[Review ] : A Bend in the Road ~ Nicholas Sparks

a bend in road

* gambar ehsan en google

Wah, dah lama saya tinggalkan blog ni dan dah lama juga saya tinggalkan Nicholas Sparks ni. Saja scroll instagram, ternampak ada clearance sale untuk buku Nicholas Sparks. Apa lagi, grab lah dalam 3 novel sekali gus. Baru habis baca novel ni. Tersangatlah best. Buat pertama kali setelah sekian lama agak dah bertahun lah juga saya tidak terlalu mendalami watak dalam novel, sehinggalah saya baca novel ni saya ter-mengalir air mata. Haih, emosi pulak kali ni. Mungkin kerana jalan ceritanya.

Novel ni mengisahkan seorang lelaki yang bernama Miles kehilangan isteri akibat kemalangan. Dua tahun Miles hidup tanpa arah tujuan dan meratapi isterinya. Hingga terabai anaknya Jonah. Datang seorang cikgu bernama Sarah yang membawa diri jauh dari hidup asal kerana bercerai.

Sarah merupakan guru kepada Jonah dan membuat pertemuan dengan Miles untuk membincangkan prestasi Jonah. Pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka jatuh cinta kembali. Namun secara tak diduga Miles dapat tahu bahawa adik Sarah iaitu Brian yang secara tidak langsung mengakibatkan isterinya kemalangan.

Jalan cerita yang sangat menarik. Walaupun kita tahu di akhir cerita pastinya ada sinar kebahagiaan. Saya juga telah jatuh cinta pada penulisan Nicholas Sparks. Dan mula menyimpan semua koleksi yang ditulisnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s