Sampah

IMG_9832

Entry saya yang lepas ialah pasal denggi. Entry hari ni pasal kebersihan. Tengok gambar dah tau kan. Saya ada masalah dengan kebersihan. Dah rasa macam penyakit dah. Tak boleh tengok sampah langsung. Tangan laju je nak kutip. Kalau depan mata lah. Laju je mulut nak marah-marah orang yang buang sampah. Sampai sekarang saya tak faham kenapa orang suka hati saja buang sampah merata-rata.

Di mana sikap pembersih kita? Di mana disiplin kita sebagai rakyat yang sayangkan negara. Bagaimana mentaliti kita? Di gred manakah? Saya selalu terfikir. Pakaian kita dah gred a, cantik bukan main dengan makeup, dengan tudung, dengan baju, kereta besar, rumah besar tapi kebersihan??? Selalu saya katakan, biar buruk tapi bersih.

Alah, kita kan ada pekerja majlis perbandaran, biarlah mereka buat. Nanti mereka makan gaji buta je. Sikap begini lah yang membuatkan kita semakin mundur sebenarnya. Apalah salahnya kita sama-sama membantu membersihkan kawasan. Bukan kena bayar pun. Entry lepas saya ada cakap nampak orang baling sampah dalam sungai. Apa dalam fikiran mereka masa baling tu? Adakah mereka fikir nanti sungai tersumbat dan air melimpah? Dah banjir pun hari tu hujan lebat. Sebab sampah menyekat laluan air.

Iklan tv pun suruh kita amalkan kebersihan. Macam mana lagi nak ajar rakyat supaya bersih. Namun semua terletak pada diri masing-masing. Negara akan maju dengan pemikiran rakyat yang seiring. Ambillah contoh negara Jepun yang sangat berdisiplin tentang kebersihan. Malulah kita yang beragama Islam tapi tidak mengamalkan ajaran Islam. Kebersihan itu penting dalam Islam.

Kalau di library, memang saya akan marah dan nasihat budak-budak yang membuang sampah merata ni. Saya paksa mereka kutip dan buang dalam tong sampah. Garang kan. Hehe. Saya harap mereka dapat apply di mana-mana saja.

Teringat saya masa sekolah dulu. Sebelum masuk kelas kami diminta membersihkan kawasan angkat. Kutip sampah, kemas apa yang patut selama lima minit. Rindu zaman sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s