Takziah

Sudah hampir seminggu bencana banjir melanda negeri pantai timur. Takziah pada mereka yang mengalami bencana. Saya bersimpati. Namun hanya simpati tidak cukup untuk turut merasai apa yang mereka rasai sekarang ini. Setiap kali saya tidur, makan, tengok tv, berehat, pasti ingatan saya kepada mereka. “Aku ni sedap makan, tidur, tengok tv, macam mana lah mereka yang sedang mengharungi air deras untuk menyelamatkan diri, mencari bukit untuk berlindung. Bagaimana mereka tidur, makan apatah lagi..”

Hari-hari baca suratkhabar, tengok astro awani, baca forum untuk mengetahui info semasa. Saya cuba meletakkan diri di tempat mereka. Perasaannya tidak akan sama. Hanya doa yang mampu saya panjatkan kepada Ilahi semoga ujian yang mereka hadapi akan sedikit ringan. Ringan atau berat ujian itu hanya Allah yang mengetahui kerana Allah menguji hambaNya tidak melebihi kemampuan mereka.

Kepada mangsa, bergantunglah hanya pada Allah kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung. Selama ni kita hanya melihat bencana di luar negara dan sekarang kita sendiri mengharungi bencana yang Allah turunkan. Semoga kita sentiasa beringat, kenapa Allah menurunkan bala’ untuk kita semua. 2014 merupakan tahun yang buruk bagi Malaysia. Dimulai dengan kehilangan kapal terbang MH307 dan diakhiri dengan banjir besar.

Ya Allah, dengan rahmatMu, dengan ehsanMu, Kau ringankanlah ujian untuk mereka yang sedang dalam kesusahan. Kau lindungilah mereka yang memerlukan perlindunganMu. Kasihanilah mereka yang memerlukan kasihanMu.. KeranaMu Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s