0

Fakta mengenai Susu

susu

* gambar ehsan en google

Sambil baca paper, ternampak maklumat penting ni. Saya memang suka dengan apa saja produk berasaskan susu. Tiap malam mesti minum segelas susu. Macam budak kecil kan. Tapi inilah hakikat. Susu mengikut peringkat umur. Hehe. Sekarang ni susu Anlene dan Omega menjadi keutamaan. Mengikut kepentingan sistem badan. Huhu.

Di sini saya kongsikan fakta mengenai susu ;

Kalsium
Untuk pembentukan tulang dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang kuat. Membantu mengurangkan tekanan darah. Penting untuk otot biasa dan fungsi saraf. Susu dan produk tenusu adalah sumber paling mudah mendapatkan kalsium.

Protein
Protein tenusu amat berkualiti tinggi menyediakan semua asid amino yang penting untuk kesihatan yang baik. Menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran tubuh. Lebih kenyang dan boleh membantu dalam pengurusan berat badan. Penting untuk imuniti. Meningkatkan pembangunan otot dan kekuatan serta perlu untuk membaiki tisu.

Fosforus
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Memainkan peranan penting dalam sel darah, saraf dan enzim. Bertindak balas dengan vitamin B untuk melepaskan tenaga daripada makanan.

Kalium
Penting dalam sistem saraf, membantu dengan mengawal tekanan darah dan penghasilan enzim.

Magnesium
Membantu penyerapan kalsium dan mengekalkan bahagian penting dalam struktur mineral tulang dan gigi. Penting untuk pemindahan tenaga di seluruh badan. Magnesium untuk semua sel di dalam badan.

Zink
Membantu pertumbuhan dan pembangunan keseluruhan, penting untuk penyembuhan luka dan mengekalkan sistem imun yang sihat.

Vitamin B
Membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Penting untuk mata yang sihat dan kulit. Membebaskan tenaga daripada makanan untuk mengekalkan aktiviti harian.

Vitamin A
Mengekalkan kulit yang sihat dan penting untuk fungsi penglihatan dan imunisasi yang betul.

*Sumber Berita Harian

1

Kebaikan Air Mineral

Sekarang musim panas. Jadinya kena minum air banyak-banyak untuk mengelakkan proses dehydration. Air yang paling sesuai ialah air mineral. Air masak yang kita masak tu boleh minum cuma bila dia nak proses tu lambat sikit sebab molekul air yang besar.

Jadi untuk mencepatkan proses mencuci buah pinggang dan air dalam badan bergerak pantas, disyorkan minum air mineral. Air mineral mempunyai molekul yang halus dan mempercepatkan proses penyucian buah pinggang. (sila abaikan tatabahasa. janji maksud tersampai udah le.)

Itu menurut kata doktor yang saya pergi tempoh hari sebab sakit pinggang. Kurang air katanya. Dan doktor tu suruh saya minum air mineral. Mulanya rasa payau. Tapi lama-lama saya jadi suka dan tak boleh minum air biasa dah. Haru. Suka atau tak, berbotol-botol lah air mineral di rumah saya tu.

Saya tak pasti air tapis sama atau tidak dengan air mineral. Rumah saya pun takde penapis air. Huhu. 

Jadi kat bawah ni ada kebaikan air mineral yang saya ambil dari sini untuk dikongsikan bersama.

422655392

*gambar ehsan en google

Mineral Water is water that contains a high level of dissolved minerals (electrolytes).

Known Benefits:

Mineral water balances the electrolytes in the body and replenishes the necessary balance of minerals and water that the body loses naturally.
Mineral water has antibacterial and antifungal properties.
Mineral water also helps to cleanse the body of toxins and breakdown waste material.
Many mineral waters have therapeutic effects, which ease and even cure many chronic conditions and diseases.
Mineral water is beneficial in relieving the aches and pains of arthritis and rheumatism, by reducing the swelling and inflammation of muscles and joints.
Missouri‘s Minerals and their Effects on the Body:

Magnesium: Known as the body’s natural stress reducer. It is concentrated in the bones and muscles. Magnesium strengthens the immune system, controls blood pressure, and relaxes the muscles.

Chloride and Bicarbonates : These minerals aid in the digestion process through maintaining and regulating the acid balance in the stomach and intestines.

Sulfate and Silica: These minerals are natural cleansing agents. They are also known to strengthen bones and teeth.

Sodium: Important to maintain the balance of water in the body. Cells are bathed in fluid containing this mineral.

Iron: Aides the body in delivering oxygen throughout the body. Iron deficiency causes anemia.

Finally, Distilled water leaches toxins, no inert materials. Drink liquid at room temp. The body uses energy to bring water to room temp.

1

Kucing

* gambar ehsan en google

Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? 

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.


Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.


Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). 

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya.Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

kredit : tulahan ( forum Cari )

Saja pagi-pagi sebelum mula kerja, harus check in di forum Cari. So inilah yang aku jumpa. Dan share pada korang. 

0

Maulidur Rasul

Alangkah bahagia jika kita dapat melihat dan menjalani kehidupan di zaman Rasulullah saw. Dapat kita melihat wajahnya. Dapat kita bercakap dengannya. Namun kita lahir beribu tahun selepas wafatnya Rasul Allah yang paling disayangi. Namun kita perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam golongan umat Muhammad. Umat yang paling disayangi Allah.

Sebelum ni aku tak faham apa erti Maulidur Rasul yang sebenar benarnya. Namun setelah berjumpa dengan seseorang yang tinggi ilmunya, baru aku mulai faham dan mulai bersungguh sungguh menyayangi Rasulullah saw. Selama ini sayang, namun kali ini kasih sayang terhadapanya melebihi segalanya kecuali Allah.

Teringin rasanya berjumpa dengan Rasulullah saw. Bunyinya agak mustahil. Namun, aku yakin sekiranya kita selalu mengingatinya dan sentiasa berselawat sebanyak yang mungkin, dia pasti datang berjumpa kita. Ketika itu, itulah peristiwa yang tidak mungkin dapat kita lupakan seumur hidup.

Sesungguhnya demi Allah, aku terlalu rindukan RasulNya..