Generasi yang manja?

Panas kan tajuk entry kali ini. Saya jarang membicarakan isu yang begini. Namun terpanggil juga kali ini untuk mengupas sedikit isu Zahra yang meluahkan rasa hati kepada TPM. Banyak komen saya baca, ada negatif ada positif. Bila saya komen generasi Zahra ni generasi yang manja, ada pula yang hentam saya. Suruh saya duduk dengan orang susah tengok keadaan mereka supaya saya tahu apa itu kesusahan di zaman sekarang.

Tak tau nak respond macam mana dengan peng’komen’ ini. Cuma mampu untuk senyum.

Okay, adik Zahra. Umur baru 23 tahun. Grad umur 21 tahun. Degree holder. Dua tahun kerja naik kereta. Bayar rm500 pada mak ayah. Hujung bulan naik lrt. Duit dah takde. Gaji yang diberi tak cukup. Nak beli rumah tak mampu.

Baiklah, di sini kakak nak cakap sikit. Kakak pun tak nak compare cuma nak bagi nasihat sikit. Inilah kehidupan. Ini lah dunia. Dunia tak akan berbaik dengan kita. Dunia sentiasa kejam dengan kita. Jadi ia adalah bagaimana kita menghadapi kekejaman yang dunia berikan.

Masa belajar, masa duduk dengan ibu bapa memang indah. Semua disuap. Semua diberi. Tak perlu fikir apa yang akan berlaku di depan. Tapi selepas belajar, hidup sendiri baru nampak apa itu kesusahan berdikari. Semua orang begitu. Semua orang akan merasai kesusahan dahulu dalam kehidupan. Dan kejayaan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan. Untuk berjaya dan kaya perlukan banyak pengorbanan.

Adik baru 23 tahun. Masih panjang perjalanan hidup. Adik perlu utamakan apa yang penting. Keperluan bukan kehendak. Sekiranya kehendak mengatasi keperluan maka, hasilnya rungutan. Senaraikan apa target adik untuk masa depan adik. Masa depan adik bukan Malaysia yang tentukan tapi adik sendiri. Kalau umur 23 tahun nak pakai kereta dan nak beli rumah serentak, then adik perlu simpan lebih banyak duit. Tak perlu baju banyak sangat untuk tukar hari-hari. Tak perlu telefon canggih untuk guna. Tak perlu makan mewah-mewah. Tak perlu tengok wayang, jalan-jalan. Yang adik perlu, budget pergi dan balik kerja, dan simpanan yang banyak untuk dapatkan apa yang adik nak. Itu namanya pengorbanan.

Hidup ni adik yang buat pilihan. Nak macam mana. Bukan menteri atau Malaysia yang tentukan untuk adik. Kita tak akan dapat semua yang kita nak serentak. Kurangkan merungut. Ada kereta pinjam lebih baik daripada yang pergi bekerja dengan berjalan kaki. Lebihkan sedekah dan belajarlah bersyukur. Biarpun kita sendiri cuma ada rm10, sedekahlah rm1. Insya Allah hidup adik akan ada lapangnya. Yang paling penting kakak nak tekankan di sini ialah bergantunglah HANYA pada Allah. Insya Allah adik akan rasa ringannya perjalanan hidup adik.

Ada peng’komen’ suruh saya tengok kehidupan orang susah. Secara jujurnya saya juga memilih untuk hidup biasa. Supaya saya sentiasa bersyukur dengan apa saja yang diberi. Namun ada juga keluarga susah yang saya tengok lebih banyak membazir dan kemudiannya merungut tidak mampu. Apa pun dalam kehidupan ini takdir Allah yang tentukan tapi kita boleh memilih takdir yang mana yang kita nak. Allah tak akan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang ubah.

Bak kata orang putih, “when life gives you lemon, make lemonade”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s