0

Pisang Kaki @ Persimmon

img_6931

Buah kegemaran saya. Diperkenalkan oleh adik ipar. Mulanya tak suka. Tapi lama-lama hmm, memang menjadi kegemaran. Pantang nampak, mesti beli. Pisang kaki ni mahal. Tapi takpe. Orang cakap banyak khasiat. Saya pun google la apa khasiat yang ada. Memang banyak.

Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China dan tergolong dalam keluarga Ebenacea. Banyak kebaikan memakan buah pisang kaki nih. Sebabnya buah pisang kaki ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. Buah ini juga mengandungi banyak khasiat di dalamnya seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.
Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang nih baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung. Kerana pisang kaki nih mengandungi tindakbalas diuretic di dalamnya.

Yang penting kita makan ikut sederhana. Walaupun berkhasiat, terlebih makan juga membawa padah.

0

Tebu Hitam

tebu hitam

gambar ehsan en google

Batuk menyerang lagi. Diikuti dengan selsema dan demam. Tapi yang lain dah pergi meninggalkan saya cuma batuk saja masih setia menemani. Saya memang ada masalah untuk baik dengan cepat kalau batuk menyerang. Ubat batuk dah habis dua botol. Antibiotik juga doktor dah bagi. Namun masih batuk. Antibiotik tu saya rasa dah imun dengan badan agaknya. Haih terpaksalah guna dos yang lebih tinggi sikit lepas ni.

Segala rawatan tradisional yang disarankan oleh kawan-kawan, ahli keluarga saya dah cuba tapi batuk masih belum lega. Akhir sekali en hadi sarankan minum air tebu hitam. Asalnya tebu hitam ni diminum untuk penyakit santau. Dah lebih sebulan saya masih tak sembuh, jadi cuba sajalah. Bila google, kebaikan tebu hitam ni adalah untuk melegakan batuk dan menghilangkan kahak.

Jadi, saya pun cubalah. Buang kulitnya dahulu kemudian potong tebu pendek-pendek. Basuh dan rebuskan airnya. Biarkan sejuk kemudian boleh minum. Saya amalkan untuk tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk saya dah mula hilang. Kepada sesiapa yang rasa batuk dah berbulan-bulan boleh lah cuba minum air tebu hitam ni pula.

2

Kerang Rebus

Perlu ke tulis resepi kerang rebus? Hehe. Takpelah mungkin ada yang baru belajar masak tak tahu macam mana nak rebus kerang. Saya pun begitu. Kadang-kadang benda simple pun tak tahu. Kena google. Nak tanya nanti kena perli. Hehe itu pun kau tak tahu? Aduhai. Tersentap cheq! Dah tua pun tak tau. Sebab saya memang tak suka memasak. Dan saya hanya belajar memasak lepas kahwin. Jadinya barulah 5 tahun belajar memasak. Kepada kawan-kawan yang merasa tu kalau tak sedap harap maklum ye. 

Okay back to main issue. Rebus kerang. Pergi market tengok kerang sekilo rm3. Apa lagi belilah. Murah kan. Tapi kerangnya pun sesuailah dengan harga. Kecil molek ajelah. Boleh lah tu. Bawak balik rendam dulu. Kemas rumah apa patut. Cukup time nak masak pi dapur balik.

Cara saya ni leceh sikit. Kerang tu saya cuci dengan berus satu persatu. Haha kerja gila. Tapi itulah hakikatnya. Letak satu basen kerang bersama air, satu basen kosong. Sental kerang tu sambil tengok tv. Haha apalah punya kerja. Dah nampak bersih, saya cuci lagi sekali dengan air mengalir. Bila dah nampak bersih, saya letak tepi.

Ambil bawang putih dan bawang merah. Hiris halus. Masukkan minyak sedikit dan goreng bawang bagi harum. Lepas tu masukkan kerang bersama air. Masukkan garam sikit. Biar rebus. Saya buka api kecil sahaja. Saya letakkan senduk kayu atas periuk untuk mengelakkan buih melimpah. Petua ni. Saya dapat dari hasilan google juga.

Biar kerang masak dalam 15-20 minit. Lepas tu, toskan air. Masuk dalam pinggan. Letak sos cili makan bersama nasi panas atau makan macam tu saja. Terpulang pada individu. Siap! Saya tak buat sos cili sendiri sebab saya suka makan dengan sos cili LIFE sahaja. (Yang sebenar malas!!)…

collage

2

Resdung

IMG_2979

Selsema kembali menyerang. Hurix tak jalan. Ubat selsema dari farmasi pun tak jalan. Mungkin jalan tapi lambat sebab ni bukan selsema saya rasa resdung. Sebelum tu saya mengemas habuk. Jadi faham faham sajalah. Makan masa nak sembuh selsema saya ni. Sampai sakit-sakit kepala dibuatnya.

Lepas breakfast dengan kawan pagi tadi, mungkin dia tengok keadaan saya sangat teruk. Jadi secara tak langsung dia offer saya ubat. Beli di kedai ubat cina. Sekali makan sehari. Ada 9 biji di dalam. Pada dia ubat ni berkesan. Hmm, apa salah mencuba kan. Sebelum ke office, saya singgah dulu di kedai ubat cina berdekatan. Saya minta ubat yang disyorkan. Rm9.50.

Sampai office, saya makan. Dengan izin Allah, selsema berkurangan. Saya buat kerja dan saya perasan tiada lagi bersin. Alhamdulillah.

0

Kurus Dan Sihat

Ingat tak saya cakap berat saya naik? Ye saya berusaha turunkan berat. Dan akhirnya saya berjaya. Takdelah kurus sangat tapi selesa lah dengan ketinggian saya dan ringan badan saya.

Jadi semalam saya jumpa dengan seorang kawan. Kami lunch sekali.

Kawan : Akak makan apa? Dah kurus. Jeles saya.
Saya : Hmm tak makan apa pun.
Kawan : Ala, tak kan tak nak kongsi makan apa.

Saya senyum saja. Saya tak percaya pada produk kelangsingan dan juga skip makan. Apa yang saya amalkan ialah kurangkan kuantiti makanan. Saya tak skip makan nasi malam atau tengahari sebab pada saya sampai bila kita nak skip nasi. Bila kita skip nanti kita akan makan lebih banyak sebab kita kelaparan.

Saya cuma amalkan diet yang betul. Setiap minggu saya akan joging di taman tasik. Dalam dua jam. Bukan untuk kurus sangat pun tapi untuk stamina. Ye saya berjaya.

Dua hari sebelum saya jumpa kawan di Plaza Perbandaran. Kawan saya kerja di tingkat 6. Tingkat yang paling tinggi. Nak dijadikan cerita lif rosak. Nak tak nak saya terpaksa naik tangga. Dan saya kurang mengah. Bermakna stamina saya makin kuat. Yeay!!!

Jadi pada mereka yang ingin kuruskan badan jangan sesekali ambil pil kurus atau produk kelangsingan. Cuba kuruskan badan dengan cara yang betul. Keluarkan peluh, pecahkan lemak. Makan dengan kuantiti yang sedikit dan sekerap mungkin. Sementara tunggu lunch or dinner, 4 jam sekali cuba makan biskut atau apa saja untuk mengelakkan kelaparan.

Kurus tak bermakna tiada kolesterol. Apa saya amalkan ialah setiap malam saya akan minum susu omega untuk kolesterol dan anlene untuk tulang.

Penyakit kalau dah datang susah sembuh. Untuk mengelakkan penyakit amalkan gaya hidup sihat. Sekiranya ditakdirkan kita jatuh sakit kita redha sebab sekurangnya kita ada berusaha hidup dengan sihat. Yang penting jangan asyik cakap nak kurus tapi takde usaha ke arah itu.

Good luck friends!

0

Aiskrim Mcdonalds

Batuk melanda tak henti-henti. Rasanya dah dekat dua bulan. Macam-macam ubat dah saya makan. Bila nak baik, cuaca berubah jadi balik. Pemakanan pun saya kurang jaga. Akhirnya melarat sampai ke dua bulan.

Yang paling teruk ialah saya bangun tidur tak ada suara disebabkan ikut petua seorang pakcik. Kunyah sebiji bunga cengkih. Dia cuma cakap sebiji sahaja sebab takut pedas saya tak tahan. Dia tak cakap panas membuatkan kerongkong ada tonsil. Mungkin untuk pakcik tu berkesan tapi tidak untuk saya. Akhirnya saya demam dua hari mc. Huhu.

Lepas kes itu saya mula pantang makan. Elak makanan berminyak dan ais. Sampailah kawan saya cakap.

Kawan : Cuba akak makan Sundae Mcdonalds. Mesti okay.

Berkerut dahi saya. Betul ke ni. Tapi saya cuba jugalah. Tiga hari berturut saya beli Sundae Mcdonalds. Yeay! Ia berkesan!!! Batuk saya dah makin baik. Dah sangat kurang. Sekali sekala sahaja bila terbau asap rokok.

Saya : Betul lah. Sundae tu ubat batuk. It works! Thanks.

Kawan : Hehe. Tu lah. Saya kalau sakit tekak atau batuk mesti cari Sundae Mcdonalds. Bukan saya je tapi kawan-kawan juga.

Saya : Dengan izin Allah juga dah banyak kurang batuk. Jom Sundae!

Kawan : Jommmmmm !!!

20130923-193035.jpg

*gambar ehsan en google

3

Penjagaan Kuku

tumblr_mg5pcptLcB1s1kf71o1_500

*gambar ehsan en google

Kecantikan dan kebersihan perlu bersatu. Tapi ada orang yang lebih mengutamakan kecantikan daripada kebersihan. Pada saya, kalau saya nak tahu seseorang itu menjaga kebersihan atau pun tidak pastinya saya akan melihat kuku terlebih dahulu. Baik kuku tangan dan kaki. Begitu juga kaki. Kalau bersih maknanya dia seorang yang pembersih. Itu cara saya menilai.

Ramai yang terlupa menjaga kuku terutama kuku kaki yang mana itu sangat penting. Kuku tangan pun kalau nak dibiarkan panjang supaya cantik biarlah putih bersih. Ni ada yang hitam di celah kuku. Hmm, muka cantik dah. Baju fesyen dah. Kasut tinggi 5 inchi tapi kuku hitam dan panjang. Aduhai tak lalu nak tengok…

Jadi, jom saya kongsikan penjagaan kuku yang saya petik dari Berita Harian. 

Cara penjagaan kuku :

1. Pastikan kuku dibersihkan selalu.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3. Membersihkan kuku dengan sabun lembut khas untuk kuku.
4. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
5. Selalu memotong kuku dan membuang bahagian yang tidak perlu.
6. Harus minum air yang banyak.
7. Jangan amalkan menggigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.

Cara menjaga dan mengelakkan kuku cedera :

1. Elakkan mengorek sesuatu menggunakan kuku.
2. Jangan memotong kuku hingga terlalu pendek.
3. Elakkan menggaru dengan kuat.

Alatan penjagaan kuku :

1. Sabun dan losyen yg bersesuaian perlu dalam amalan membersih dan melembab.
2. Pemotong kuku juga perlu bersesuaian bagi memastikan kuku dapat dipotong dengan mudah.
3. Pemotong lebihan kulit bagi membersihkan dan membuang kulit yang tidak perlu.
4. Alatan pembersihan yang juga membantu membersihkan kuku dan kawasan sekitar kuku.

Petua Tradisional :

1. Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Cuba tuangkan sedikit cuka di atas kuku tersebut dan gosok dengan kain. Kemudian bilas dengan air. Pasti warna kembali berseri.

2. Selain itu juga boleh menggunakan hirisan lemon dengan digosokkan pada jari dan kuku anda. Biarkan selama 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu.

3. Boleh juga menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berkilat dan berseri. Kemudian bersihkan.

Penjagaan kuku ni boleh dibuat masa dah selesai semua kerja. Sambil baring tengok tv atau berehat. Masa potong kuku tu ambil lah sedikit masa untuk merapikan kuku anda…