Adakah teh hijau membantu dalam menurunkan berat badan?

Bercakap soal berat badan, ia merupakan isu yang sensitif untuk sesetengah orang. Pada pendapat peribadi saya, janganlah terlalu gemuk dan janganlah terlalu kurus. Biar yang sedang-sedang aja… bak kata penyanyi dangdut Iwan..

Terpulang pada diri masing-masing sebab itu badan anda. Saya juga pernah merasa kurus melidi dan saya juga pernah merasa gemuk. Double chin. Masa saya kurus melidi tu, saya susah hati kenapa berat badan saya tak naik-naik. Bila dah naik, saya susah hati kenapa badan saya tak turun-turun beratnya. Dua-dua pun merunsingkan. Akhirnya, masalah datang kepada saya. Baju perlu bertukar. Saiz tidak ada. Seluar sudah tidak muat. Kalau ada saiz yang saya perlukan ianya tidak cantik pada pandangan mata saya. Dan perkara yang membuatkan saya nekad untuk berubah ialah bila saya rasa mengah dan pernafasan saya tak bagus.

Akhirnya saya nekad. Saya perlu diet. Tapi saya nak diet yang betul. Ada orang offer saya teh hijau. Katanya bagus untuk kesihatan. Yang paling penting bagus untuk kuruskan badan. Ok. Saya tak pasti betul atau tidak sebab belum ada kajian yang solid yang mengatakan teh hijau membantu untuk mengurangkan kilogram dalam badan. Tapi saya pernah cuba. Mungkin ini juga psikologi minda.

Kajian tahun 2006 mengatakan ada dua kumpulan lelaki yang mengamalkan diet selama tiga bulan dan minum teh hijau selalu dapat mengurangkan berat badan. Terpulang pada kita nak percaya yang mana. Pada pendapat peribadi saya, boleh minum teh hijau tapi biarlah beserta diet yang betul dan juga senaman. Itu membantu.

download

*gambar ehsan en google

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s