0

Hair Vitamin Ellips

Rambut pun kena sihat dan bersinar walaupun kita pakai tudung. Sebelum ni saya tak berapa nak kisah sangat tentang penjagaan rapi rambut. Asalkan rambut disyampu dan dibersihkan dengan baik. Itu sudah mencukupi. Asalkan tak ada kelumumur dan rambut berbuah itu sudah cukup baik bagi saya.

Lepas kerja saya ke Watsons. Tujuan saya untuk beli pencuci muka Simple yang dah habis. Pusing-pusing saya nampak vitamin Ellips untuk rambut. Berhenti sekejap. Ambil dan belek. Baca apa kebaikannya. Macam menarik. Saya ambil tiga paket. Vitamin yang warna kuning. Tujuan utama saya beli untuk bagi vitamin kepada rambut saya. Hehe. Cubalah.

Balik rumah, mandi, syampu rambut macam biasa. Bila rambut dah separuh kering, saya pakai vitamin Ellips ni. Saya sapu pada rambut tapi elakkan kena kulit kepala. Untuk pertama kali, saya guna tiga kapsul vitamin. Kuantiti terpulang pada panjang rambut. Bau wangi juga.

Ikut pada paket belakang Ellips tu, selang 3-4 hari letak lagi. Jadi saya pun ikutlah peraturannya. Selang 4 hari, saya ke salon. Kebetulan cukup masa untuk saya cuci dan trim rambut. Selalunya kalau saya cuci rambut mesti ada complaint yang rambut saya banyak gugur. Saya pun tak tau nak buat macam mana lagi dengan keguguran rambut saya. Tapi kali ni takde complaint. Saya biarkan saja.

Selang 2 hari saya cuci rambut lagi. Selalunya bila saya lap rambut tu mesti ada gugur yang banyak. Tapi kali ni lain. Kurang sangat gugur. Saya biar separuh kering kemudian ambil vitamin Ellips tu dan letak lagi 2 kapsul. Bila saya sikat rambut ternyata rambut saya kurang gugur. Dekat sikat tu tak banyak rambut gugur. Saya memang terkejutlah. Kagum sikit. Hehe.

Sebab tu saya nak share dekat sini. Saya guna vitamin Ellips yang warna kuning sebab saya nak merawat dulu rambut saya. Warna kuning ni diperkaya dengan Moroccan Oil dan diformulasikan dengan Aloe Vera, vitamin A,C,E dan pro vitamin B5. Alhamdulillah baru 2 kali penggunaan nampak ada perubahan.

noniq_ellips_hair_vitamin_pro_keratin_complex_00

* gambar ehsan en google (kredit to noniq.blogspot.com)

0

Kek Arang

Cerita petang syawal. Tok saya buat kek lepas solat raya. Sebab malam raya letih masak ketupat. Makcik pulak letih masak rendang. Bukan kami tak nak buat kek, tapi tok saya cakap dia nak buat sendiri. Kami biarkan saja dia dengan resepinya. Hehe.

Dah selesai masak, selesai juga kami bersiap nak beraya, saya potong sikit kek untuk bawa. Selebihnya saya tanya tok saya nak letak mana. Katanya letak balik dalam oven. Ok, oven yang digunakan adalah oven jenis lama. Takde bunyi bila dah cukup masa. Jadi saya pun apa lagi letak elok-elok dalam pinggan dan letak dalam oven. Tutup oven. Siap keluar.

Banyak juga rumah saudara mara kami beraya. Lewat petang kami balik ke rumah. Sampai saja, masuk dapur nak cuci tangan tengok ada kek hitam. Haha. Saya pun belek punya belek. Ni kek pagi tadi ni. Pelik kenapa rentung. Bila tok dan makcik saya masuk dapur, tengok pelik. Tok saya kelam-kabut panggil pakcik saya yang tengah tidur.

Tok : Awat kek jadi lagu nih, ahmad!
Pakcik : Hmm, mak tinggai kek dalam oven yang tak tutup suis.
Makcik : Haaaa biaq betui mak ni.
Tok : Laaa, mak lupalah tu. Mak ingat dah tutup suis. Along tanya mak tadi nak boh mana, mak suruh boh dalam oven ja, senang.

Saya angguk jelah. Nak gelak pun ada. En hadi tengok saya. Saya senyum jelah. 

Pakcik : Nasib baik ahmad nak pi lohorq (zohor) tadi ahmad peghasan. Sebelum tu dok bau dah. Sambil dok pikiaq mesti mak ada tinggai apa ataih dapoq tak tutup api. Keluaq ja tengok dah berasap.
Makcik : Nasib baik tak terbakaq dapoq!!!

Kempunan makcik saya nak makan kek raya. Kui kui kui.

13621373_10157287183760438_1360463266_o

0

Ayam Masak Bali

13467535_10157177815165438_313143959_o

Selamat berpuasa. Semoga puasa kita kali ini diberkati dan dirahmati Allah. Dah sepuluh hari kita berpuasa. Selama sepuluh hari itu lah saya masak sendiri untuk berbuka. Ha kagum kan. Hehe, saya jarang memasak tapi kalau masuk bulan puasa terus masak dengan semangat. Bukan apa, kalau beli di bazar ramadhan, buat sakit hati je. Dah lah tengah lapar, mahal pulak tu, bawa balik bila makan tak sedap di tekak. Spoil mood makan. Jadi lebih baik masak. Menu saya pun tak susah. Tak hebat macam orang lain. Cukup lauk dan sayur.

Disebabkan saya bukan minat memasak, jadi menu saya juga terhad. Sembang-sembang dengan kawan, dia bagi cadangan cuba resepi ayam masak bali. Ni first time saya dengar. Ok, google resepi. Saya dapat daripada blog sini. Tapi saya ada sedikit menderhaka. Saya ikut apa yang ada di rumah. Jadi resepinya macam kat bawah ni.

Bahan-bahan ;
Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Kunyit hidup
Serbuk ketumbar
Serai
Kicap pekat manis
Cili kering
Asam keping
Minyak masak
Garam

Cara-cara ;
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.
2. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam, serbuk ketumbar, kicap pekat manis, asam keping dan serai.
4. Biarkan ayam masak.
5. Masukkan garam dan gaulkan.

Siap! Mudah saja cara saya. Tapi jujurnya ayam masak bali ni sangat sedap. Tambah nasi saya sampai dua pinggan waktu berbuka. Alahai…

0

Ya Fattah

Dua hari lepas, saya kerja pagi. Tak tau kenapa, hari Jumaat tu hari yang agak kelam-kabut. Malam sebelum tu dah janji dengan suami yang pagi Jumaat saya nak scan IC dan borang-borang yang diminta. Jadi, pagi tu saya pergi kerja macam biasa. Kemudian saya nak scan di office. Dua tiga kali saya buat tak menjadi. Aduhai, masa ni lah scanner nak buat hal. Saya tak boleh keluar fotostat di luar sebab pembantu saya belum datang. Nanti nak tutup, naik notis semua leceh. Saya ambil keputusan untuk tunggu pembantu saya datang.

Pembantu saya masuk kerja jam 11.00 pagi. Datang dalam jam 10.30 pagi. Ok, saya pun siapkan apa yang perlu difotostatkan. Tiba-tiba suami mesej saya dari pejabat, dia nak borang tu semua dalam 11.30 pagi. Ah sudah. Kelam kabut saya dibuatnya. Terus keluar fotostat.

Sampai kedai fotostat, minta adik perempuan tu buat satu copy untuk semua. Alahai, slow pulak budak ni buat kerja. Tengok jam dah 10 minit berlalu. Bila dah selesai, saya capai borang, IC, bawa ke kaunter pembayaran. Selesai bayar, saya terus ke kereta. Capai handbag nak call suami, telefon pula tertinggal di office. Apa lagi patah balik ambil telefon. Dah le lambat, macam-macam.

Sampai di office, terus capai telefon atas kaunter, terus keluar. Tengok phone, ada 7 misscalled. Adoi, menjawab pulak. On the way ke pejabat tanah, cek borang yang patut dihantar, nak bagi sekali IC. Sekali IC takde. Alamak, apa nak buat ni. Ok, takpe, settle dulu borang kemudian cari IC.

Dah selesai di pejabat tanah, saya balik ke office. Saya check lagi sekali IC suami. Takde. Alamak, nak buat macam mana ni. Matilah kena marah. IC kot. Penting. Dua tiga kali saya patah balik ke kedai fotostat tu. Hampir kena marah.

Tokey kedai : Kalau ada kita bagilah. Takkan nak simpan IC orang pulak.

Saya memang blur habis. Tak ingat jatuh dekat mana. On the way balik ke office, mulut saya tak henti-henti zikir Ya Fattah. Memang zikir ni saya akan baca bila saya kehilangan barang. Atau saya tak jumpa dan ingat tempat saya letak barang. Dan, dengan izin Allah, saya akan jumpa di kemudiannya.

Saya pun terus baca zikir Ya Fattah ni. Dah nak nangis dah. Sebab nanti kena marah dengan suami. Dalam kepala ni dok fikir kat mana la terjatuhnya, macam mana nak cakap dengan suami. Haih, macam-macam dalam kepala saya masa ni. Akhirnya saya duduk di kerusi dan tenangkan fikiran. Tawakal saja pada Allah. Sambil tu mulut dan hati tak berhenti-henti zikir. Saya yakin dengan zikir pembuka ni. Saya memang amalkan sejak saya belajar di UIA.

** Cerita ni panjang sikit. Huhu.

Pukul 3.00 petang, time saya balik rumah. Dah habis waktu kerja. Saya terus balik. Selesai solat, saya baring kejap. Kepala masih berfikir di mana hilangnya IC. Tiba-tiba bunyi mesej. Saya tengok mesej dari suami. Dia hantar gambar IC. Saya tanya jumpa mana. Dia suruh saya ingat. Memang saya tak ingat jadi saya diam dan baring. Tidur terus. Mana taknya, lega tak terkata.

Petang, dia balik rumah cerita semuanya. Rupanya terjatuh masa saya kelam kabut nak ke kereta. Ada satu pasangan pakcik dan makcik ni jenuh panggil saya nak bagitau ada benda jatuh tapi saya tak dengar. Saya nak cepat. Diorang tengok saya kelam kabut. Kemudian diorang pergi ambil barang yang jatuh. Sekali IC. Ha, diorang pun dah pening nak buat macam mana. Diorang pun masuk le dalam group whatsapp. Ha canggih kan pakcik ni. Main whatsapp tu. Pheww.

Ada orang yang kenal dengan suami saya, jadi call suami dan minta ambil di rumah pakcik tu. Suami pun lepas kerja terus singgah rumah pakcik tu. Syukurlah dapat pada orang yang baik. Alhamdulillah. Itu lah kekuatan zikir Ya Fattah ni.

al-fattah1

gambar ehsan en google

0

Masalah ‘wiper’

Satu lagi masalah timbul. Huhu. Biasalah kereta lama. Perhatian kena lebih. Kelmarin saya ke Penang, pakcik meninggal. Sakit tibi kata doktor. Dalam perjalanan balik ke rumah, atas highway, wiper kereta saya buat hal. Aduhai. Dah le time tu hujan lebat. Mujur saya ke sana berdua dengan adik.

Dah jalan separuh, wiper masalah. Akhirnya satu ke barat, satu ke timur. Haha. Terkangkang terus. Saya tengok adik, adik tengok saya. Memang gelak tak ingat lah. Kelakar. Haih, dalam pada gelak tu biasalah mesti susah hati. Aduhai. Bagaimana nak teruskan perjalanan. Mujur juga saya guna rain repellent. Boleh bertahan sampai ke rumah.

Saya kalau jadi apa-apa selagi tak selesaikan memang lah susah hati. Jadi esoknya lepas kerja saya terus ke bengkel. Mekanik kata kena tukar wiper rod yang dalam tu. Entah saya tak tau nama apa. Saya pun ok ajelah. Buat ajelah mana yang ok janji wiper kembali berfungsi. Udah le musim hujan sekarang. Susah hati. Mekanik senyum je.

DSCF2185

gambar hiasan en google

Lebih kurang macam ni lah. Kena buka bahagian ni untuk tukar sebatang besi. Saya kena buka buku pasal kereta ni. Hehe walaupun tahu sedikit sebanyak tapi banyak juga yang kena lebih tahu.

0

Emergency Leave

Hari ni terpaksa emergency leave. Semalam mesej pada bos. Bos pun jawab ok. Bukan suka-suka nak cuti tapi kereta menuntut haknya. Maklumlah kereta lama. Perlu lebih perhatian. 

Awal pagi saya ke kedai tangki air. Semalam masa saya bawa tu temperature makin ke tengah. Saya dah susah hati. Tak sampai berapa kilometer dah hampir ke hot. Apa lagi hati pun hot lah. Parking tepi biar kereta berehat. 

Bila sampai di kedai tangki air, saya minta pekerja tu tolong tengokkan apa masalah. Dia kata saluran air tu bocor. Patutlah saya kena isi air selalu. Kadang-kadang dah isi pagi, petang kena isi balik. Dia suruh saya bawa ke mekanik. Haih dah la saluran bocor, nak bawa ke mekanik pulak. Sempat ke. Cina tu cakap sempat. Dia bukan bocor besar cuma menitik saja. Ok! 

Saya tenangkan diri. Cuba fikir mekanik mana yang paling dekat. Ting! Mentol dah menyala. Saya pun terus ke mekanik terdekat.

Mekanik tu check. Dia tukar. Mulanya dia tukar satu barang sekali getah. Penuhkan air tangki tapi masih menitik. Kali ni bukan sikit tapi macam buka paip. 

Dia check lagi. Ok, ada satu lagi barang dah berlubang. Tukar barang. Tukar getah. Penuhkan air tangki. Masih ada lagi yang bocor. Check lagi, ada lagi satu barang. Tukar lagi. Kali ni penuhkan air tak bocor dah. 

Fuh! Lega lah juga. Lepas satu-satu kena tukar. Saya tak letak coolant. Saya cuma letak air mineral. Sebab mekanik sebelum ni ada bagitau saya. Kalau letak coolant nanti lama-lama coolant tu macam makan besi tu. Jadi tak berapa elok. Lagipun kereta kecil tak perlu coolant

Dia ajar saya juga bila tengok air dah mula bertukar warna, itu masa untuk tukar air. Buang air lama, masuk air baru. Noted! Hehe tadi dia cakap air kereta saya tu dah jadi teh tarik. 

Biasalah kan bila pakai kereta ni. Ongkos kecemasan kena selalu ada. Tuan kereta demam takpe lagi. Kalau kereta demam memang tuannya berpeluh jugalah. Hehe. 

Apa pun ilmu pasal kereta kena ada. 

IMG_3208

0

Minyak Boreh


Minyak Boreh. Nama pelik. Tapi bagus. Mulanya saya sendiri ragu-ragu dengan kebaikan minyak ni. Sebab dah terlalu banyak direct selling ini bagus itu bagus tapi hakikatnya tidak. Saya ambil masa juga untuk setuju beli minyak ni daripada kawan.

Dah beli, minyak ni tersimpan saja dalam first aid. Saya sebenarnya tak suka pakai minyak sebab berbau dan berminyak. Hehe dah namanya minyak.

Sampailah satu malam, saya senggugut. Walaupun tak sekuat masa anak dara dulu tapi tetap rasa sakit. Dan saya tak selesa sebab dah malam. Tak boleh tidur! Esok nak kerja. Serba tak kena saya malam tu.

Tiba-tiba teringat minyak Boreh ni. Terus bangun dan sapu minyak ni pada perut. Saja lah kan kot-kot nak ok. Lima minit lepas tu tak sakit. Wahhh mujarab. Dengan izin Allah.

Bulan seterusnya saya cuba lagi. Alhamdulillah. Berkesan. Pada siapa yang nak minyak ni boleh email saya masterudeng82@yahoo.com. Harga cuma rm15 exclude postage.

Notakaki masterudeng : tiba-tiba sendiri jadi direct seller.. Tapi testimoni sendiri ni… Hehe