Nyawa milik Allah

Semalam sedang saya dan en hadi makan, ada panggilan masuk.

Caller : Salam bang hadi, nak bagitau ni, kandang kambing apai terbakar.
En.Hadi : Wsalam. La ye ke. Tu call la apai bagitau dia.
Caller : Saya takde nombor phone dia. Kalau ada abg hadi tolong call bagitau dia ye.
En. Hadi : Hmm, ok.

Saya : Siapa?
En.Hadi : Mizi. Call sebab bagitau kandang kambing apai terbakar.
Saya : Call bomba lah.
En.Hadi : Hehe, bomba gelak je nanti kandang kambing terbakar pun nak call bomba.
Saya : Eh, memanglah kena call bomba. Api kan. Takut merebak. Lagipun kan nyawa tu. Kena selamatkanlah. Bukan manusia je ada nyawa.
En.Hadi : Ha, betul juga. Jap saya call.

Selesai call dan makan, kami pun bergegas ke tempat kejadian. Elok saja sampai, dua trak bomba dan satu kereta polis datang. Api memang marak. Dalam 15 minit jugalah api berjaya dipadamkan. Tapi malangnya nasib 20 ekor kambing tidak berjaya diselamatkan. Puncanya kata mereka, bara api diletakkan di bawah kandang untuk memanaskan kambing di tengah malam.

Namun ajal Allah yang tentukan. Biarpun hanya binatang, namun mereka turut bernyawa. Sedih dengan nasib mereka. Entah bagaimanalah keadaan mereka ketika api sedang marak dan mereka pastinya terjerit-jerit meminta tolong tak mampu nak selamatkan diri. Walaupun syurga tempat mereka, namun pastinya juga ada sedikit ralat di hati tuannya kerana kehilangan binatang peliharaan yang sangat berharga.

IMG_1672

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s