Mistik Lampu Merah

Lama tak bercerita di blog yang dah bersawang ni. Hari ni saya nak cerita sesuatu yang mistik. Tapi kejadian ini memang berlaku depan mata saya dan kawan saya dua hari lepas.

Macam ni kisahnya. Hehe. Khamis malam jumaat hari tu saya, en hadi dan seorang kawan keluar meninjau persiapan akar zapin oleh Noraniza Idris(kak ani) di AEON. Program akar zapin tu diadakan pada 1-3 Mei. Jadi en hadi salah seorang yang terlibat bersama program tersebut. Kami sampai di AEON jam 9.30 malam. Mereka sedang buat persiapan. Dalam jam 10.00 malam kami ke kedai makan untuk dinner. Lewat kan. Manalah tak gemuk. Huhu.

Selesai makan malam, ustaz jefri (suami kak ani) basuh tangan. Duduk kembali sambil cakap kat belakang tu keras. Hmm, kami berpandangan sesama sendiri. Zam(kawan saya) dengan selamba menjawab ,”memang keras sebab dibina dengan batu bata”. Saja berseloroh sebab tak nak diselubungi perasaan seram. Selesai bayar, kami kembali ke AEON untuk melihat persiapan yang dilakukan krew-krew kak ani productions.

Masa en hadi, ustaz jefri dan beberapa orang lain tengah sembang, saya pula khusyuk melihat mereka menghias pentas, zam panggil.

Zam : Kak, ada dengar bunyi tak?
Saya : Bunyi apa. Takde pun. (Sambil cuba mencari bunyi yang dimaksudkan)
Zam : Bunyi dekat alarm. Kalau kita keluar masuk pintu akan bunyi.

Bila zam cakap macam tu saya pun pasang telinga. Ye saya dengar tiga kali bip alarm. Tapi saya belum jumpa di mana.

Zam : Cuba kak tengok di area kedai wellness tu. Kan kalau kita masuk lepas tu ambil barang berkod tapi tak bayar, kita keluar mesti alarm tu berbunyi kan.
Saya : Ye. (Mata melihat ke arah alarm di belakang kami)

Dan memang betul. Saya dengar banyak kali. Alarm tu ada dalam 10 lorong macam tu. Dan yang berbunyi lima di sebelah hujung. Jadi saya cakap pada zam mungkin mereka dah set timer. Zam cakap timer apa kalau tak sama. Saya hanya cuba berfikir secara positif. Ok, takpe. Saya masih buat tak tahu. Tiba-tiba zam panggil saya lagi. Dia suruh saya tengok lampu merah di alarm tu menyala dekat dengan area kami duduk. Saya suruh zam diam. Tapi mata saya masih memandang ke arah alarm yang bertukar-tukar lampu dan bunyi bip nya. Kejap di no9, kejap di no8. ‘Dia’ main di dua lorong tu saja. Menandakan kewujudan’nya’ di situ. Saya biarkan. Mungkin sebab ramai jadi saya tak rasa meremang atau apa.

Saya ajak en hadi balik rumah sebab dah 12 lebih. Dia pun setuju. Tapi kami tak terus balik. Singgah kedai mamak dulu. Masa tu baru zam cerita apa yang berlaku pada en hadi. En hadi cakap “mulut jangan laser sangat nanti dia ikut hang balik”.. zam cakap takpelah boleh teman saya. Amboi kemain lagi kan.

Ok, selesai di kedai mamak. Kami balik rumah. Esoknya zam call saya. Bercerita ‘dia’ ikut zam sampai ke rumah. Yang menarik tu ‘dia’ masih main lampu merah. Bila zam dah mati enjin, nak keluar tiba-tiba lampu merah dah menyala dulu di sebelah seat co-driver. Pelik. Kemudian zam keluar kereta, lampu masih menyala. Zam masuk balik dalam kereta lampu padam. Zam fikir mungkin rosak wire atau apa. Dia keluar balik. Tutup pintu lampu menyala. Bermakna pintu di sebelah co-driver seat tu sedang terbuka. Seram sejuk dah dibuatnya malam tu. Akhirnya zam masuk dalam kereta, tutup pintu dan buka tingkap sikit.

Zam : Aku dah sampai rumah ni. Keluarlah. Jangan ganggu aku!

Tak lama lepas tu zam keluar dan lampu tak menyala. Ok, dia masuk rumah tidur. Esok harinya dia nak keluar, lampu merah menyala. Argh pening. Akhirnya dia ambil cd ruqyah pasang dalam kereta. Buka pintu. Biarkan. Akhirnya ‘dia’ pergi.

Moral of the story : Walau apapun, mulut kena jaga. Jangan terlampau lantang. Begitu lah kisah lampu merah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s