Demam Lagi …

Haih, demam lagi. Badan tua dah ni. Mula sakit merata tempat. Apa boleh buat. Redha sajalah. Kali ni bermula dengan selsema. Kemudian melarat kepada sakit tekak dan akhirnya batuk. Saya ada masalah bila batuk lambat nak baik. Sudah seminggu saya batuk. Malam susah nak tidur. Bila letak kepala batuk menjelma. Tidur jadi tak kejap.

Rabu lepas saya buat keputusan untuk ke klinik. Kali ni tukar klinik pulak. Klinik biasa dah selalu makan ubatnya. Saya pun terfikir klinik mana nak pergi. Akhirnya saya ke poliklinik ng & lim di jalan kota. Kebetulan saya ada rekod di klinik tersebut.

Jumpa doktor, cek pernafasan. Kahak. Cek tekak merah! Letak termometer, tak demam. Ok doktor duduk. Ada selesema? Saya jawab takde. Ok, tekak you merah mungkin keradangan. Saya setuju sebab selalu kegatalan tekak. Saya bagi you ubat batuk dan antibiotik. Saya rasa you ada masalah paru-paru lemah sebab itu bila batuk lambat baik. Ok, saya setuju sebab saya selalu dikelilingi oleh asap rokok. Jadi doktor nasihatkan saya untuk mengelak dari menghidu asap rokok. Jadi sekarang ni teman baik saya ialah facemask. Sentiasa bersama.

Hari khamis terus demam. Tapi masih bekerja. Kerja banyak yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah dengan izin Allah, hari ini saya bertambah baik. Ubat masih diteruskan mengikut jadual. Insya Allah lepas ni kena ubah cara hidup. Semoga istiqamah.

2015/01/img_9227.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s