[Review] : Mitos oleh Ramlee Awang Murshid

IMG_7443

Akhirnya dapat juga beli novel Mitos. Tak larat nak ikut di akhbar. Bersiri. Entah masih ada atau tidak. Saya pun dah tak ikut. Kadang ingat kadang lupa. Jadi terus ke facebook RAMFC dan beli di sana. Setel!

Novel ni nipis je. Sepatutnya dalam sehari atau dua boleh selesai baca. Tapi saya ambil masa dekat seminggu. Sebab apa? Hmm, sebab adik lelaki saya pinjam. So, takde hal sebab ada satu lagi novel menarik juga untuk dibaca. Ok, tak payah sembang banyak, terus review novel ni. Pada pendapat peribadi saya, novel ni saya bagi 4 bintang saja. Hmm, sebabnya cerita macam tergantung.

MITOS menceritakan tentang dua puak manusia yang terkena sumpahan, satu adalah mangsa manakala lagi satu merupakan pemangsa. Mangsa keadaan, golongan manusia yang mampu merubah bentuk kepada harimau, nyatanya ditakuti lalu golongan ni selamanya dianggap perosak justeru kewujudan mereka tidak diiterima. Golongan kedua adalah pemangsa, juga mampu merubah bentuk kepada makhluk lain (jin mungkin. saya pun asik fikir apa makhluk puak pemburu) yang mempunyai kekuatan untuk menundukkan manusia harimau.

Selepas perang terakhir yang meletus antara dua puak nih, sisa terakhir keturunan keduanya menyelit masuk ke komuniti manusia dan menyesuaikan diri adanya manusia biasa.

Konflik muncul bila keturunan pemangsa jatuh hati pada manusia harimau. Kekeliruan dan salah faham menyebabkan perang meletus lagi antara mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s