0

Hair Vitamin Ellips

Rambut pun kena sihat dan bersinar walaupun kita pakai tudung. Sebelum ni saya tak berapa nak kisah sangat tentang penjagaan rapi rambut. Asalkan rambut disyampu dan dibersihkan dengan baik. Itu sudah mencukupi. Asalkan tak ada kelumumur dan rambut berbuah itu sudah cukup baik bagi saya.

Lepas kerja saya ke Watsons. Tujuan saya untuk beli pencuci muka Simple yang dah habis. Pusing-pusing saya nampak vitamin Ellips untuk rambut. Berhenti sekejap. Ambil dan belek. Baca apa kebaikannya. Macam menarik. Saya ambil tiga paket. Vitamin yang warna kuning. Tujuan utama saya beli untuk bagi vitamin kepada rambut saya. Hehe. Cubalah.

Balik rumah, mandi, syampu rambut macam biasa. Bila rambut dah separuh kering, saya pakai vitamin Ellips ni. Saya sapu pada rambut tapi elakkan kena kulit kepala. Untuk pertama kali, saya guna tiga kapsul vitamin. Kuantiti terpulang pada panjang rambut. Bau wangi juga.

Ikut pada paket belakang Ellips tu, selang 3-4 hari letak lagi. Jadi saya pun ikutlah peraturannya. Selang 4 hari, saya ke salon. Kebetulan cukup masa untuk saya cuci dan trim rambut. Selalunya kalau saya cuci rambut mesti ada complaint yang rambut saya banyak gugur. Saya pun tak tau nak buat macam mana lagi dengan keguguran rambut saya. Tapi kali ni takde complaint. Saya biarkan saja.

Selang 2 hari saya cuci rambut lagi. Selalunya bila saya lap rambut tu mesti ada gugur yang banyak. Tapi kali ni lain. Kurang sangat gugur. Saya biar separuh kering kemudian ambil vitamin Ellips tu dan letak lagi 2 kapsul. Bila saya sikat rambut ternyata rambut saya kurang gugur. Dekat sikat tu tak banyak rambut gugur. Saya memang terkejutlah. Kagum sikit. Hehe.

Sebab tu saya nak share dekat sini. Saya guna vitamin Ellips yang warna kuning sebab saya nak merawat dulu rambut saya. Warna kuning ni diperkaya dengan Moroccan Oil dan diformulasikan dengan Aloe Vera, vitamin A,C,E dan pro vitamin B5. Alhamdulillah baru 2 kali penggunaan nampak ada perubahan.

noniq_ellips_hair_vitamin_pro_keratin_complex_00

* gambar ehsan en google (kredit to noniq.blogspot.com)

0

Ya Fattah

Dua hari lepas, saya kerja pagi. Tak tau kenapa, hari Jumaat tu hari yang agak kelam-kabut. Malam sebelum tu dah janji dengan suami yang pagi Jumaat saya nak scan IC dan borang-borang yang diminta. Jadi, pagi tu saya pergi kerja macam biasa. Kemudian saya nak scan di office. Dua tiga kali saya buat tak menjadi. Aduhai, masa ni lah scanner nak buat hal. Saya tak boleh keluar fotostat di luar sebab pembantu saya belum datang. Nanti nak tutup, naik notis semua leceh. Saya ambil keputusan untuk tunggu pembantu saya datang.

Pembantu saya masuk kerja jam 11.00 pagi. Datang dalam jam 10.30 pagi. Ok, saya pun siapkan apa yang perlu difotostatkan. Tiba-tiba suami mesej saya dari pejabat, dia nak borang tu semua dalam 11.30 pagi. Ah sudah. Kelam kabut saya dibuatnya. Terus keluar fotostat.

Sampai kedai fotostat, minta adik perempuan tu buat satu copy untuk semua. Alahai, slow pulak budak ni buat kerja. Tengok jam dah 10 minit berlalu. Bila dah selesai, saya capai borang, IC, bawa ke kaunter pembayaran. Selesai bayar, saya terus ke kereta. Capai handbag nak call suami, telefon pula tertinggal di office. Apa lagi patah balik ambil telefon. Dah le lambat, macam-macam.

Sampai di office, terus capai telefon atas kaunter, terus keluar. Tengok phone, ada 7 misscalled. Adoi, menjawab pulak. On the way ke pejabat tanah, cek borang yang patut dihantar, nak bagi sekali IC. Sekali IC takde. Alamak, apa nak buat ni. Ok, takpe, settle dulu borang kemudian cari IC.

Dah selesai di pejabat tanah, saya balik ke office. Saya check lagi sekali IC suami. Takde. Alamak, nak buat macam mana ni. Matilah kena marah. IC kot. Penting. Dua tiga kali saya patah balik ke kedai fotostat tu. Hampir kena marah.

Tokey kedai : Kalau ada kita bagilah. Takkan nak simpan IC orang pulak.

Saya memang blur habis. Tak ingat jatuh dekat mana. On the way balik ke office, mulut saya tak henti-henti zikir Ya Fattah. Memang zikir ni saya akan baca bila saya kehilangan barang. Atau saya tak jumpa dan ingat tempat saya letak barang. Dan, dengan izin Allah, saya akan jumpa di kemudiannya.

Saya pun terus baca zikir Ya Fattah ni. Dah nak nangis dah. Sebab nanti kena marah dengan suami. Dalam kepala ni dok fikir kat mana la terjatuhnya, macam mana nak cakap dengan suami. Haih, macam-macam dalam kepala saya masa ni. Akhirnya saya duduk di kerusi dan tenangkan fikiran. Tawakal saja pada Allah. Sambil tu mulut dan hati tak berhenti-henti zikir. Saya yakin dengan zikir pembuka ni. Saya memang amalkan sejak saya belajar di UIA.

** Cerita ni panjang sikit. Huhu.

Pukul 3.00 petang, time saya balik rumah. Dah habis waktu kerja. Saya terus balik. Selesai solat, saya baring kejap. Kepala masih berfikir di mana hilangnya IC. Tiba-tiba bunyi mesej. Saya tengok mesej dari suami. Dia hantar gambar IC. Saya tanya jumpa mana. Dia suruh saya ingat. Memang saya tak ingat jadi saya diam dan baring. Tidur terus. Mana taknya, lega tak terkata.

Petang, dia balik rumah cerita semuanya. Rupanya terjatuh masa saya kelam kabut nak ke kereta. Ada satu pasangan pakcik dan makcik ni jenuh panggil saya nak bagitau ada benda jatuh tapi saya tak dengar. Saya nak cepat. Diorang tengok saya kelam kabut. Kemudian diorang pergi ambil barang yang jatuh. Sekali IC. Ha, diorang pun dah pening nak buat macam mana. Diorang pun masuk le dalam group whatsapp. Ha canggih kan pakcik ni. Main whatsapp tu. Pheww.

Ada orang yang kenal dengan suami saya, jadi call suami dan minta ambil di rumah pakcik tu. Suami pun lepas kerja terus singgah rumah pakcik tu. Syukurlah dapat pada orang yang baik. Alhamdulillah. Itu lah kekuatan zikir Ya Fattah ni.

al-fattah1

gambar ehsan en google

0

Minyak Boreh


Minyak Boreh. Nama pelik. Tapi bagus. Mulanya saya sendiri ragu-ragu dengan kebaikan minyak ni. Sebab dah terlalu banyak direct selling ini bagus itu bagus tapi hakikatnya tidak. Saya ambil masa juga untuk setuju beli minyak ni daripada kawan.

Dah beli, minyak ni tersimpan saja dalam first aid. Saya sebenarnya tak suka pakai minyak sebab berbau dan berminyak. Hehe dah namanya minyak.

Sampailah satu malam, saya senggugut. Walaupun tak sekuat masa anak dara dulu tapi tetap rasa sakit. Dan saya tak selesa sebab dah malam. Tak boleh tidur! Esok nak kerja. Serba tak kena saya malam tu.

Tiba-tiba teringat minyak Boreh ni. Terus bangun dan sapu minyak ni pada perut. Saja lah kan kot-kot nak ok. Lima minit lepas tu tak sakit. Wahhh mujarab. Dengan izin Allah.

Bulan seterusnya saya cuba lagi. Alhamdulillah. Berkesan. Pada siapa yang nak minyak ni boleh email saya masterudeng82@yahoo.com. Harga cuma rm15 exclude postage.

Notakaki masterudeng : tiba-tiba sendiri jadi direct seller.. Tapi testimoni sendiri ni… Hehe

0

[Review] : Moisturizer Simple

photos-1182

gambar ehsan en google

Disebabkan cuaca yang sangat kering, panas yang melampau, saya mengambil keputusan untuk kembali menggunakan pelembap muka. Saya tak pasti muka saya jenis apa. Haha amek kau! Muka sendiri pun tak tau. Ada masa kering, ada masa minyak. Jadi tuan muka sedikit keliru.

Untuk mengelakkan sinaran matahari tembus ke dalam kulit dan membuatkan lebih banyak jeragat membiak, saya terus ke watson untuk mencari apa produk sesuai. Saya ternampak produk jenama Simple. Saya baca kandungan produk. Hmm, saya berminat. Ada spf30. Produk yang lain banyak spf yang lebih rendah. Saya nak cari spf yang tinggi.

Jadi saya pun terus capai dan bayar. Harga dalam rm30 sahaja. Esoknya saya apply terus kat muka. Best. Ringan saja rasa. Yang penting terus meresap ke dalam kulit. Ada setengah produk macam berminyak dan nampak tebal bila apply kat muka. Produk ni pun takde bau. Saya dah amalkan sebulan. Ini yang berani upload. Sunburn juga ada kurang.

0

[Review] : Lip Balm

29_sms_GLP_0005_eng_03

gambar ehsan en google

Dah bermacam-macam produk lipbalm dan lipstick saya cuba. Walaupun saya tak pandai make up. Cuma calit lipstick dan lipbalm je. Dulu saya suka sangat pakai lipgloss maybelline. Tapi saya rasa dah stop jenis macam tu. Kemudian saya cuba pelbagai jenama lipstick. Kebanyakannya tak kena dengan bibir saya.

Bibir jadi lebam. Ada masa mengelupas dan juga merekah. Nampak sangat hodoh bila tak pakai apa-apa. Saya masih usaha. Akhirnya saya terjumpa lipbalm sebamed ni. Lip balm ni ada spf30. Saya memang mencari spf yang lebih tinggi sebab cuaca sekarang terlalu panas. Harga pun takdelah mahal sangat cuma rm16. Saya baru pakai hampir tiga minggu. Apa yang saya perasan, bibir saya jadi kembali natural. Lebam dah hilang. Alhamdulillah dengan izin-Nya juga.

Lipbalm ni secara tak langsung juga merawat rekahan di bibir. Saya pakai waktu malam sebelum tidur. Jadi, di mana fungsi spf30 tu? Haha. Ok, saya pakai juga waktu siang bila saya tak pakai moisture balm lipcolor silkygirl.

silkygirl-01-latte1_zpsnvrdsd1l

gambar ehsan en google

Moisture balm lipcolor silkygirl ni saya baru saja pakai dalam 2 minggu. Saya ada masalah dengan warna lipstick atau lipgloss atau lipbalm. Saya suka warna pastel. Nude atau warna natural.  Akhirnya saya jumpa yang ni.  Code warna #01 Latte. Harga pun murah. Rm18 sahaja. Yeay!

0

Islam Itu Mudah

Cuaca panas. Elok juga pekena ais. Tapi ais tak elok. Kebetulan saya memang dah pantang ais dah dua tahun. Tapi awal tahun ni, ada juga cheat day saya. Seminggu dalam dua kali macam tu. Mungkin tak tahan panas sangat. Tapi itulah ada perasan badan jadi makin letih.

Jadinya saya cuma order air suam saja. Duduk membuang masa di Old Town. Hehe. Dah lama sangat rasanya tak membuang masa begini. Yelah semenjak saya ubah circle of friends saya. Tapi semalam en hadi ajak minum. Kebetulan dia nak jumpa kawan. Jadi saya sebagai peneman. Sambil mendengar cerita mereka, saya terpandang satu pasangan India di meja sebelah. Cara bersembang macam nak bergaduh. Tapi tak boleh cakap juga sebab orang India memang cara bersembang macam itu. Jadi, saya abaikan.

Buku tak bawa, bosan pulak. Nak baca forum, bateri phone dah tinggal 30%. Entah kenapa hati saya macam nak tanya je pasangan India sebelah meja tu. Saya pandang en hadi, dia pun nampak macam terganggu dengan suara mereka. Akhirnya en hadi ringan mulut bertanya apa masalahnya. Lelaki  tu minta nombor telefon, dia nak mesej.

Lelaki  : Saya ada masalah ni bang.
En hadi : Masalah apa?
Lelaki : Saya nak masuk Islam. Tapi saya tak tahu apa nak buat.
En hadi : Isteri you tak marah ke?
Lelaki : Sebelah saya ni bukan isteri saya tapi cinta saya.
En hadi : Ok kalau macam tu duduk meja saya.

Pasangan tu pun duduk di meja kami. Terkejut juga saya. Lelaki tu nak masuk Islam. Tapi dia tak tahu apa yang perlu dibuat. Perempuan tu pulak mualaf. Asal chindian. Tapi lepas kenal lelaki tu dia terumbang-ambing. Mula tinggalkan ajaran Islam. Kembali buka aurat, tak solat semua. Nak bimbing kekasih dia pun dia tak tau macam mana. Lelaki tu pulak, dipulaukan keluarga lepas buat keputusan untuk menganut agama Islam.

Kami bertiga berpandangan sesama sendiri. Hmm, bagaimana untuk membantu. Alhamdulillah saya kebetulan cukup suka dengan ceramah ustaz zakir naik. Dan saya cukup suka membaca atau mendengar cerita sami india dan cina mahupun paderi kristian yang memeluk Islam. Bagaimana kisah mereka mendapat hidayah. Saya cuba.

Saya : You percaya pada Allah? Tuhan yang satu?
Lelaki India : Ye, saya percaya. Malahan saya sudah ikut sedikit sebanyak cara hidup Islam.
Saya : You percaya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Kekasih Allah?
Lelaki India : Saya percaya. Malahan saya tak minum arak dan makan babi semua.
Saya : Alhamdulillah secara tak formal nya you dah Islam. Cuma kena lafazkan sahaja.
Lelaki India : Saya tetap nak masuk Islam. Bukan untuk kahwin. Walaupun saya tak kahwin dengan dia, saya tetap masuk Islam. Kerana Islam itu memberi ketenangan pada saya.

Nak cakap apa lagi kan, alhamdulillah syukur pada Allah. Dia dah dapat hidayah cuma dia tak tahu saluran saja. Akhirnya kami buat keputusan untuk bawa dia jumpa dengan Imam Masjid India dalam minggu ni juga. Sebab apa? Sebab mualaf ni tak boleh bawa jumpa dengan ustaz melayu, nanti lagi pening. Hehe. Adat dan agama sudah dicampur-adukkan. Jadi biarlah dia ikut cara India Muslim. Ini pandangan peribadi saya.

images

0

[Review] :: Antologi Cinta Dia ~ Hezzy Azra, Lynn Dayanna dan Dhiya Zhafira

Cover ACD full

gambar ehsan en google

Saya beli buku ni sebab Haq. Haq ialah cerpen hasil penulisan dhiya zafira. Semua novel dhiya zafira saya dah selesai membaca dan memberi komen. Hehe, sekarang tiba cerpen Haq pula. Saya suka jalan cerita Haq. Tapi ramai yang cakap ending Haq tergantung. Mereka mahukan lebih daripada itu. Pastinya mereka mahukan happy ending macam cerita cinderella. Itu biasa bagi pembaca novel. Namun saya masih realistik. Walaupun bila saya baca novel, saya akan sekali masuk dalam cerita itu menghayatilah kononnnya namun saya tak kisah apa juga ending. Untuk cerita Haq, ending dia ialah Haq dan Alin tak bersatu. Mereka berpisah tapi sudah wujud satu perasaan dalam jiwa mereka cuma belum meluahkan denga lebih mendalam. Ok apa ending macam tu. Tak semua ending akan bahagia. Hidup kita pun begitu. Ada masa orang yang kita kenal hanya untuk menjadi sejarah dan kenangan kepada kita. Overall, jalan cerita memang awesome macam tengah tengok movie pulak. Macam tengah baca novel tulisan nancy drew. Hehe. 4.5 bintang lah saya bagi. Eh eh tak boleh lah 5 bintang sebab hanya logik sahaja markah penuh.

Untuk cerpen Lynn Dayanna, saya tersuka pulak kali ni. Tak meleret macam novel lynn dayana yang sebelum-sebelum ini. Mungkin sebab cerpen jadi padat. Kelakar dengan ketiga-tiga sepupu Aisyah yang sengal itu. Tapi bagusnya kerana mereka rapat dan menjaga sesama sendiri. Ikrar yang dibuat masa kecil tak boleh jatuh cinta tu akhirnya dipecahkan oleh Chairil yang jatuh cinta terhadap Aisyah. Halangan ibu Aisyah membuatkan Chairil berundur. Tapi biasalah novel impian para pembaca mestilah mahukan happy ending. Judul cerpen pun Aku Bukan Cupid. Jadi happy ending… hmm, untuk novel lynn dayanna kali ini saya bagi 4.5 juga..

Untuk cerpen terakhir saya tak boleh nak bagi bintang. Sebabnya saya tak pernah baca tulisan hezzy azra. Dan untuk cerpen kali ini adalah sambungan melodi kasih 1. Apa pun bila saya baca, saya suka juga. Mungkin saya perlu membaca lebih banyak novel tulisan hezzy.

Apa pun yang lebih mahal dari antologi untuk dia ialah fridge magnet Haq… phewww… maaf gambar saya ambil dari google saja tak sempat nak snap.