0

Sambutan Tahun Baru Cina 2014

Rumah terbuka sambutan tahun baru cina untuk tahun 2014 dibuat di Taiping. Jadi banyak jalan ditutup seminggu awal. Agak menyusahkan tapi perlu ikut peraturan. Saya juga terlibat dalam program ini. Sebabnya perpustakaan di bawah kementerian pelancongan dan kebudayaan. Saya yang menurut perintah le jawabnya. Huhu.

Kerja tak teruk sangat. Cuma menjaga booth bahagian air mineral untuk diberikan kepada pengunjung dan juga layanan untuk VVIP. Sepatutnya saya ditugaskan ke bahagian VVIP tapi disebabkan kelewatan saya telah diganti dengan kawan lain. Alhamdulillah. Hehe. Lewat sebab pada paginya ketua pengarah buatlawatan ke PD Selinsing dan semua staf diminta hadir ke sana.

collage-1

collage-2

Orang yang berlakon sebagai patung pada petang rehearsal

collage-3

Laluan yang ditutup untuk gerai-gerai dan juga penari-penari kebudayaan berlatih. 

collage-5

Bunga api pada perasmian pembukaan. 

collage-6

Antara kugiran yang hadir memeriahkan suasana. Permainan yang dianjurkan oleh kementerian, pengacara secara live dan tidak ketinggalan sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat kita yang masih tidak tahu menggunakan tong sampah. Sungguh memalukan. 

collage-4Bunga api penutup. Lama juga. Menarik. 

Saya nak upload video yang saya tunggu penyanyinya iaitu penyanyi legend Jamal Abdillah. Pergh suara mantoppp! Tapi tak boleh. Mujurlah masa Jamal menyanyi orang dah kurang. Lepas dia nyanyi kami pun apa lagi tunggu, balik tidurlah… Huhu

0

Pop-up Card

image

Akhirnya! Terhasil juga contoh pop-up card yang dah lama saya nak buat untuk aktiviti bersama kanak-kanak. Bila dah buat tu bukanlah susah pun. Takdelah ambil masa yang lama.

Ni saya buat contoh saja. Jadi kertas dan bunga sama warna je. Dan saja suka suka letak kat blog. ~lalala~

0

Buku oh buku

image

image

image

image

Asyik mengeluh bila buku nak sampai. Sekali ambik ko. 5 kotak dia bawak mai. Hadap le. Hehe.

Dah hujung tahun baru dapat buku baru. Baru lah ceria sikit library. Apa lagi sibuk membalut, memproses buku lah sekarang ni. Mula ingat tak nak balut tapi bila fikir buku asyik koyak dan kena repair, kena air, sayang lah. Walau akan koyak tp lambat sikit lah rosaknya.

Mana yang dah siap dengan harga boleh mula print katalog. Mana yang takde harga buku jenuh juga lah saya mencari harga melalui internet. List kali ni takde harga pula. Takpe buat perlahan lahan.

Mula berfikir mana nak diletakkan buku baru. Rak dah hampir penuh. Aduhai. Kena buat pinjaman kelompok le nampaknya.

Oh ya ada tiga buku bahasa tamil sepenuhnya. Huhu. Punggah. Tak tahu apa yang ditulis. Langsung tak nampak huruf a b c. Yang ada tulisan bersimpul. Macam mana nak buat. Jawabnya singgah sekolah tamil berdekatan untuk translation. Hehe. Bahasa cina sepenuhnya pun ada. Tapi mujur sebuah je. Kena singgah sekolah cina juga lah macam ni. Aduhai….

2

Aktiviti membuat blog

Seperti dijanjikan, bos suruh kami buat blog untuk perpustakaan zon 3. Hmm, benda ni dah lama kan. Library zon lain dan negeri lain dah lama buat kot. Tapi kami baru nak mula. Takpelah, better late than never. Hehe, ayat menyedap hati.

So, ni gambar2 yang sempat aku tangkap le. Sebab aku pun belajar juga.. Hehe