rasa cinta suami dan isteri…semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh p ramlee dan saloma…amiin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s