Denggi

Semalam saya cuti. Jadi saya berehat saja di rumah. Nak keluar, panas. Nak balik rumah mak, mak takde. Pergi kedah pula. Nak lepak dengan kawan mala. Nanti asyik mengata saja. Hehe. Lebih baiklah duduk diam-diam di rumah dan mulakan travel through book saya itu.

Selesai buat kerja rumah, masih di dapur, saya dengar ada orang bagi salam. Saya pun jenguk melalui tingkap. Ada empat lelaki depan pintu pagar. Haih, ada apa pula. Saya pun jawab salam dan suruh tunggu sebentar. Tukar baju, sarung tudung dan keluar.

Pegawai : Assalamualaikum kak.
Saya : Waalaikumussalam.
Pegawai : Kami dari Jabatan Kesihatan. Kami datang nak check rumah.
Saya : Ok, jemput masuk. (Halaman saja)
Pegawai : Kami dapat report kawasan taman ni kes denggi yang tinggi. Jadi kami nak check kalau ada air bertakung. Kak duduk seorang?
Saya : Berdua tapi suami dah pergi kerja.
Pegawai : Ok. Saya check di luar saja. Dalam tu akak pandai-pandai lah ye. Jangan bagi air bertakung.

Saya angguk. Kemudian selepas bagi nama mereka singgah ke rumah sebelah pula. Begitulah sampai selesai rumah. Petang dalam jam 6.30 pegawai kesihatan datang fogging.

Ceritanya di sini, kenapa kes denggi semakin menaik tidak menurun. Pada pandangan peribadi saya, longkang di kawasan taman rumah saya bertakung airnya. Kenapa bertakung? Kerana air tak jalan, sampah penyebab utama. Ini cerita benar, saya pernah nampak depan mata saya orang baling sampah dalam longkang besar yang airnya mengalir ke sungai. Itu juga salah satu puncanya.  

Yang penting kita betulkan sistem pemparitan di setiap taman dan elakkan membuang sampah di dalam longkang atau sungai. Tak nafikan juga pastikan tiada air bersih bertakung di rumah. Kena selalu check rumah kita. Sikap kita kena ubah. Kita ada tong sampah. Lori sampah akan datang tiga kali seminggu. Buanglah di dalam tong sampah depan rumah dan tunggu lori sampah datang kutip. Bukan dengan membuang sampah merata-rata terutama di sungai atau longkang. Di mana kesedaran sivik kita sebagai manusia. Ayuh kita ubah sikap kita. Amalkan kebersihan di semua tempat untuk elakkan penyakit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s