[Review] : Rahsia Perindu ~ Ramlee Awang Murshid

rahsia perindu

gambar ehsan en google

Dah lama tak baca novel Ramlee. Dah lama juga saya tak terjah kedai buku sebab sibuk dengan kerja dan juga berusaha menghabiskan buku-buku yang belum dibaca di rumah. Di samping tu berusaha membaca buku yang ada di library. SKT katanya. Aduh, mana nak sempat semua nak kena baca. Tapi kalau tak baca tidak lah berilmu, kata mereka.

Jangan panjang cerita, teruskan saja dengan review novel ni. Saya rasa novel ni dah lama. Tahun terbitannya 2013. Saya saja yang tertinggal. Tak perasan. Review dari saya, novel ni menarik. Maria yang mengalami tekanan jiwa sejak dirogol ayah kandung dari kecil. Turut menghidapi split personality. Bila baca rasa mencabar minda juga. Tak boleh skip sebab kalau tak memang bertambah-tambah pening kepala. Siapa sebenarnya yang sakit. Siapa yang jadi pembunuh. Siapa yang masuk penjara. Serius edisi susah letak sebab nak tahu ending cerita ni. Watak memang agak banyak. Keliru juga. Sekejap orang ni sekejap orang tu. Akhirnya dah tau siapa. Maria sendiri adalah Leopard dan peguam Amylia adalah watak dalam delusi Maria sendiri.

Pening tak? Hehe. Tapi memang best. Walaupun untuk semua novel Ramlee, saya tetap jatuh cinta dengan novel Hatiku di Harajuku. Belum berkesempatan untuk menjadikannya koleksi walaupunnnnn berlambak di kedai buku. Entah kenapa. Huhu, lepas ni terus ke kedai buku lah nak beli buku Ryu Watanabe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s