Teman Lelaki Upahan

Okay, dah seminggu dah habis cerita ni. Saya terjebak dalam drama ni. Setiap hari jam 6.55 petang saya dah terpacak depan tv. Nak tengok Kyra dan EL. Saya suka watak elizad bawa. Yang terkesan itu ialah tangisan dalam drama ni. Serius saya bukan peminat drama melayu. Dan yang paling penting saya bukanlah jenis yang menangis bila menonton drama melayu. Tapi…..

Situasi di tempat kerja :

Saya : (tengah menonton ulangan teman lelaki upahan sebab missed hari last. Kebetulan takde orang datang lagi sebab perkhidmatan belum buka. So time makan pagi lah kiranya.)
Budak : Kak, boleh masuk? (tiba-tiba muncul tiga orang budak. Haih, potong stim betul. Nak halau kesian, jadi benarkan juga masuk walau belum waktu buka perkhidmatan)
Saya : Masuklah.
Budak : Kak ok ke?
Saya : Ok, kenapa?
Budak : Betul ke? Tu tengok akak menangis.
Saya : Haih, sibuk jelah akak dok tengok drama ni. Sedih.
Budak : Laaa ingat kan kenapa. (Terus berlalu pergi)

Kacau daun betul. Tapi itu lah hakikatnya. Lakonan mereka memang bagus. Sangat terkesan ke dalam jiwa. Sebelum saya tengok ulangan tu, saya dah baca ending daripada novel karya Azura Raisiddin. Itu pun gigih pinjam dekat kawan. Cuba baca dari mula page by page, tapi tak mampu. Saya tak boleh nak teruskan. Bukan kerana sedih tapi kerana dialog yang digunakan dan juga genre. Jadi saya lompat ke page terakhir. EL dan Kyra kahwin. OK. Tutup buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s