Rezeki Anak

Situasi di kedai makan, masa nak bayar.

Pelayan : Kak, tak sunyi ke takde anak? Berdua saja.
Saya : Hmm, sunyi juga tapi nak buat macam mana. Masih belum ada rezeki.
Pelayan : Takpe, insya Allah ada rezeki akak nanti.

Saya senyum dan terus ke kereta. Masuk kereta en.hadi tanya. Sembang apa lama sangat. Saya pun jawab. En.hadi senyum je.

Soalan ni dah biasa pada saya. Yelah dah enam tahun kahwin tapi masih belum ada rezeki anak. Pebagai usaha saya lakukan. Belum masa Allah nak bagi. Awal perkahwinan saya pun macam orang lain juga. Tapi sekarang saya dah biasa dengan soalan begitu. Saya dah sepenuhnya redha. And unfortunately we are in the comfort zone.

Sunyi? Hmm, ada masa saya sunyi tapi kebanyakan masa saya agak sibuk. Bila cuti saya menghabiskan masa dengan membaca, mengemas rumah, ziarah mak ayah, keluar jumpa kawan dan buat apa saja yang saya rasa nak buat. Dan perkara yang saya tak pernah tinggal ialah bawa buku ke mana sahaja. Bila saya perlu menunggu, saya akan buka buku.

Ada juga sindiran yang saya terima. Rugilah takde anak. Nanti mati takde anak nak bacakan doa dan yasin. Hmm sedih? Ye sangat sedih tapi saya fikir sebaliknya. Ada hikmah yang Allah nak bagi dekat saya. Alhamdulillah kalau ada anak yang bacakan doa dan yasin. Bagaimana kalau anak yang ditinggalkan langsung tak ingat pada arwah mak dan ayah. Nauzubillah.

Tak adil kah Allah bila belum bagi saya anak? Itu hasutan syaitan. Berbaik sangkalah pada Allah. Carilah pahala dan amal jariah untuk kesenangan diri sendiri. Perlukah kita hanya bergantung pada anak-anak untuk cerahkan kubur kita kemudian hari.

Mungkin saya belum dikurniakan anak maka saya cakap macam ni. Jom kita ubah minda kita. Ada tiga cara untuk bekalan akhirat ; anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah.

image

*gambar ehsan en google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s