[Review] : Gedebe ~ Imaen

Cover Gedebe-500x500

gambar ehsan en google

Imaen dengan novel terbarunya, Gedebe. Saya teruja. Hehe. Tetapi ambil masa seminggu juga untuk habiskan sebab ada banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Seperti biasa cara penampilan Imaen, bersahaja tapi menyengat. Kali ini bahasa yang digunakan ialah bahasa Kelantan. Tapi masih boleh difahami oleh orang luar. Bukan sepenuhnya. Kisah Pak Nik yang gedebe, Adem yang baru keluar penjara, Nik Saiful yang LGBT, dua orang anak perempuan Pak Nik yang berlakikan lelaki yang entah apa-apa dan banyak lagi watak menarik. Juita, doktor haiwan yang jatuh cinta pada Adem dalam diam. Ending gedebe yang kita tak sangka. Menarik. Ok, tak nak cerita panjang. Jom review blurb;

Cinta itu ialah kita tidak merasa malu ketika seluruh dunia mentertawakan sesuatu perbuatan kita utuk membahagiakan orang yang kita cintai, kerana kita pun tidak berpakat dengan dunia untuk jatuh cinta.

Gedebe itu bukan samseng walau ramai samseng memiliki sifat gedebe. Gedebe, perkataan berasal dari Kelantan. Orang gedebe itu orang yang berani, yang tak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat. Mereka yang menjunjung kata-kata keramat – biar mati berdiri jangan hidup melutut.

Manusia walau macam mana letih pun akan tetap melangkah selagi semangat masih kuat tapi kalau semangat dah mati, manusia akan berhenti melangkah.

Aku ni anak Pak Nik, yang Pak Nik pahat sebaik mungkin untuk jadi seperti dia. Tapi aku memilih untuk tak mahu jadi Pak Nik. Selama ini aku rantai kemas-kemas pongoh dan bengkeng Pak Nik yang selalu meronta minta bebas itu. Tapi hari ini aku akan lepaskan semua gedebe Pak Nik itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s