0

Seharum Mawar

Semalam saya post entry Magnificent Century. Hari ni saya nak post drama Seharum Mawar yang ditayangkan jam 7 petang setiap hari di TV1. OST drama ni membuatkan saya terpanggil untuk menonton selepas cerita turki kena banned. Jalan cerita biasa. Kekeluargaan.

Mawar yang menjadi orang gaji dalam sebuah keluarga kaya. Mawar juga yang menjadi pemberi kata-kata semangat kepada mereka sekeluarga.


Antara OST yang menarik. Satu je lagi OST Seharum Mawar yang saya tak jumpa.

0

Muhtesem Yuzyil ~ Magnificent Century

Drama bersiri yang menjadi favourite saya. Sejak ditayangkan seminggu sebelum puasa rasanya. Tapi sekarang dah kena banned. Sayang. Cerita yang menarik di-banned. Cerita yang tiada isi, yang tiada tujuan ditayangkan. Cerita-cerita khayalan makin berleluasa. Katanya drama ni menghina Islam.

Ini cerita orang Turki. Kejadian berlaku di Turki. Ini sejarah Turki. Tapi melayu yang sentap lebih. Lebih 60 buah negara ditayangkan drama ni untuk pengetahuan semua. Sepatutnya kita tengok dulu sampai habis baru kita komen. Ini cerita belum bermula dah serba tak kena. Mungkin masyarakat Melayu tak boleh terima hakikat kehidupan Islam di Turki begitu sedangkan kita sedia maklum Turki merupakan negara sekular.

Sultan Suleyman beragama Islam tidak boleh mempunyai gundik, dan juga pakaian wanitanya yang seksi. Itu cerita sejarah lebih kurang seribu tahun yang lalu. Begitu juga di zaman kesultanan Melayu Melaka, sultan kita juga mempunyai gundik. Dan mereka juga beragama Islam. Pakaian juga lebih kurang begitu. Itu sejarah negara. Suka atau tidak ia dah menjadi sejarah. Entah di mana silapnya masyarakat kita. Makin hari makin jumud.

Sekadar pandangan peribadi saya. Takpelah kita layan Seharum Mawar sajalah. Wallahua’lam.

p/s : Saya suka OST Seharum Mawar. Layan drama juga. Kat bawah ni OST Magnificent Century.

0

[Review] :: Brooklyn

images

gambar ehsan en google

Buka channel astro best, tengok apa cerita menarik. Saya buat keputusan untuk beli filem Brooklyn.

Ni review filem saya ambil dari wikipedia. Malas betul nak cerita satu-satu. Cerita ni best. Simple.

In 1952, Eilis (pronounced EH-lish) Lacey is a young woman from Enniscorthy, a small town in southeast Ireland. She works weekends at a shop run by the spiteful Miss Kelly. Eilis’s older sister Rose has arranged for her to go to the US to find a better future. She departs but begins to suffer from seasickness and food poisoning and ends up being locked out of the toilet by her cabin neighbors. The woman in the bunk below her, an experienced traveler, helps her, giving her advice and support for Eilis’s entry to the US and life in Brooklyn, the new home to many Irish immigrants.

Eilis lives at an Irish boarding house where she dines each night with the landlady and her fellow residents, all young women. She also has a job at a department store but is shy and quiet when interacting with customers, earning the gentle scolding of Miss Fortini, her supervisor. Her letters from her sister Rose, back in Ireland, give her homesickness. She is visited by Father Flood, a priest who arranged for her job and accommodation, and he tries to help by enrolling her in bookkeeping classes. At a dance she meets Tony, from an Italian family, who is quickly interested with her and becomes her boyfriend. With these developments, Eilis begins to feel more comfortable in New York, although she is slow to return Tony’s declaration of love.

Father Flood informs Eilis that Rose has died suddenly of an undisclosed illness. After a trans-Atlantic phone call with her mother reveals that she is struggling to cope, Eilis decides to return home for a visit. Tony insists that if she is leaving they must get secretly married first. They enter a civil marriage without telling family and friends. Back in Ireland, everybody seems to be conspiring to keep Eilis from returning to Brooklyn. Her best friend is getting married a week after her scheduled return journey, and her mother has already accepted the invitation on her behalf. She is set up on dates with eligible bachelor Jim, who is about to inherit property. She takes her sister’s place as a bookkeeper on an emergency basis. Eilis starts to feel that she now has the future in Ireland that did not exist when she left and stops opening the letters she receives from Tony.

Miss Kelly, her former employer, meets with Eilis and says she has learned that she is already married. Eilis is reminded of the small-town mentality she had escaped, where there are no secrets. She informs her mother of her marriage and that she is leaving for Brooklyn the next day. On the crossing, she plays the role of the experienced traveler, offering words of guidance to a first-time émigrée. The film ends with Eilis and Tony reuniting and happily embracing.

0

[Review Drama] :: Street Vendetta

Street Vandetta

gambar ehsan en google

Kegilaan drama pulak dah. Haih macam-macamlah. Drama ni asalnya daripada novel. Jadi drama adaptasi novel. Saya tak pernah dengar tajuk novel ni. Sebab saya dah sangat lama tak baca novel genre begini. Mungkin sebab faktor umur. Kisah cinderella saya dah habis. Dah jumpa prince charming. Kuikuikui.

Mengarut nombor satu. Takde kena mengena. Ok, drama ni menarik di awal jalan cerita. Lakonan Nad Zainal yang memang terkenal dengan lakonan selamba merangkap heroin rebutan. Gitu. Hero drama ni saya tak tau nama dan tak kenal. Tapi lakonan ok. Tutup sebelah mata. Hehe. Yang menjadikan saya minat cerita ni adalah sebab awal-awal tu komedi. Bagaimana Bella (heroin) bertemu Kojie (hero) dan akhirnya Kojie hilang ingatan. Mengikut drama. Kalau mengikut novel saya tak tau sebab saya berkali-kali ke kedai buku nak beli tapi berkali-kali itulah juga tak beli. Maaf penulis.

Walaupun saya rasa ada banyak lompong dengan drama ni dan banyak yang tak berapa nak logik, saya layankan aje. Sesekali santai melayan drama melayu. Jom!

0

[Filem] : Maleficent

images

*gambar ehsan en google

Cuti 1Malaysia saya agak lama sebab ada cuti anjakan. Saya tidak ke mana-mana pun. Cuma berehat di rumah menghabiskan masa dengan membaca dan menonton tv. Lagi sekali saya berminat untuk melabur duit saya kepada astro untuk cerita Maleficent.

Memang cerita ni saya nantikan sejak kemunculannya bulan May yang lepas. Tapi saya tak dibenarkan menonton wayang sendirian. Nak ajak kawan mereka tak minat genre macam ni. Sudahnya menanti di astro best sahaja. 48 jam siaran, 48 jamlah tv saya hanya memainkan filem ini. Boleh hafal dah. Hehe. Berbaloi-baloi.

Saya suka lakonan Angelina Jolie. Watak apa pun yang dia bawa pasti menjadi. Accent yang dia gunakan juga saya suka. Cerita ni memang twist dari jalan cerita asal. Mengisahkan Maleficent, pari-pari yang bercinta dengan manusia bernama Stefan. Oleh kerana ketamakan Stefan untuk menjadi raja, dia khianat cintanya terhadap Maleficent. Raja mengarahkan supaya rakyatnya membunuh Maleficent kerana tamakkan harta yang ada di Moors. Stefan tak sampai hati nak bunuh tapi dia cuma potong sayap Maleficent yang cantik.

Stefan kemudian berkahwin dengan puteri raja dan menjadi raja. Dikurniakan anak bernama Aurora. Namun disihir oleh Maleficent. Ketika umurnya 16, Aurora akan tercucuk jarinya dengan spinning wheel dan akan tidur untuk selamanya kecuali dengan ciuman cinta sejati.

Mulanya Maleficent bencikan Aurora, namun akhirnya hatinya berjaya dicuri oleh anak kecil itu dan menyebabkan dia semakin menyayangi Aurora. Namun Aurora tetap juga terkena sumpahannya. Cinta sejati akhirnya bukan dari putera raja tapi dari Maleficent sendiri. Cinta yang abadi.

Hehe, gigih saya review. Pada hal cerita ni pun dah lama. Tapi takpelah tak semua yang tengok rasanya. Sebab cerita ni lebih kepada cerita kanak-kanak.

2

Biopic Saloma

imageResize

* gambar ehsan en google

Saya cuti panjang sebab tak berapa sihat. Jadi bila duduk rumah, selain tidur, saya layan tv. Nak membaca sakit-sakit ni takde mood pula. Terdetik di hati nak langgan astro first atau astro best yang menarik. Lepas belek satu persatu saya berminat untuk memberi astro duit lebih dengan melanggan Biopic Saloma.

Biopic Saloma ni ada dua bahagian. Bahagian satu, Mencuri Guruh mengisahkan Saloma dan Mariani ketika kecil. Bagaimana ibu dan ayahnya berpisah. Mereka kemudian lari dari rumah ayah di Tanjung Karang ke rumah ibu di Singapura dengan menaiki lori sayur dan duduk di atas bumbung keretapi. Seterusnya Saloma mula menyanyi dan kemudian berkahwin dengan AR Tompel. Diceraikan ketika mengandungkan Armalie dan akhirnya meneruskan kerjaya nyanyian.

Bahagian kedua pula, saya tak ingat tajuknya apa. Mengisahkan perjalanan hidup Saloma dan P Ramlee. Agak depressed juga part 2 ni. Bagaimana Saloma yang menjadi hilang arah apabila P Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung. Betapa kasihnya P Ramlee pada Saloma dan begitulah Saloma pada P Ramlee sehingga perginya P Ramlee membawa seluruh jiwa Saloma. Perjalanan hidup yang agak sedih pada saya. Namun tidak lah sampai menangis.

Lakonan Nabila Huda sebagai Saloma menarik. Tony Eusof sebagai P Ramlee juga menarik. Orangnya agak kelakar. Azhanrani sebagai AR Tompel. Memang sebijik kena dengan gaya dan cara percakapannya. Hasnul Rahmat sebagai Pak Mam pun menarik. Biopic Saloma pada pendapat peribadi saya cerita yang sangat menarik untuk ditonton. Biografi yang agak sedih.

2

Thor : The Dark World

thor-the-dark-world-1v

Abang : Alongg! Jom tengok wayang.
Saya : As usual, cerita apa?
Abang : Thor.
Saya : Eh thor kan dah lama. Ada keluar yang baru pulak ke?
Abang : Ada lah. Aiyoo ketinggalan keretapi betul la kakak sorang ni.
Saya : Ok jommmm.

Dah beli tiket macam biasa. Adik beradik time. Layan movie. Kalau saya seorang selalunya saya beli di Astro Best saja. Boleh baring tengok tv. Berduaan dengan en hadi. Phewww…

Thor 1 memang dah best. Apa lagi Thor 2. Lagi lah sangat best. Jom saya review sikit ;

Dalam filem Thor 1, Loki (Tom Hiddleston) sememangnya inginkan tempat ayah angkatnya, Odin sebagai King. Namun, Odin lebih sukakan Thor (Chris Hemsworth) untuk menggantikannya suatu hari nanti. Thor pula bukan jiwanya untuk memerintah Asgard. Jadi Loki berdendam dan akhirnya bergaduh dengan Thor hingga menyebabkan jambatan pelangi yang menghubungkan Asgard dan Bumi dipecahkan Thor. Loki pula jatuh ke bumi dan tak boleh kembali ke Asgard. 

Dalam filem Avengers, Loki buat kacau di bumi sehingga semua superheroes (Captain America, Iron Man, Hulk dan Thor) terpaksa bergabung untuk menghalangnya. Dan seperti biasa, akhirnya Loki kalah dan dibawa balik ke Asgard kembali oleh Thor. 

Dalam filem Thor 2, Jane Foster (lakonan Natalie Portman) dibawa ke Asgard. Kuasa yang berada di dalam badannya diperlukan oleh satu kuasa hitam, Malakeith untuk memusnahkan Asgard. Thor dan Loki bergabung untuk menyelamatkan Asgard. Sebahagian dunia Asgard musnah. Ibu Thor , Frigga (Rene Russo) yang juga ahli sihir turut mati di tangan kuasa jahat. Loki akhirnya berjaya mewarisi ilmu sihir dari Frigga. 

tumblr_mn2enkmKIc1qbjuneo1_250

tumblr_mn2enkmKIc1qbjuneo3_250

tumblr_mn2enkmKIc1qbjuneo5_250

                     *Dunia asgard

Bintang : 4/5