0

Condolence MH17

Bangun sahur dikejutkan dengan mesej dari makcik. “MH17 ditembak jatuh?” Macam tu lah bunyi mesejnya. Terus terbeliak mata. Biar betul. Buka tv. Buka internet. Ye betul. Saya tiada kata-kata yang dapat diluahkan. Hanya yang mengalami perasaan begitu yang dapat memahami. Biarpun saya cakap saya faham kesedihan itu, namun ia pasti tidak sama sebab saya belum pernah merasai kehilangan yang sebenar di usia yang begini.

Kejutan rentetan peristiwa malang itu masih dirasai. Sekelip mata. Bila baca akhbar, air mata bergenang. Cuba memahami situasi kehilangan mereka. Bila baca media maya, macam-macam diperkatakan. Sebagai hamba Allah, walau apa pun sebab musababnya itu hanya penyebab ajal yang ditetapkan. Tidak kurang dan tidak lebih walau sesaat. Itu perjanjian cara mereka kembali kepada pencipta.

Hanya doa dititipkan untuk mereka yang telah tiada. Hanya semangat diberikan kepada keluarga mangsa. Supaya kuat dan tabah mengharungi hidup tanpa yang tersayang. Kepada anak kapal dan penumpang MH17, bersemadilah dengan aman.

Malaysia Airlines Flight MH-17 is seen at the G3 gate of Schiphol Airport in Amsterdam, before it took off, heading to Kuala Lumpur

0

MH370 Pulanglah !

Dunia digemparkan dengan kehilangan kapal terbang MAS MH370 pada Sabtu 8hb March 2014. Kehilangan misteri sampai ke hari ini masih belum dijumpai.

mh370crew_twitter

* gambar ehsan en google

MH370, berilah kami petanda di mana kau berada.. ramai yang menunggu kepulanganmu..

Ya Allah, sekiranya MH370 berada di langitMu, Kau turunkanlah.. sekiranya ia berada di lautanMu, Kau timbulkanlah.. sekiranya ia berada di daratanMu, Kau tunjukkanlah..

Walaupun saya tidak kenal dengan sesiapa pun di dalam kapal terbang itu, namun saya turut merasai kesedihan kehilangannya. Masih berharap agar ia pulang dengan selamat. Ayuh sama-sama kita berdoa dan memohon kepada Allah supaya dibukakan hijab mereka yang mencari. Tak kiralah apa yang berlaku kepada MH370 sebenarnya, cuma kita ingin tahu keadaan mereka. 

0

Kisah perempuan Turki mempertahankan maruahnya

SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.

Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.

“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, “saya tahu dia akan rogol saya lagi,” katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.

“Saya mengejar dia,” katanya. “Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya,” katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

“Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

“Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya,” katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

“Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

“Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

“Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

“Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain,” katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri,” kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.

notakaki : Semoga wanita ini mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana mempertahankan maruahnya..

0

Tanah runtuh

Terkejut aku bila baca tentang landslide di rumah anak yatim ni. Terkedu. Dan terus berdoa pada Allah supaya selamatkan mereka. Layan gambar dulu ye…                                           

credit to cari.com                                                                                                                                                    

Nak post banyak-banyak gambar tak mampu la. Mengalir air mata aku bila tengok kejadian macam ni. Lagi-lagi menimpa anak-anak yatim. Aku memang agak sensitif kalau pasal anak yatim. Sebab mereka mengharap kasih pada yang sudi.                                                                                                                                 

Semoga Allah tempatkan mereka yang meninggal dunia di kalangan orang-orang yang Allah sayang. Syurgalah tempat mereka. 

0

Telur tiruan

Telur Tiruan buatan China bahaya. AWAS!
Posted by Email : kazax240@yahoo.com Thursday, September 9, 2010

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi perhatian di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah mendedahkan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang telah menggemparkan dan menyebabkan kerisauan sebahagian besar penduduk Republik Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumentasi berjudul, “Hidup tanpa produk-produk buatan China.” Dalam program tersebut menggambarkan kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang maharajalela di China, acara ini telah menarik perhatian Republik Korea.

Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?

1. ’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

2. ’Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorida

3. Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.

4. Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.

Berhati-hati la, ni telor pun boleh dibuat di makmal. (telor tiruan). China semua boleh buat….tgk gambar dibawah..bagaimana sama dengan telur tulen kan..

Kos untuk membuat telur tiruan itu jauh lebih murah, hanya lebih kurang 0,55 yuan (0,07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0,8 dolar AS.)

Bahan utama dalam telur-telur buatan tersebut adalah bahan tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen. Kandungan yang berlebihan atas bahan-bahan tersebut akan merosak perut dan menyebabkan gejala-gejala seperti kehilangan ingatan dan keterlambatan mental, dll.

sumber : CARI forum

Hmm, zaman sekarang ni semua boleh dicipta. Terutama barangan import dari China ni. Kebanyakannya adalah tiruan. So, kita ni kena lah berjaga-jaga dari membeli barang-barang tiruan. Terutama bahan makanan. Sebab kebanyakannya adalah dari bahan kimia.