0

Nasi minyak

Permintaan suami. Nasi minyak, jelatah dan ayam masak merah. Kebetulan hari cuti. Bolehlah buat yang special sikit. Macam biasa bahan-bahan saya google saja. Saya share resepi kat bawah ni ye ;

Nasi Minyak
Bahan-bahan
2 cawan beras biasa
2 cawan air (mengikut jenis beras yang selalu dimasak)
1/2 biji bawang besar – mayang
1 batang kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar minyak sapi
1 ketul kiub ayam
Sedikit serbuk kunyit untuk warna
Garam secukup rasa

Cara-cara ;
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi. Masukkan kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau. Masukkan kiub ayam dan serbuk kunyit.
3. Masukkan beras dan gaul mesra.
4. Masukkan air mengikut sukatan beras dan sedikit garam.

Ayam Masak Merah
Bahan-bahan ;
Ayam
Bawang besar – mayang
1 batang serai – ketuk
Cili kisar mengikut kepedasan
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Halia – kisar
1 biji tomato – kisar
2 tangkai cili merah – kisar
2 sudu besar sos cili
Air, garam dan gula

Cara-cara ;
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan rempah tumis, sos cili, serai dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air, santan dan ayam. Masak sehingga ayam empuk dan pecah minyak.
3. Masukkan tomato. Gaul sebati.

Jelatah
Bahan-bahan
Timun, tomato, nenas
Bawang besar – mayang
Garam, gula, cuka

Cara-cara ;
1. Potong timun, tomato, nenas dan bawang besar.
2. Masukkan garam, gula dan sedikit cuka.
3. Gaul sebati.

0

Seharum Mawar

Semalam saya post entry Magnificent Century. Hari ni saya nak post drama Seharum Mawar yang ditayangkan jam 7 petang setiap hari di TV1. OST drama ni membuatkan saya terpanggil untuk menonton selepas cerita turki kena banned. Jalan cerita biasa. Kekeluargaan.

Mawar yang menjadi orang gaji dalam sebuah keluarga kaya. Mawar juga yang menjadi pemberi kata-kata semangat kepada mereka sekeluarga.


Antara OST yang menarik. Satu je lagi OST Seharum Mawar yang saya tak jumpa.

0

Muhtesem Yuzyil ~ Magnificent Century

Drama bersiri yang menjadi favourite saya. Sejak ditayangkan seminggu sebelum puasa rasanya. Tapi sekarang dah kena banned. Sayang. Cerita yang menarik di-banned. Cerita yang tiada isi, yang tiada tujuan ditayangkan. Cerita-cerita khayalan makin berleluasa. Katanya drama ni menghina Islam.

Ini cerita orang Turki. Kejadian berlaku di Turki. Ini sejarah Turki. Tapi melayu yang sentap lebih. Lebih 60 buah negara ditayangkan drama ni untuk pengetahuan semua. Sepatutnya kita tengok dulu sampai habis baru kita komen. Ini cerita belum bermula dah serba tak kena. Mungkin masyarakat Melayu tak boleh terima hakikat kehidupan Islam di Turki begitu sedangkan kita sedia maklum Turki merupakan negara sekular.

Sultan Suleyman beragama Islam tidak boleh mempunyai gundik, dan juga pakaian wanitanya yang seksi. Itu cerita sejarah lebih kurang seribu tahun yang lalu. Begitu juga di zaman kesultanan Melayu Melaka, sultan kita juga mempunyai gundik. Dan mereka juga beragama Islam. Pakaian juga lebih kurang begitu. Itu sejarah negara. Suka atau tidak ia dah menjadi sejarah. Entah di mana silapnya masyarakat kita. Makin hari makin jumud.

Sekadar pandangan peribadi saya. Takpelah kita layan Seharum Mawar sajalah. Wallahua’lam.

p/s : Saya suka OST Seharum Mawar. Layan drama juga. Kat bawah ni OST Magnificent Century.

0

Salam Ramadhan

Phewww! Sangat lama tak update blog. Adalah dalam 5 bulan. Kenapa? Masa yang tak mengizinkan. Sibuk ke sana ke sini. Sibuk dengan kerja yang tak pernah habis. Ni pun saya tak tau nak cerita apa. Tapi rasa nak menulis.

Ok, masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan pada semua umat Islam yang berpuasa. Sedar tak sedar dah dua minggu kita berpuasa. Dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Alhamdulillah. Semua ujian kita tempuh dengan kuat.

Saya menjalani ibadah puasa macam biasa. Bersahur dengan lauk semalam. Berbuka dengan lauk baru yang dimasak sendiri. Bazar ramadhan rasanya dah hampir 3-4 tahun saya tak pergi. Bukan apa, nanti lauk yang dibeli tak kena selera dan tak sedap. Dah la penat puasa, lauk tak sedap pulak. Memang bikin hati panas. Jadi langkah mudah saya masak sendiri mengikut citarasa sendiri.

Terawih saya masih lagi lopong. Ikut mana yang larat buat. Cuaca makin hari makin panas. Rasa letih juga. Itu pun saya memang tak minum ais. Alhamdulillah berpuasa dengan seadanya.

Raya? Hmm, persiapan raya macam tahun-tahun sebelumnya juga. Baju raya pakai baju yang dah sedia ada. Setiap tahun saya buat 2-4 helai baju. Jadi itulah baju yang saya akan pakai untuk raya puasa dan raya haji. Dan itu jugalah baju kerja saya. Haha. Senang.

Kuih raya belum mula lagi. Belum sentuh oven. Jadi macam rajin dengan malas saja nak buat. Ekonomi sekarang pun tak menentu. Jadi selagi boleh jimat, kita jimatlah. Belilah apa yang perlu saja. Simpanan harus diutamakan.

Itu sedikit sebanyak cerita saya. Nanti update entry lagi. Ada buku sampai berkotak-kotak. Huhu. Kerja yang tak pernah habis. Tapi bagus juga sebagai kudapan di bulan puasa. Kalau tak, mengantokkkkk!

0

[Review] :: Little Drifters ~ Kathleen O’shea

bwhsxn-iaaa4bxo

Buku ni dah lama sangat terperap di dalam almari. Lepas mengemas rak, saya pun keluarkan dan mula membaca. What?!? Buku sebagus ni saya biarkan terperuk saja tanpa membaca? Huh. Apa lagi, tolak buku yang lain, fokus membaca buku ni. Fokus saya tu bukanlah sampai tak buat kerja lain. Cuma bila masa terluang saya baca.

Cerita yang sangat menarik. Kisah benar Kathleen(penulis). Kathleen dibesarkan dengan 10 orang adik beradik di dalam rumah yang sangat sederhana. Kehidupan mereka sangat susah namun mereka gembira pada awalnya. Tapi segalanya berubah bila ayahnya mula tekanan dan kaki minum. Ditambah pula kesusahan itu bila ibunya pula meninggalkan mereka sendirian.

Kathleen dan adik beradiknya hidup dalam keadaan yang sangat susah. Ada masa mereka tak makan. Mereka kemudiannya dihantar ke convent. Kehidupan di convent juga teruk. Namun Kathleen terpaksa meneruskan juga sehingga berumur 16 tahun. Dia kemudiannya berhijrah ke England dan memulakan kehidupan baru. Kathleen mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan positif.

Buku ni sesuai dibaca umum. Highly recommended.

0

Hair Vitamin Ellips

Rambut pun kena sihat dan bersinar walaupun kita pakai tudung. Sebelum ni saya tak berapa nak kisah sangat tentang penjagaan rapi rambut. Asalkan rambut disyampu dan dibersihkan dengan baik. Itu sudah mencukupi. Asalkan tak ada kelumumur dan rambut berbuah itu sudah cukup baik bagi saya.

Lepas kerja saya ke Watsons. Tujuan saya untuk beli pencuci muka Simple yang dah habis. Pusing-pusing saya nampak vitamin Ellips untuk rambut. Berhenti sekejap. Ambil dan belek. Baca apa kebaikannya. Macam menarik. Saya ambil tiga paket. Vitamin yang warna kuning. Tujuan utama saya beli untuk bagi vitamin kepada rambut saya. Hehe. Cubalah.

Balik rumah, mandi, syampu rambut macam biasa. Bila rambut dah separuh kering, saya pakai vitamin Ellips ni. Saya sapu pada rambut tapi elakkan kena kulit kepala. Untuk pertama kali, saya guna tiga kapsul vitamin. Kuantiti terpulang pada panjang rambut. Bau wangi juga.

Ikut pada paket belakang Ellips tu, selang 3-4 hari letak lagi. Jadi saya pun ikutlah peraturannya. Selang 4 hari, saya ke salon. Kebetulan cukup masa untuk saya cuci dan trim rambut. Selalunya kalau saya cuci rambut mesti ada complaint yang rambut saya banyak gugur. Saya pun tak tau nak buat macam mana lagi dengan keguguran rambut saya. Tapi kali ni takde complaint. Saya biarkan saja.

Selang 2 hari saya cuci rambut lagi. Selalunya bila saya lap rambut tu mesti ada gugur yang banyak. Tapi kali ni lain. Kurang sangat gugur. Saya biar separuh kering kemudian ambil vitamin Ellips tu dan letak lagi 2 kapsul. Bila saya sikat rambut ternyata rambut saya kurang gugur. Dekat sikat tu tak banyak rambut gugur. Saya memang terkejutlah. Kagum sikit. Hehe.

Sebab tu saya nak share dekat sini. Saya guna vitamin Ellips yang warna kuning sebab saya nak merawat dulu rambut saya. Warna kuning ni diperkaya dengan Moroccan Oil dan diformulasikan dengan Aloe Vera, vitamin A,C,E dan pro vitamin B5. Alhamdulillah baru 2 kali penggunaan nampak ada perubahan.

noniq_ellips_hair_vitamin_pro_keratin_complex_00

* gambar ehsan en google (kredit to noniq.blogspot.com)

0

Pisang Kaki @ Persimmon

img_6931

Buah kegemaran saya. Diperkenalkan oleh adik ipar. Mulanya tak suka. Tapi lama-lama hmm, memang menjadi kegemaran. Pantang nampak, mesti beli. Pisang kaki ni mahal. Tapi takpe. Orang cakap banyak khasiat. Saya pun google la apa khasiat yang ada. Memang banyak.

Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China dan tergolong dalam keluarga Ebenacea. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.
Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung. Kerana pisang kaki nih mengandungi tindakbalas diuretic di dalamnya.

Yang penting kita makan ikut sederhana. Walaupun berkhasiat, terlebih makan juga membawa padah.