0

Biskut Chocolate Chip

Tinggal lebih kurang 6 hari nak raya. Yeay! Hehe, budak-budak je yang semangat raya. Dah tua-tua ni apa ada saja. Tak melebih-lebih pun. Kuih raya hmm, wajib buat sebab kalau beli tak sedap. Tahun ni saya buat chocolate chips pulak. Tak nak buat kuih tradisional yang memang tiap tahun buat sebab apa, sebab tak makan habis pun. Cuma yang tak boleh tinggal tiap tahun kuih mazola.

Ok, entry ni nak kongsi resepi chocolate chips. This is my firstĀ attempt after 17 years. 17 tahun yang lalu, saya buat dengan mak saya. Itu lah kali pertama dan terakhir. Entah kenapa tak pernah buat lagi dah. Tahun ni tiba-tiba teringin nak buat. Apa lagi, terus mencari bahan-bahan. Mood buat kuih pun dah ada. Jom saya kongsikan resepi.

Bahan :
250 gram butter SCS
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan chocolate chips

Bahan ayak :
2 1/4 tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus

Cara :
1. Panaskan oven 160 darjah celcius.
2. Masukkan butter, gula castor, gula perang, telur dan vanilla ke dalam mixer. Pukul hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan bahan yang telah diayak.
4. Masukkan pula chocolate chips, gaul sebati.
5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas loyang.
6. Bakar selama 18 minit.

13639739_10157283353760438_816677184_o

Sepatutnya saya kena sejukkan dalam peti ais selama sejam. Hasilnya nanti jadi macam biskut yang cantik. Tapi saya tak buat sebab saya lebih suka makan yang nipis dan rangup.

0

Ayam Rebus

imageSaja saya nak share resepi ayam rebus yang sedap. Saya rebus ayam ni sebenarnya untuk buat bubur lambuk secara gotong-royong. Tugas saya rebus ayam dan stok ayam tu nanti nak guna untuk masak bubur lambuk. Saya tak pernah masak nasi ayam. Sebab saya ada masalah sikit dengan ukuran air untuk beras. Saya dibesarkan dengan sukat air beras menggunakan cawan sahaja. Kalau tukar beras makanya kena try and error lah sukatan air baru.

Lepas kahwin, saya belajar sendiri. Sukat air dengan jari. Alhamdulillah dah pandai. Haha, teruk betul kan. Takpe, orang putih cakap it’s better late than never. Kui kui kui.

Saya gunakan kemudahan yang ada. En google. Untuk apa? Resepi untuk rebus ayam lah. Oklah, tak nak omel panjang-panjang, terus kita tengok resepi. Saya ambil dari sini.

Bahan :
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Garam
Lada hitam
Air
Serai

Cara :
1. Basuh ayam bersih dengan tepung.
2. Tumbuk halia dan bawang putih. Kemudian lumur pada ayam. Perapkan dalam 1/2 jam.
3. Dalam periuk yang sama, masukkan air separuh. Renehkan dengan api paling kecil selama 1/2 jam.
4. Kemudian tambahkan air jadi 3/4 periuk. Besarkan api.
5. Masukkan lada hitam, garam dan serai.
6. Tutup periuk dan biarkan ayam sampai mendidih.

Siap. Saya keluarkan ayam masuk dalam tupperware asing. Stok ayam tu saya asingkan. Bau pun wangi. Kalau nak tambah apa-apa macam kiub ayam ke, lobak merah ke, takde masalah. Terpulang pada individu.

0

Ayam Masak Bali

13467535_10157177815165438_313143959_o

Selamat berpuasa. Semoga puasa kita kali ini diberkati dan dirahmati Allah. Dah sepuluh hari kita berpuasa. Selama sepuluh hari itu lah saya masak sendiri untuk berbuka. Ha kagum kan. Hehe, saya jarang memasak tapi kalau masuk bulan puasa terus masak dengan semangat. Bukan apa, kalau beli di bazar ramadhan, buat sakit hati je. Dah lah tengah lapar, mahal pulak tu, bawa balik bila makan tak sedap di tekak. Spoil mood makan. Jadi lebih baik masak. Menu saya pun tak susah. Tak hebat macam orang lain. Cukup lauk dan sayur.

Disebabkan saya bukan minat memasak, jadi menu saya juga terhad. Sembang-sembang dengan kawan, dia bagi cadangan cuba resepi ayam masak bali. Ni first time saya dengar. Ok, google resepi. Saya dapat daripada blog sini. Tapi saya ada sedikit menderhaka. Saya ikut apa yang ada di rumah. Jadi resepinya macam kat bawah ni.

Bahan-bahan ;
Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Kunyit hidup
Serbuk ketumbar
Serai
Kicap pekat manis
Cili kering
Asam keping
Minyak masak
Garam

Cara-cara ;
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.
2. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam, serbuk ketumbar, kicap pekat manis, asam keping dan serai.
4. Biarkan ayam masak.
5. Masukkan garam dan gaulkan.

Siap! Mudah saja cara saya. Tapi jujurnya ayam masak bali ni sangat sedap. Tambah nasi saya sampai dua pinggan waktu berbuka. Alahai…

0

Puding Trifle Versi Malaysia

Self-reward. Kenapa? Hmm, kerana saya ada program di sekolah menengah semalam. Program klinik solat bersama pelajar tingkatan dua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Penceramah pun berceramah dengan bagus. Pelajar juga memberi respond yang memuaskan. Win-win situation lah sayan rumuskan. Jadinya inilah hasil untuk diri saya sendiri. Over sangat kan.

Okay, saya tak pernah lagi buat trifle ni. Tapi hasrat hati dah lama nak buat. Jadi semalam lepas kerja, singgah tesco. Beli barang keperluan. Tak banyak pun. Resepi saya tanya en google lah seperti biasa. Ok, saya letakkan resepi tu di bawah ye;

Bahan :
Tepung kastad
Susu cair
Agar-agar (Beli dalam kotak jenama Jele)
Kek pandan swiss roll
Buah peach

Cara :
1. Potong kek swiss roll. Susun dalam loyang. (Saya beli kek pandan sebab suka rasa pandan.) Susun dan tekan sikit supaya jadi base dan tak ada ruang.
2. Masukkan 3 sudu tepung kastad ke dalam mangkuk. Tuang susu cair satu tin. Kacau bagi hilang ketulan tepung. Masukkan dalam periuk dan tambah satu tin air masak. Kacau sehingga likat dengan api yang sederhana.
3. Bila kastad dah likat, tuang atas kek tadi dan ratakan.
4. Susun buah peach mengikut kreativiti.
5. Masak agar-agar sampai likat dan tuangkan ke atas buah peach tadi dan biarkan sejuk. Masukkan dalam peti ais.

Memang nikmatlah bila dah siap. Dan sambil-sambil baring depan tv atau membaca, boleh lah makan. Selamat mencuba!

image

* gambar memang tak memuaskan sebab bukan photographer. Tapi rasa walaweh sedap hingga menjilat sudu. Hiks!

3

Tiramisu Biskut Marie

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/1fa/18151359/files/2014/12/img_9102.jpg

Mood buat tiramisu pulak. Hari tu buat tiramisu oreo. Senang banget! Boleh google je kalau nak cuba. Saya nak kongsi resepi tiramisu biskut marie.

Al kisahnya boleh terbuat tiramisu ni adalah disebabkan orang yang request tiramisu tak makan cheese. Puas juga saya google tiramisu tanpa cheese. Takde. So buat tiramisu oreo. Memang penuh cheese tapi oreo saya banyak jadi kurang rasa cheese. Tak puas hati punya pasal saya cari lagi tiramisu tanpa cheese. Tak jumpa. Ok give up!

Seminggu kemudian ada user datang library. Cakap dia buat tiramisu biskut marie. Tak guna cheese. Ok dah jumpa. So balik terus singgah the store untuk beli barang. Ok jom usha resepi ;

Bahan:
Biskut marie
Milo (untuk tabur)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
4 sudu besar tepung kastard
1 cawan air

Cara :
1. Masak susu cair, susu pekat, tepung kastard dan air.
2. Kacau sampai likat di atas api yang perlahan.
3. Susun biskut marie dalam bekas.
4. Bila dah likat, tuang semua adunan tadi.
5. Akhir sekali tabur milo.

Siap! Boleh biarkan sejuk dan masuk dalam peti ais. Sedap makan sejuk sejuk. Ok saya nak ingatkan biskut marie tu kalau boleh letak bagi penuh bekas sebab kalau tak penuh nanti kastard tu macam cair sikit. Tak sama mcm kita guna cream cheese.

Tiramisu biskut marie memang sedap. Simple je kan. Saya memang suka dengan resepi yang simple sebab saya pun simple je. Okay, Selamat mencuba.

0

Kek Epal

photo

Kek lagi! Sebenarnya kek ni saya dah buat masa open house rumah kawan. Dan sambutan hangat juga. Hehe. Ada yang request lagi. Jadi semalam saya buat lagi sekali. Hari tu saya pakai epal merah jadi rasanya agak manis. Kali ni saya pakai epal hijau. Jadi ada rasa manis, masam. Saya nak kongsikan resepi yang saya dapat di internet ni. Memang sedap.

Bahan :
3 biji epal
110gm tepung
2 biji telur
140 gm gula perang
110ml minyak masak
sedikit baking powder
sedikit esen vanila
secubit garam

Cara :
1. Buang kulit epal dan potong dadu.
2. Campurkan tepung, garam dan baking powder. Asingkan.
3. Masukkan telur, esen vanila dan gula perang ke dalam mixer. Pukul hingga kembang.
4. Masukkan minyak perlahan-lahan.
5. Setelah sebati, masukkan epal.
6. Kemudian tuang dalam loyang. Bakar dalam oven pada suhu 180 celcius untuk 45 minit.

Selamat mencuba!

Image
0

Butter Cake

IMG_6244.JPG

Lagi resepi kek. Kali ni cuma butter cake. Kenapa? Kerana ada dua sebab. Yang pertama, oven saya dah letak di luar. Jadi selalu nampak, selalu lah nak membakar. Yang kedua, request dari en hadi lepas makan butter cake untuk raya hari tu. Boleh gitu? Bff faa sila jangan jeles orang ada oven ni. Muahahaha..

Ok, let’s look at the ingredients. Wah speaking london gitu.

Bahan :
250 gram butter
1 cawan gula kastor (terpulang pada kemanisan masing-masing)
2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan susu segar

Cara :
1. Panaskan oven 180 celcius. Kalau nak guna baking paper pun boleh, nak griskan guna marjerin dalam loyang pun boleh. Terpulang pada individu.
2. Masukkan butter, gula kastor dan esen vanila ke dalam mixer. Kacau biar sebati.
3. Masukkan telur satu demi satu. Kemudian masukkan tepung berselang-selikan bersama susu segar sehingga habis.
4. Tuang bancuhan ke dalam loyang yang disediakan tadi. Bakar dalam oven selama 45 minit. Macam biasa, tengok pada oven untuk masa dibakar. Kalau belum masak, tambahkan masa. Cucuk dengan lidi untuk cek kek dah masak ke belum.
5. Dah masak boleh lah dihidang bersama air untuk minum petang atau pun jadi makanan untuk mengunyah sambil membuat kerja atau pun menonton tv.

Selamat mencuba!