[Filem] : Maleficent

images

*gambar ehsan en google

Cuti 1Malaysia saya agak lama sebab ada cuti anjakan. Saya tidak ke mana-mana pun. Cuma berehat di rumah menghabiskan masa dengan membaca dan menonton tv. Lagi sekali saya berminat untuk melabur duit saya kepada astro untuk cerita Maleficent.

Memang cerita ni saya nantikan sejak kemunculannya bulan May yang lepas. Tapi saya tak dibenarkan menonton wayang sendirian. Nak ajak kawan mereka tak minat genre macam ni. Sudahnya menanti di astro best sahaja. 48 jam siaran, 48 jamlah tv saya hanya memainkan filem ini. Boleh hafal dah. Hehe. Berbaloi-baloi.

Saya suka lakonan Angelina Jolie. Watak apa pun yang dia bawa pasti menjadi. Accent yang dia gunakan juga saya suka. Cerita ni memang twist dari jalan cerita asal. Mengisahkan Maleficent, pari-pari yang bercinta dengan manusia bernama Stefan. Oleh kerana ketamakan Stefan untuk menjadi raja, dia khianat cintanya terhadap Maleficent. Raja mengarahkan supaya rakyatnya membunuh Maleficent kerana tamakkan harta yang ada di Moors. Stefan tak sampai hati nak bunuh tapi dia cuma potong sayap Maleficent yang cantik.

Stefan kemudian berkahwin dengan puteri raja dan menjadi raja. Dikurniakan anak bernama Aurora. Namun disihir oleh Maleficent. Ketika umurnya 16, Aurora akan tercucuk jarinya dengan spinning wheel dan akan tidur untuk selamanya kecuali dengan ciuman cinta sejati.

Mulanya Maleficent bencikan Aurora, namun akhirnya hatinya berjaya dicuri oleh anak kecil itu dan menyebabkan dia semakin menyayangi Aurora. Namun Aurora tetap juga terkena sumpahannya. Cinta sejati akhirnya bukan dari putera raja tapi dari Maleficent sendiri. Cinta yang abadi.

Hehe, gigih saya review. Pada hal cerita ni pun dah lama. Tapi takpelah tak semua yang tengok rasanya. Sebab cerita ni lebih kepada cerita kanak-kanak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s