[Review] :: Hidup Tenang Walaupun Berhutang ~ Shamsuddin Kadir

buku

gambar ehsan en google

Buku ini sangat berguna dan sangat bagus. Kepada mereka yang mempunyai hutang yang banyak dan tak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya disarankan untuk memiliki atau membacanya. Saya takde banyak sangat hutang kecuali yang perlu saja sebab saya memang membeli secara cash. Percaya tak yang saya tak ada satu pun kad kredit.

Saya ajar diri saya untuk membeli sekiranya ada cash. Kad kredit? Hmm, saya pernah teringin untuk memohon tapi lepas saya cakap pada mak saya, terus saya kena marah. Kad kredit itu adalah ah long berlesen katanya. 

Lain orang lain cara. Ada yang menggunakan kad kredit dengan berhemat. Ada juga yang boros dengan kad kredit. Ada benda yang kita nak beli memerlukan kad kredit. Tapi saya tak ajar diri saya untuk menggunakan kad kredit. Biarlah saya tak ada barang jenama asalkan saya tidak berhutang. Saya tak kisah orang nak cakap saya nampak miskin. Saya tak kisah orang nak cakap saya tak pandai bergaya namun saya rasa tenang hidup sebab saya tidak berhutang banyak. Saya belajar menyimpan untuk masa depan.

Buku ini ajar juga bagaimana membuat belanjawan. Terkejut juga saya banyak yang diajar telah pun saya amalkan sejak saya mula bekerja. Antaranya ialah menyediakan sampul untuk setiap perbelanjaan. Jujurnya setiap duit gaji yang saya dapat pastinya saya akan asingkan mengikut kategori.

Contohnya ada sampul duit ansuran kereta dan jumlah duit. Yang penting simpanan tetap saya masukkan biarpun tidak banyak. Kerana simpanan itulah yang akan digunakan bila ada kecemasan.

Jadi saya syorkan pada semua yang ada hutang, bacalah buku ni. Bagus untuk menguruskan perbelanjaan. Utamakan keperluan daripada kehendak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s