Biskut Chocolate Chip

Tinggal lebih kurang 6 hari nak raya. Yeay! Hehe, budak-budak je yang semangat raya. Dah tua-tua ni apa ada saja. Tak melebih-lebih pun. Kuih raya hmm, wajib buat sebab kalau beli tak sedap. Tahun ni saya buat chocolate chips pulak. Tak nak buat kuih tradisional yang memang tiap tahun buat sebab apa, sebab tak makan habis pun. Cuma yang tak boleh tinggal tiap tahun kuih mazola.

Ok, entry ni nak kongsi resepi chocolate chips. This is my first attempt after 17 years. 17 tahun yang lalu, saya buat dengan mak saya. Itu lah kali pertama dan terakhir. Entah kenapa tak pernah buat lagi dah. Tahun ni tiba-tiba teringin nak buat. Apa lagi, terus mencari bahan-bahan. Mood buat kuih pun dah ada. Jom saya kongsikan resepi.

Bahan :
250 gram butter SCS
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan chocolate chips

Bahan ayak :
2 1/4 tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus

Cara :
1. Panaskan oven 160 darjah celcius.
2. Masukkan butter, gula castor, gula perang, telur dan vanilla ke dalam mixer. Pukul hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan bahan yang telah diayak.
4. Masukkan pula chocolate chips, gaul sebati.
5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas loyang.
6. Bakar selama 18 minit.

13639739_10157283353760438_816677184_o

Sepatutnya saya kena sejukkan dalam peti ais selama sejam. Hasilnya nanti jadi macam biskut yang cantik. Tapi saya tak buat sebab saya lebih suka makan yang nipis dan rangup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s