Di Pondok Kecil

Sapu sawang lagi blog saya ni. Huhu. Tak terkejar dengan program dan kerja. Semenjak balik kursus ni, makin menjadi-jadi kesibukan saya. Orang atas rasa kami duduk rehat saja kot. Tu yang lepas satu, satu kerja diberi. Hai lah, kalau tak kerana kerja punca rezeki dan ibadah, memang sentiasa merungut dan berhenti kerja. Duduk rumah goyang kaki tapi siapa pula nak bagi duit. Hehe.

Ok, cukup mengarut. Sekarang ni saya nak berkongsi cerita dengan semua. Semalam pagi saya sibuk mencari pengedar untuk langganan akhbar. Tengok tu, langganan akhbar pun kami kena cari. Ini lah kerja. Huhu. Ok, kami cuba dapatkan details aunty india untuk sediakan apa yang patut.

Terbukalah cerita pengedar paper yang lama. Baru kematian suami. Oleh kerana yang meninggal itu orang india, jadi kami sembang sekejap cara menguruskan kematian. Sedikit ilmu saya dapat.

Tak lama kemudian ada seorang budak dalam darjah dua datang nak beli majalah bersama ibunya. Budak ni kenal dengan pembantu saya. Selalu datang ke perpustakaan untuk meminjam buku dan bermain. Saya kurang kenal. Yang saya tahu jerit saja suruh diam. Haha. Mak dia pun ambil kesempatan minta maaf sebab buku belum dipulangkan. Saya jawab tak apa, janji bukunya masih ada tak hilang. Nanti datanglah hantar. Kita tak ambil denda.

Kakak ni jawab pada saya, sejak suaminya meninggal sepuluh hari lepas, dia jadi kelam kabut uruskan semua. Suami meninggal mengejut. Pembantu saya terus pegang tangan saya. Dia agak terkejut sebab suami kakak ni selalu datang ke perpustakaan untuk ambil dan hantar anak-anak. Terkesan sikit agaknya dia. Saya cuba untuk ingat budak mana, ayah yang mana. Akhirnya saya cakap pada kakak tu bersabarlah. Allah uji kita mesti ada hikmah dan Dia tahu kita kuat untuk menempuhnya. Itu saja yang mampu saya cakap. 

Balik ke perpustakaan, pembantu saya cakap macam ni ;

Y : Kak nak tau tak.
Saya : Apa dia?
Y : Si abang tu masa last dia datang library kita, dia main dengan adik dia. Sambil dia main tu dia menyanyi. Kak tau lagu apa?
Saya : Tak.
Y : Lagu “di pondok kecil”.

Terus tersentap saya dibuatnya. Sebab saya tahu lirik lagu itu. Macam tahu saja dia ayahnya akan pergi. Sebagai anak sulung dia perlu menggalas tanggungjawab berat menjaga ibu dan adiknya. Usia semuda itu yang baru 11 tahun perlu kuat demi ibu dan adik.

Saya teringat adiknya yang seolah tak tahu apa maksud ayah dah tiada. Masih sangat kecil untuk memahami. Kisah ni turut memberi kesan pada saya sehingga hari ini. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikul. Namun, redha lah demi Allah. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Allah pinjamkan kita suami, ibu, ayah, keluarga dan semua yang kita ada. Sampai masa Allah akan ambil balik hakNya. Kita kena sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan dan merelakan semua.

Lirik lagu Di Pondok Kecil
**************************
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun

Di suatu hari Ayah berkata
Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan Ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menangis
Andai Ayah gugur doakan biar syahid

Selamat berjuang Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abangku ke mana Ayah
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah
Wahai abangku ke mana Ayah
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah

Duhai adikku sayang jangan menangis
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah
Berjuang dan berkorban walau di mana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam

936d374f-3442-4783-b8c7-19bbe5935ed5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s