Be strong !

Cuti hari minggu saya macam biasa. Menghabiskan masa dengan membaca dan juga mengemas rumah yang berhabuk. Hehe. Bila kerja seminggu tak berapa kisah dengan siling, kipas dan almari. Habuk pun seronok lah berhimpun. Sehari seminggu memang saya akan spring cleaning rumah saya. Biar buruk namun saya pastikan bersih. Dari depan sampailah ke dapur dan menebas lalang di belakang rumah. Memasak? Hmm, sekarang sudah kurang memasak. Kerana apa? Kerana malas. Hehe. Badan pun tak sihat sangat. Beli sajalah.

Dah selesai kerja, saya dapat panggilan telefon dari seorang sahabat. BFF. Macam biasa, dari suara saya boleh tahu apa yang dia alami. Saya tahu perkara ini cepat atau lambat. Jadi saya memang bersedia untuk mendengar.

Sahabat,
Aku harap kau tabah. Aku harap kau kuat untuk teruskan mengharungi setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan. Sakit, ye memang sakit bila melibatkan emosi dan perasaan. Aku pernah berada di tempat kau suatu ketika dahulu. Namun, percaya lah Allah tidak membebani hambaNya melebihi dari kemampuan. Aku tahu kau kuat. Mintalah pada Dia kerana Dia yang beri ujian maka hanya Dia yang tahu apa yang perlu kita buat. Apa pun keputusan yang kau buat, aku sentiasa berada di belakang kau.

You-never-know-how-strong-you-are-until-being-strong-is-the-only-choice-you-have

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s