0

[Review] :: Little Drifters ~ Kathleen O’shea

bwhsxn-iaaa4bxo

Buku ni dah lama sangat terperap di dalam almari. Lepas mengemas rak, saya pun keluarkan dan mula membaca. What?!? Buku sebagus ni saya biarkan terperuk saja tanpa membaca? Huh. Apa lagi, tolak buku yang lain, fokus membaca buku ni. Fokus saya tu bukanlah sampai tak buat kerja lain. Cuma bila masa terluang saya baca.

Cerita yang sangat menarik. Kisah benar Kathleen(penulis). Kathleen dibesarkan dengan 10 orang adik beradik di dalam rumah yang sangat sederhana. Kehidupan mereka sangat susah namun mereka gembira pada awalnya. Tapi segalanya berubah bila ayahnya mula tekanan dan kaki minum. Ditambah pula kesusahan itu bila ibunya pula meninggalkan mereka sendirian.

Kathleen dan adik beradiknya hidup dalam keadaan yang sangat susah. Ada masa mereka tak makan. Mereka kemudiannya dihantar ke convent. Kehidupan di convent juga teruk. Namun Kathleen terpaksa meneruskan juga sehingga berumur 16 tahun. Dia kemudiannya berhijrah ke England dan memulakan kehidupan baru. Kathleen mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan positif.

Buku ni sesuai dibaca umum. Highly recommended.

0

[Review] :: Esc. ~ Budak Tomato

img_5818

Nampak buku ni dah lama. Daripada tahun lepas lagi. Tapi tak rasa nak beli. Baru-baru ni singgah kedai buku, terus capai. Balik rumah baca, hmm, rasa rugi pulak beli. Bukan apa, isi dalam buku ni hanyalah luahan perasaan penulis melalui blog yang kemudiannya dibukukan. Cara penulisan sempoi. Santai. Memang ala blog.

Isi kandungan saya tak berapa pasti apa yang nak disampaikan. Sebab selalunya kalau buku akan ada hala tuju cerita. Tapi bila blog yang dibukukan, ianya bergantung kepada mood blogger masa menulis. Tak banyak sangat nak komen, overall ok lah.

0

[Review] :: Spiritual Reading ~ Raghib as-Sirjani

img_5813

Hidup lebih bermakna dengan membaca. Buku ni mengisahkan tentang kepentingan membaca. Salah satunya menjadikan membaca sebagai konsep hidup bukannya sebagai hobi. Membaca pula bukanlah bahan bacaan yang merosakkan. Sebaliknya membaca bahan bacaan yang bermanfaat.

Selain daripada itu, buku ni juga membantu kita menumbuhkan minat membaca. Ada 10 cara yang diberi. Saya baca buku ni seolah-olah sedang buat ulangkaji. Buku yang sangat menarik.

Seorang tokoh yahudi menyebut ;
“Kami tidak akan takut kepada umat Islam, kerana mereka bukan umat yang membaca.”

Hari ni review saya straight forward. Hehe. Jujurnya buku ni sangat membuka mata kenapa kita perlu membaca. Jom ubah diri dan majukan diri dengan membaca. 

0

[Review] :: Mesej ~ Anna Lee

13672639_10157364923700438_1294356922_nSekali tiga marathon. Tak boleh nak stop baca penulisan Anna Lee ni. Menarik. Kali ni buku terakhir, iaitu buku yang paling tebal. Haih, bikin jantung gue berdegup kencang seolah-olah berada dalam novel. Tu dia!

Novel ni best! Kalau tak baca rugi. Tebal sebab ada tiga episod. Anna Lee pandai sungguh bermain dengan emosi. Seolah-olah pembaca berada dalam situasi Aria. Heroin dalam novel Mesej ni nama Aria. Saya nak mula review macam mana pun saya tak tau. Hehe. Ok, jap.

Aria dan Jason mengalami timetravel. Sejak Aria berpindah dari kondo menghadap KLCC ke Ria Apartment, Aria mengalami satu perkara yang pelik. Ruma sewanya seolah ada penghuni asing yang dia tak nampak. Dan yang paling menyeramkan dia boleh bercakap dengan ‘hantu’ itu.

Mereka mula bersembang. Makin lama makin seronok. Dan Aria dan Jason rasa mereka dah saling jatuh cinta. Hinggalah pada suatu hari mereka decided nak jumpa. Puas Aria dan Jason tunggu. Namun akhirnya mereka tak jumpa. Bila masing-masing kaji rupanya mereka di tahun yang berbeza dan di tempat yang sangat jauh. Jason di Paris, Aria di Malaysia.

Di tempat keja pulak, bos baru yang jatuh hati pada Aria, Nick. Bersungguh-sungguh mengambil hati Aria. Rupanya ada sesuatu. Peluang yang perlu direbut kembali.

Serius dah lama saya tak menghabiskan berjam-jam untuk satu buku. Buku ni susah nak stop sebab nak tau sangat siapa Nick dan Jason. Hihi. Akhirnya dah tau. Baru boleh tidur lena. Tak sangka masih ada penulis yang hebat macam ni lagi sebab sekarang kan lambakan novel yang berkisar kayangan saja di pasaran. Mulai sekarang, Anna Lee termasuk dalam novellist favourite saya. Phew!

0

[Review] :: Hello, it’s me ~ Anna Lee

13823607_10157364923060438_1027343782_n

Novel Hello it’s me ni menarik juga. Mengisahkan Tiya seorang penulis mengalami agoraphobia. Panik bila berada di khalayak ramai. Akibat daripada kejadian pengeboman berani mati yang berlaku di Jawa Tengah. Masa tu Tiya dan keluarga tengah shopping. Akibat peristiwa itu, Tiya langsung mengalami agoraphobia.

Macam mana penulis nak kembangkan minda dan menulis kalau asyik berkurung di rumah. Puas kawan-kawan dan keluarga menasihatinya namun dia masih belum mampu untuk mengatasinya sehinggalah kejadian di satu cafe mengubah segalanya. Handphone Tiya tertukar dengan seorang lelaki di sebuah cafe. Malangnya lelaki itu tinggal di Holland. Nak tak nak, Tiya terpaksa juga melawan rasa fobianya untuk kembali mendapatkan telefonnya yang berada jauh di negara orang.

Dalam masa yang sama Tiya jatuh hati dengan Duta, pemilik telefon yang tertukar dengannya. Ada beberapa kejadian berlaku di sana menyebabkan mereka terpisah.

Tapi novel kan, akhirnya bersatu juga. Sedikit sebanyak cerita pasal novel ni. Hmm, jalan cerita menarik. Tak berapa cliche. Permulaan yang menyeronokkan dan membuatkan kita nak tahu apa jalan cerita seterusnya. Walaupun banyak berkisar tentang diri penulis pada permulaan cerita.

0

[Review] :: Naskah Terakhir Laura Isabell ~ Anna Lee

13711696_10157335342180438_388037028_o

Macam biasa, saya baca buku yang direkomenkan kepada saya. Saya tak pernah baca novel tulisan Anna Lee. Ini pertama kali. Saya akan baca bila ada review yang best atau pun rekomen daripada kawan-kawan atau tengok berapa bintang di goodreads.

Cerita ni tak menghampakan saya dan sangat menarik. Kisah percintaan yang terhalang pada tahun 1511. Antara Megat Alam dan Laura Isabell. Waris Laura, Dean datang ke Malaysia untuk mencari Megat Alam. Pertemuan dengan Laura di lapangan terbang seolah-olah takdir yang akhirnya menemukan mereka di Malaysia. Laura yang sama namanya menjadi pembantu kepada Dean untuk mencari Megat Alam bagi menyampaikan naskah terakhir Laura Isabell.

Walaupun cinta Laura Isabell dan Megat Alam tidak bersatu, namun akhirnya jodoh itu ada pada waris mereka.

Buku ni antara yang susah letak juga. Sebab bila dah baca, makin nak tau jalan cerita seterusnya. Berbaloilah cuti hujung minggu saya.

0

[Review] : Ragam Kereta ~ Mohd Harith Ahmed Khalil

ragam-kereta

gambar ehsan en google

Susulan daripada kereta asyik meragam dua tiga hari ni, saya nekad baca buku ni. Haha. Bukan apa, untuk pengetahuan diri sendiri. Buku ni simple saja. Mudah untuk kita faham. Buku ni pun ada bagitau komponen asas dalam kereta. Penjagaan dan pembaikan yang mudah. Boleh juga kalau nak belajar tukar minyak hitam sendiri. Hmm, menarik tu… *sigh