0

[Review] :: Little Drifters ~ Kathleen O’shea

bwhsxn-iaaa4bxo

Buku ni dah lama sangat terperap di dalam almari. Lepas mengemas rak, saya pun keluarkan dan mula membaca. What?!? Buku sebagus ni saya biarkan terperuk saja tanpa membaca? Huh. Apa lagi, tolak buku yang lain, fokus membaca buku ni. Fokus saya tu bukanlah sampai tak buat kerja lain. Cuma bila masa terluang saya baca.

Cerita yang sangat menarik. Kisah benar Kathleen(penulis). Kathleen dibesarkan dengan 10 orang adik beradik di dalam rumah yang sangat sederhana. Kehidupan mereka sangat susah namun mereka gembira pada awalnya. Tapi segalanya berubah bila ayahnya mula tekanan dan kaki minum. Ditambah pula kesusahan itu bila ibunya pula meninggalkan mereka sendirian.

Kathleen dan adik beradiknya hidup dalam keadaan yang sangat susah. Ada masa mereka tak makan. Mereka kemudiannya dihantar ke convent. Kehidupan di convent juga teruk. Namun Kathleen terpaksa meneruskan juga sehingga berumur 16 tahun. Dia kemudiannya berhijrah ke England dan memulakan kehidupan baru. Kathleen mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan positif.

Buku ni sesuai dibaca umum. Highly recommended.