0

Terlewatkah kita?

Semalam baru saya berkesempatan duduk dan berehat sambil menonton tv. Hari khamis malam jumaat apa cerita yang menarik. Harapkan astro bayar mahal saja. Asyik ulang cerita yang sama. Sampai dah boleh hafal jalan cerita. Teruk betul. Lepas satu ke satu channel saya buka akhirnya saya stop di channel 9. Semanis kurma. Secara jujurya saya kurang menonton semanis kurma. Bukan sebab topiknya tapi sebab pengacara. Maaf kalau saya cakap pengacara lebih banyak bercakap dari tetamu yang dijemput.

Tapi semalam saya tertarik dengan tetamu. Topiknya saya tak ingat tapi mengisahkan terlewatkah kita belajar al-quran di usia 40. Tetamu yang dijemput ialah Roza Rosla penulis buku Kandil di Kaki Gunung, dan suaminya Professor Kamil. Professor inilah yang baru belajar baca al-quran di umur 40 tahun. Subhanallah. Allah bukakan hatinya untuk belajar mengaji di umur 40 sebelum ke tanah suci. Yang membuatkan saya lebih tertarik ialah tetamu lebih banyak bercakap dari pengacara. Hehe.

Antara yang menarik berkenaan Profesor Kamil ialah pada masa beliau akan ke tanah suci tanpa pandai mengaji langsung. Tiap malam beliau solat memohon pada Allah supaya mengurniakan seorang yang boleh mengajar beliau mengaji. Perasaan malu yang menebal dalam diri menyebabkan beliau tidak bercerita pada sesiapa. Hanya mengadu kepada Allah. Dan alhamdulillah Allah kabulkan permintaan beliau dengan menghantar seorang tahfiz ke rumahnya. Tahfiz tersebut sedang mencari orang untuk diajar mengaji dan terjumpa seorang lelaki di kawasan kondo Professor. Lelaki tu suruh tahfiz ni pergi ke alamat rumah Professor Kamil. Allah Maha Besar.

Untuk belajar tidak perlu malu dan tiada penghujung tempoh belajar. Saya juga masih belajar. Belajar ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu kehidupan. Yang penting ilmu kerohanian untuk diisi dengan lengkap dan bekalan untuk dibawa ke ‘sana’. Dan saya tertarik dengan kata-kata Roza Roslan iaitu jodoh adalah anugerah Allah, oleh itu Allah lah tempat terbaik untuk kita mengadu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

4-reminders-bad-day

0

Cerita Nasi Lemak

pic

* Gambar ehsan en google

Dah lama saya tak beli nasi lemak pagi-pagi. Sebab apa? Hmm, sebab saya tak rasa nak makan nasi lemak kot. Tapi hari ni saya teringin nasi lemak. Jadi saya singgah di gerai yang selalu saya beli. RM1 untuk satu bungkus. Ok, makan pagi selesai dan terus ke pejabat. Hari sabtu hari bekerja saya full day. Huhu.

Bila buka nasi macam biasa. Dah makan dua suap tengok telur, tu dia, bayangkan sebiji telur dibelah 8 tapi 1/8 tu dibelah dua. Adoiii. Dah tu kacang ada dalam 5 biji sahaja. Alahai, sedih saya nak makan. Tapi apakan daya dah beli makan juga. Cuma selera makan tu kurang sikit lah. Hehe boleh macam tu.

Mungkin disebabkan harga barang naik. Jadinya semua makanan dicatu. Harga tetap RM1 tapi itulah hasilnya. Saja saya bercerita. Mak saudara saya, surirumah, pagi-pagi hanya menjual kuih. Kuih yang dibuat dipotong sama besar dengan 3 tahun dahulu. Masih dijual dengan harga rm1 untuk 4 ketul kuih. Saya agak terkejut. Saya tanya kenapa tak jual 3 seringgit. Jawab makcik saya, kita nak bagi orang makan biarlah rasa yang sedap dan puas hati. Kalau kita beli harga tak sedap dapat pulak sikit, kita hanya beli sekali sahaja. Kemudian kita akan cari di kedai lain.

Katanya lagi, biarlah orang lain jual 3 seringgit tapi dia nak jual 4 seringgit. Dia berniaga kerana Allah. Selebihnya dia niat sedekah. Alhamdulillah kuih yang dijual sentiasa habis dan rezeki yang dia dapat lebih daripada sepatutnya. Hidup tak kaya tapi tak susah. Walau hanya pakai motor, tapi motor tak pernah bagi masalah. Walau hanya menjual kuih, boleh langgan astro. Pada saya astro ni kalau dah boleh langgan maknanya duit tiap bulan tu ada lebih. Sebab astro sekarang pun dah mahal.

Saya mungkin tak dapat rasai apa yang rakyat susah lain hadapi. Tapi saya pegang idiom ni ; If you are given lemon, then make lemonade. Sentiasa cuba untuk membuat yang terbaik bila yang buruk diberikan.

Orang akan cakap, oh, engkau takde tanggungan takpelah boleh cakap macam tu. Kami ni ada anak, kereta, rumah dan sebagainya untuk ditanggung. Saya faham. Saya juga punya tanggungan. Malahan perbelanjaan saya juga agak besar. Hutang yang perlu delesaikan juga banyak. Namun apa daya saya. Saya juga memegang kata-kata dr. muhaya. Jangan asyik mengeluh bila ditimpa kesusahan sebaliknya bersyukur kerana dengan kesusahan kita akan sentiasa mengingati Allah.

Setiap manusia ada masalah. Cuma macam mana kita menyelesaikan yang menjadikan kita lain dari yang lain.

4

Buckle Up !!!

Pemakaian tali pinggang keledar. Di Malaysia sangat kurang orang yang mengamalkannya. Nak cakap tiada pendedahan, rasaya banyak pendedahan. Cuma orang kita suka ambil sikap sambil lewa.

Well, saya tak nafikan saya juga seorang yang tidak suka ikut peraturan masa di sekolah. Pada saya peraturan menyusahkan saya. Dah lah di rumah penuh peraturan, di sekolah pun begitu. Itu yang menyesakkan kepala saya.

Tapi bila saya dah besar, cara saya berfikir jadi lain. Mungkin persekitaran saya mempengaruhi juga. Pada saya disiplin bermula dari rumah dan dari diri sendiri. Dan disiplin sangat penting untuk hidup lebih teratur. Yang paling saya titikberatkan ialah pemakaian tali pinggang keledar. Bila dah saksikan kejadian kemalangan yang semua berpunca daripada kelalaian memakai car seat belt, saya jadi insaf. Saya perlu ubah diri saya untuk mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Bila masuk kereta, saya akan pastikan semua orang yang naik kereta saya sama ada duduk di depan mahu pun belakang agar memakai car seat belt. Kalau tak pakai, saya tak akan jalan. Terutama yang selalu menjadi mangsa ialah keluarga saya. Kerana mereka sangat penting untuk saya. No excuses. Memang kita tahu kemalangan tidak berbau. Bila-bila masa saja boleh jadi tapi sekurang-kurangnya kita dah ambil precaution.

Baru-baru ni saya nak ke satu tempat dengan seorang kawan. Saya yang drive. Jadi bila kawan tu masuk dalam kereta, saya suruh dia buckle up. Yang memeranjatkan saya ialah jawapannya, “Kenapa? Ada polis ke?”… Aduhai… Kena ada polis baru nak pakai ke.. Saya pun cakaplah dekat dia, “Pakai ajelah. Kalau tak kereta ni tak boleh gerak.” Hehe… Dia pandang muka saya pelik tapi tangan terus tarik seat belt. Baru kereta comel saya tu bergerak menuju destinasi. Yehaaa…

buckleup

0

Terima Kasih Tukang Jaga Lalu Lintas

“Bukan kedudukan, tetapi sikap kita yang menentukan sama ada kita bahagia atau tidak”~Anonymous

 

Barisan panjang kereta di jalan raya tidak bergerak. Jam pada dashboard kereta sudah menunjukkan angka 5:30 petang! Ini kali ketiga saya lambat menjemput anak dari nurseri minggu ini. Penjaganya pasti marah. Tetapi apakan daya saya bukan sengaja saya mahu lambat. Hari ini semuanya tidak kena. Daripada bateri kereta yang mati pagi tadi kepada setiausaha saya yang MC, menyebabkan semuanya huru hara. Kini kesesakan trafik pula melengkapkan lagi hari yang memang sudah sememangnya teruk.

 

Saya hanya mahu pulang, mandi dan berehat di rumah. Tetapi sudah tentu anak-anak dan suami mahu saya memasak, membantu mereka buat kerja sekolah, dan melayan macam-macam lagi karenah mereka.

 

Saya mengeluh panjang. Akhir-akhir ini hidup saya terasa seperti satu kitaran tanpa henti. Kerja pejabat, kerja rumah dan tidur. Itu sahaja. Pasti ada sebab dan maksud lain bagi kehidupan kita di dunia ini. Agaknya saya begitu sibuk dan letih untuk mencarinya.

 

Kemudian saya ternampak beliau. Si penjaga lalu lintas itu berdiri seorang diri. Hampir tidak kelihatan sekiranya bukan kerana vest oren yang dipakainya. Beliau berdiri di tengah-tengah jalan, di antara banyak kereta yang lalu-lalang, bersabar mengarahkan empat laluan kenderaan menjadi satu. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada si penjaga lalu lintas ini. Apabila kereta saya makin mendekat, baru saya sedar apa dia.

 

Beliau sedang berdiri di tengah-tengah berpuluh-puluh kenderaan dengan pemandu yang sudah letih, bosan dan geram tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Baju beliau sudah lencun dibasahi hujan. Dibasahi pula dengan air lecak setiap kali kenderaan melepasi beliau. Walaupun begitu, beliau tetap senyum. Beliau bukan sahaja senyum pada setiap pemandu yang melepasinya tetapi turut melambai kepada mereka. Tidak ramai yang melambai balik tetapi hampir semua orang membalas senyumannya.

 

Saya menunggu giliran kenderaan saya. Saya mula berasa malu. Sekiranya lelaki ini yang memang kerjanya sepanjang hari berdiri kesejukan dalam hujan masih mampu tersenyum dan melambai-lambai kepada semua orang, apakah alasan saya mahu merungut mengenai kehidupan saya?

 

Saya berfikir balik apa yang menanti saya di rumah. Sebuah rumah yang selesa, makanan yang baik dan sihat, yang Cuma tunggu disiapkan sahaja. Dan yang penting seorang suami dan anak-anak yang menyayangi saya.

 

Keesokan paginya? Hari esoknya saya berpeluang menggunakan kemahiran dan kepandaian saya bagi menyelesaikan kerja yang penting dan berguna. Bagaimana kehidupan saya? Sebenarnya saya bertuah dan memiliki kehidupan yang baik.

 

Akhirnya sampai giliran saya melepasi si tukang jaga lalu lintas itu. Saya membalas lambaian beliau. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau dengan harapan beliau faham gerak bibir saya. Beliau senyum dan mengangguk. Saya terus memandu dengan sikap dan semangat yang baru.

 

-Jennie Ivey

 

0

Kepuasan diri atau ketenangan hati

Dalam kekalutan dan kesibukan atau lebih tepat lagi saya menyibukkan diri membantu, ada rupanya yang memerhati. Perkara ini berpunca dari satu benda yang saya beli. Dan saya tak sangka orang yang rapat dengan saya rupanya ada sedikit perasaan cemburu. Selama ni saya tak perasan. Tapi sejak kes itu baru saya perasan. 

Rupanya dia selalu membandingkan saya dengan dirinya. Dia sentiasa bercerita hebat depan saya. Kebaikan suami. Romantiknya suami. Bahagianya keluarga dengan sikap anak-anak penghibur hati. Dan demi Allah saya sedikit pun tidak terbit rasa cemburu atau ingin bersaing. Pada saya, itu rezeki yang Allah beri. Tapi hanya kerana satu perkara itu, semua yang saya lakukan dirasanya saya cuba menunjuk. 

Saya tak tahu apa yang perlu dicemburui oleh dia. Dia punya suami. Dia punya anak. Dia punya harta yang selalu digembar-gemburkan. Tapi saya?? Hanya ada suami dan rumah sewa. Belum punya rezeki untuk memiliki anak. Harta lagilah tiada. Jadi saya balik rumah dan bercerita pada en hadi. Kebetulan en hadi pun kenal. En hadi cakap perasaan cemburu wujud kerana jiwa kita kosong. Orang mungkin nampak ada segalanya tapi adakah dia bahagia. Mungkin apa yang dia inginkan sebenarnya dia tak dapat. 

Kebetulan pula masa kami tengah duduk minum dan bersembang dengan beberapa orang kawan, dia tanya apa pandangan seorang kawan kepada dia. Directly kawan tu jawab “ko seorang yang tak pernah puas..” Ok. Saya terkejut dengan jawapan itu tapi saya tak balas. Diam membisu. Tapi saya tahu apa yang kawan saya cakap. Kepuasan diri. Saya balik rumah, saya fikir. Semua cerita berkaitan saya kaitkan. Dan saya bersetuju dengan statement itu. 

Kepuasan diri. Tak boleh tengok orang lain lebih. Tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Begitulah apa yang saya nampak. Tapi saya pendamkan. Saya cuba buat dia berubah walau pun saya tahu saya juga banyak kekurangan. Saya cuba letakkan diri saya di tempat dia. Memahami situasi dia. Memahami cara dia berfikir. Memahami kehidupan yang dilalui. 

Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak di usia muda. Belum puas menikmati keseronokan hidup di luar dari keluarga. Akhirnya memikul tanggungjawab yang berat. Dia juga pernah luahkan pada saya, “Orang yang luaran kita nampak happy tu sebenarnya menanggung pelbagai masalah. Orang yang kita tengok ketawa dan ceria sebenarnya nak tutup kesedihan dan tekanan hidup yang dialami.” Saya tak pasti kenyataan itu disampaikan berkaitan dirinya sendiri atau apa. 

Ye saya mengaku ada setengah manusia begitu. Ada juga yang tidak. Apa pun berbaliklah kepada Yang Esa. Mohonlah ketenangan hati.  Itu yang penting. Kerana pada saya, bila hati sudah tenang, segalanya akan mudah. Kita akan menikmati hidup ini dengan pandangan yang berbeza dari orang lain. Kerana syaitan sangat suka duduk di hati. Membisikkan kata-kata jahat. 

Bukan mudah. Ye saya turut akui bukan mudah untuk melalui. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Sentiasa berfikiran positif. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Saya selalu sebut pada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengadu, kebahagiaan bukan apa yang kita nampak, tapi kebahagiaan adalah apa yang kita rasa. 

life* gambar ehsan en google

0

Kaki Besar-Hati Besar

“When seeds  talk, word is nothing”- Peribahasa Afrika

Hari ini adalah hari yang panas. Semua orang nampaknya tengah mencari sesuatu yang melegakan, jadi kedai aiskrim adalah tempat yang sesuai dikunjungi.

Seorang budak kecil, menggenggam kuat duit syilingnya, masuk ke kedai aiskrim. Sebelum dia membuka mulut, kerani kedai itu terus menyuruh dia keluar kembali dan melihat papan tanda yang tertulis di luar kedai.  Dia disuruh berada di luar kedai sehinggalah budak itu memakai kasut. Budak itu beredar perlahan dan ada seorang lelaki berbadan besar mengekornya dari belakang.

Lelaki itu memerhati budak kecil itu berdiri di luar kedai dan membaca, “Tidak Dibenarkan Berkaki Ayam.” Air mata mengalir di pipinya apabila dia berpusing dan berjalan pergi dari kedai itu. Tiba-tiba lelaki itu memanggil anak kecil itu dan diletakkan kasutnya di hadapan budak itu sambil berkata, “Nah, awak mungkin tidak dapat berjalan dengan kasut yang besar ini tapi sekurangnya awak boleh mendapatkan aiskrim dengan kasut ini.”

Kemudian lelaki itu mengangkat budak kecil itu dan memakaikan dia kasut. “Ambil masa awak.” Katanya. “Saya agak letih berjalan ke sana sini dan saya rasa lebih baik saya berehat di sini sambil menikmati aiskrim saya.”

Budak kecil itu kelihatan begitu gembira dengan mata yang bersinar-sinar. Dia menuju laju ke kaunter dan membeli satu kon aiskrim untuknya.

Lelaki itu berbadan besar. Perutnya besar, kasutnya besar. Tetapi, yang paling penting, hatinya suci dan sangat besar dalam segala hal.

* gambar ehsan en google

1

Berfikir Secara Positif

Ramai yang tanya entry-entry saya yang bercerita tentang motivasi. Di mana saya ambil jalan ceritanya. Saya sengaja menaip kembali cerita-cerita yang saya rasakan menarik dan perlu dikongsi bersama. Ada setengah orang yang suka membeli dan membaca. Ada yang tidak suka membeli tetapi suka membaca secara online.

Jadi saya rasa biarlah saya kongsikan apa yang menarik isi kandungannya dengan pembaca yang secara tak langsung membaca blog saya ini. Sekurang-kurangnya dapat juga ilmu motivasi. Saya suka membaca buku-buku begini adalah untuk memberi ilmu dan sentiasa berfikiran positif.

Daripada bercerita yang bukan-bukan ada baiknya saya berkongsi apa yang saya baca. Ada masa lapang yang banyak, saya akan update lagi cerita-cerita yang menarik dari pelbagai buku…