0

Terbaik Bagimu – Siti Nurhaliza

Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Chorus:
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Ulang Chorus

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu

Ulang Chorus

0

Welcome Home MH17 …

hariberkabungmh17

Hari berkabung untuk Malaysia. Saya tidak ketinggalan. Walau pun tiada ahli keluarga, saudara mara mahupun kenalan yang terlibat, namun perasaan sedih tetap terbit. Sepanjang hari menonton live istiadat menyambut jenazah yang tiba, air mata tidak berhenti mengalir dan bergenang. Sayu rasa di hati memikirkan situasi yang dialami oleh kaum keluarga mangsa. Hanya al-fatihah yang mampu disedekahkan semoga sampai kepada mangsa.

Begitulah pengakhiran mereka. Perjanjian dengan Allah. Biarpun perginya mereka dengan sangat tragik, namun kepulangan mereka disambut dengan doa yang tidak henti-henti dari semua rakyat Malaysia. Sangat dimuliakan. Itu bahagian mereka. Bagaimana dengan kita yang masih bernafas. Semoga pengakhiran kita juga semulia mereka. Semoga kebaikan yang kita lakukan hari ini disudahi dengan penamat yang sangat indah.

Selamat kembali dan bersemadilah dengan aman wahai warga MH17. Kami sentiasa mendoakan semoga kalian ditempatkan bersama orang beriman.

0

Condolence MH17

Bangun sahur dikejutkan dengan mesej dari makcik. “MH17 ditembak jatuh?” Macam tu lah bunyi mesejnya. Terus terbeliak mata. Biar betul. Buka tv. Buka internet. Ye betul. Saya tiada kata-kata yang dapat diluahkan. Hanya yang mengalami perasaan begitu yang dapat memahami. Biarpun saya cakap saya faham kesedihan itu, namun ia pasti tidak sama sebab saya belum pernah merasai kehilangan yang sebenar di usia yang begini.

Kejutan rentetan peristiwa malang itu masih dirasai. Sekelip mata. Bila baca akhbar, air mata bergenang. Cuba memahami situasi kehilangan mereka. Bila baca media maya, macam-macam diperkatakan. Sebagai hamba Allah, walau apa pun sebab musababnya itu hanya penyebab ajal yang ditetapkan. Tidak kurang dan tidak lebih walau sesaat. Itu perjanjian cara mereka kembali kepada pencipta.

Hanya doa dititipkan untuk mereka yang telah tiada. Hanya semangat diberikan kepada keluarga mangsa. Supaya kuat dan tabah mengharungi hidup tanpa yang tersayang. Kepada anak kapal dan penumpang MH17, bersemadilah dengan aman.

Malaysia Airlines Flight MH-17 is seen at the G3 gate of Schiphol Airport in Amsterdam, before it took off, heading to Kuala Lumpur

0

Nang Fa Cha Ma

Semalam lepas makan malam, saya singgah sekejap di tempat sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diadakan pada 8hb Februari ni. Masa tu mereka sedang setting audio. Lagu yang dipasang sangat menyentuh jiwa. Sedap! Apa lagi, tahan seorang budak yang tengah sibuk bekerja tanya tajuk lagu tersebut. Jadi hari ni, sebelum mula kerja saya surf dulu dan download. So, lagu ni bakal berkumandang untuk sehari ni.

0

Selamat tinggal Kawan

 

Aku bangun pagi dengan perasaan yang sangat terkejut. Bila belek handphone. Dapat satu message dari number yang tak dikenali. Tapi message nya berbunyi begini ;

Salam. Saya Shima adik kepada Abd Kadir ingin memaklumkan bahawa Abd Kadir telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi. Semoga salah dan silapnya harap dimaafkan. 

Melompat aku dari tilam yang memang tak empuk pun. Duduk berteleku kejap sambil tonyoh mata. Dengan perasaan percaya dan tak, aku terus dial number yang message aku tu. Adik arwah le tu kan. Dan dia mengiyakan bahawa abang kandungnya telah pergi. Aku masih lagi tak percaya. Banyak soalan aku tanya. Mungkin dia bosan atau tak tau macam mana nak jawab akhirnya dia bagi pada mak dia. 

Mak arwah mengesahkan lagi sekali kebenaran yang agak pahit untuk aku terima. Tanpa sakit yang diberitahu, dua hari cuma mengalami cirit birit, muntah dan lenguh badan. Doktor pulak sahkan yang lemak dah masuk ke jantungnya. Mak dia pulak yakinkan aku lagi yang dia memang suka makan mi kuning. Kadang-kadang sekilo boleh habis sehari. Just imagine

Terus terang aku katakan aku sangat terkesan dengan kehilangan seorang kawan baik. Aku kenal arwah tahun 2006 di Pulau Pinang. Kami bekas rakan sekerja. Sangat sporting dan agak rapat tanpa perasaan. Dia banyak mengajar aku erti kehidupan, kesusahan dan macam-macam yang kami kongsi. Ye, ada masa kawan berlainan jantina lebih memahami. Itu lumrah hidup. 

Walau dah hampir 5 hari, aku masih lagi antara percaya dan tidak. Kadang-kadang terngiang-ngiang cara arwah menjawab call, cara kami berYM dan cara kami bersembang. Patutlah arwah tak minta buku yang dipinjamkan pada aku. Aku ada jumpa dengan arwah seminggu sebelum kematiannya. Bercerita dengan rancak tentang kes mahkamahnya yang belum selesai, buku yang akan dijual dan yang paling sedih JV antara aku dan dia untuk menjadi supplier buku. Semua tinggal kenangan. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Semua yang berlaku ada hikmah. Ini juga secara tak langsung merapatkan lagi hubungan antara aku dan Dia. Sentiasa sujud padaNya memohon keampunan dan keredhaanNya. 

 

 

 

 

0

berhati-hati bila bercakap

kita boleh cakap apa sahaja. sebab kita berhak untuk bercakap. tapi perlu tengok pada siapa kita tuju. bukan apa, hari ni kita tuju. esok lusa patah balik pada diri kita. macam kita main boomerang lah. kita lempar tapi dia akan patah balik pada kita. berhati-hati bila bercakap. kita ada allah yang maha mengadil. 

semua pergerakan kita, perbuatan kita, bermula dari bangun tidur sampailah ke tidur, adalah dengan izin allah. apa yang jadi semua adalah ketentuan. jangan menolak hukum. jangan menolak apa yang allah kata. walaupun kita tak suka dengan apa yang allah tentukan. 

apa yang kita suka tidak bermakna itu terbaik untuk kita. 

bak kata nabil : lu pikirlah sendiri……

0

Pemandu lane kanan

Orang Malaysia sekarang ni dah nak jadi macam US. Kenapa? Hmm, suka sangat bawak kereta slow di lane kanan. Tak faham jadinya. Kita kan belajar undang-undang yang kalau nak bawak slow atau makan angin, sila berada di lane kiri. Lane kanan hanya untuk laju dan memotong. Tak kan lah benda simple macam tu tak tau kan. Kalau tak, buat apa ambil lesen. 

Banyak kali dah berlaku. Baik kereta, baik lori. Nak juga duduk di lane kanan. Sedangkan dah tahu tak leh pi laju. Adoi.. Lepas tu kita yang laju ni kena lah potong di sebelah kiri kan. Buatnya ada polis kat depan tu, dah satu hal nak menjawab dengan pak polisi tu. Letihhhh. 

So pada rakyat Malaysia, silalah beralih ke lane kiri sekiranya anda membawa kereta sambil makan angin. Beri lah laluan pada yang nak kalut dan laju macam aku ni kan. Manjang kalut. Last minit memang macam tu kan.