Forgive

Fuhhhh! *tiup sawang blog*

Amboi dah bersawang blog saya. Dah lama kutinggalkan sepi tanpa berita. Jadi hari ni, kembali menaip berkongsi cerita. Hanya kepada siapa yang nak membaca sahaja lah kan. Hidup saya alhamdulillah ok cuma ada waktu dan ketika saya agak down kerana ujian dari Allah yang rasanya tak tertanggung. Tapi akhirnya alhamdulillah dapat juga menyeberang.

Bila terjadi sesuatu ujian, saya lebih banyak mendiamkan diri. Memikirkan apa yang perlu dilakukan. Di mana silap saya, di mana kekurangan yang saya terlepas pandang. Akhirnya saya temui jawapan. Itu hanya ujian untuk meningkatkan pahala saya sekiranya saya sabar. Hidup ini yang saya belajar, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dulu ayah saya ajar saya, nak sesuatu benda itu kena usaha. Dan pastikan ia dapat. Bila saya dah besar, saya cuba praktikkan apa yang ayah saya ajar, tak semua saya dapat walaupun saya usaha untuk mendapatkannya. Dan pastinya saya kecewa dengan keputusan. Akhirnya saya akui ada kuasa besar yang lebih hebat yang mengemudikan takdir setiap manusia. Dan saya menyerah pada Allah Yang Esa.

Saya yakin ini yang terbaik untuk saya biarpun ada kala saya tak bersedia menerima. Hari ini saya memaafkan bukan kerana saya nak memaafkan tapi kerana saya perlukan ketenangan. Saya bukanlah seorang yang mudah memaafkan kerana hati saya sangat susah untuk terluka. Jadi bila terluka itu memakan masa untuk menerima dan memaafkan. Tapi bila saya dah betul-betul menerima dan memaafkan, saya betul-betul memaafkan. I just need time to forgive.

forgive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s