0

2016

2016 pun dah tujuh hari berlalu. Begitu cepat masa berjalan. Entah-entah berlari. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat tahun baru. Orang masih lagi bertanya, apa azam tahun baru. Hmm, jawapan saya, takde azam apa pun. Cuma ingin menjadi yang lebih baik saja. Baik ada banyak segi. Baik dari segi kerjaya, baik dari segi amalan, baik dari segi perangai, dan baik dari semua segi. Entah berapa banyak segi yang saya ada yang ingin saya baiki. Jom kita baiki diri ke arah yang lebih baik. 

happy-new-year-2016

0

Kita Adalah Siapa Kawan-kawan Kita

Setuju dengan tajuk di atas? Hmm, saya secara peribadi bersetuju dengan tajuk utama entry ni. Biarpun ada masa kita menafikan. Eh aku tetap aku. Mana ada ikut-ikutan perangai mereka. Aku cuma berkawan untuk sosial saja. Itu tanpa kita sedar. Tapi orang lain yang melihat kita pastinya merasakan perubahan.

Secara tidak langsung kita akan terikut cara mereka berfikir, cara mereka bercakap, cara mereka bertindak dan apa yang dibincangkan. Saya ada pengalaman begini. Berkawan dengan mereka yang suka mencarut, berbincang tidak ilmiah, semua orang tak betul, itulah, inilah. Akhirnya setelah ditegur, saya tarik. Saya undur setapak ke belakang.

Jadi suka atau tidak, kawan-kawan mempengaruhi siapa kita. Biarlah kita memilih kawan daripada golongan yang baik-baik. Yang membawa kita ke arah kebaikan dan ke jalan yang betul. Mereka ni bukanlah jahat sangat cuma topik yang dibincang tidak ilmiah dan bahasa yang digunakan tidak bagus. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat menjaga bahasa. Jadi mulanya saya terkejut. Namun akhirnya saya positifkan diri. Kehidupan mereka memang begitu dan saya yang tak boleh bertahan.

Hampir setahun meninggalkan kehidupan begitu, alhamdulillah saya kembali ke dunia saya. Saya cuma mahu kehidupan yang bahagia dan gembira biarpun ia bukan satu kehidupan yang sempurna. Kerana hanya Allah yang Maha Sempurna.

547301-b1566610-773e-11e3-98ae-18260220474f

gambar ehsan en google

0

Apa pilihan kita?

Mesej dari Whatsapp ;

“Kak, apa maksud justifikasi?”
“Kamus kan banyak di library tu. Buka dan cari sajalah.”
“Ok”

Jadi? Hmm, bila orang cakap suka suap, marah. Bila orang cakap suka bergantung pun marah. Bila orang cakap kerja duduk saja pun marah. Habis tu buku banyak tu kenapa tak buka? Begitulah orang kita. Itu mesej salah seorang staf di perpustakaan dan itu lah jawapan saya. Hehe.

Saya tak tahu nak cakap apa dengan mereka yang begini. Agaknya itu lah sebab mereka begitu kehidupannya. Yang tiada pendedahan tu saya faham. Yang pendedahan terbuka seperti ini, macam mana nak faham? Peluang bekerja di gedung ilmu, gunakan sebaik yang mungkin. Ok, setiap orang otak tak sama. Setiap orang pendidikan tak sama. Setiap orang masalah tak sama. Kena faham situasi setiap orang. Bukan macam kita. Begitulah jawapan sesetengah orang yang mentaliti pun sama macam mesej di atas.

Jawapan saya mudah. Semua orang yang begitu malas namanya. Banyak sudah kemudahan yang diberikan. Mahu dan tidak sahaja. Otak tak sama? Cuba buka setiap otak manusia. Keluasan seluas padang bola. Sama saja. Pendidikan tak sama? Ok, saya boleh terima tapi saya tetap nak pertikai. Zaman sekarang kemudahan banyak. Takde duit nak beli suratkhabar, pergi saja perpustakaan desa. Dah banyak dah perpustakaan desa ditubuhkan. Takde kenderaan, jalan kaki terbaik untuk kesihatan. Masalah tak sama? Semua orang ada masalah dan memang masalah masing-masing tak sama tetapi masih di bawah kemampuan seseorang itu. Cuma cara kita menyelesaikannya sahaja. Kena faham situasi? Kalau nak mesti ada usaha. Jadi banyak alasan maknanya malas. Rumusan saya.

Setiap orang dilahirkan berbeza persekitarannya. Pandai atau tidak kita adalah kerana usaha kita. Kita sendiri memilih untuk menjadi macam mana. Cara kita berfikir bergantung kepada persekitaran. Tapi kita juga boleh memilih untuk berfikir di luar kotak fikiran kita. Di luar persekitaran itu. Pilihan di tangan kita.

Happiness-is-a-choice

0

Chicken Pox @ Pelentung

images

 

* gambar ehsan en google

Ada yang panggil pelentung, ada yang panggil cacar air dan ada juga yang panggil campak besar. Caucasian people of course la panggil chicken pox. Hehe. Pilih mana satu mau sebut. Saya? Tak nak pilih mana nak sebut sebab dah kena. Huhu. Saya baru sahaja dijangkiti chicken pox. Dulu kecil-kecil kena campak sekarang dah tua baru nak kena pelentung. Dari mana saya kena? Hmm, anak saudara balik rumah mak, saya peluk cium apa lagi dia bagi sikit lah. Takpelah nak, maklong ambil sikit sakit kakak tu..

Saya demam selama 4 hari. Batuk tak payah cakap lah. Kong kang kong kang siang malam. Semua ubat tak jalan. Letihhh. Rupanya nak keluar pelentung. Sian en hadi penat berjaga. Takpelah nak buat macam mana kan. Hari kedua bila tengok bintik-bintik kecil mula keluar makin banyak saya dah risau. Terus jumpa doktor. Dan doktor pun mengesahkan saya dijangkiti virus chicken pox. Memang saya mengelak dan berdoa agar tak kena sebab saya dimomokkan dengan bila dah tua kena pelentung atau cacar air ni memang teruk. So doktor bagi ubat antivirus, demam dan ubat sapu.

Saya tanya doktor apa pantang kena pelentung ni. Doktor cakap kalau perubatan memang tidak ada pantang. Cuma makan ubat antivirus sahaja. Untuk mematikan virus itu. Ini kalau pergi klinik swasta saja ye. Klinik kerajaan tak bagi antivirus cuma bagi lotion sapu dan mandi sahaja. Doktor juga sarankan minum air banyak sebab chicken pox ni panas. Penyakit ni self limiting. Dia akan baik dengan sendiri. Penyakit ni juga keluar dari tulang sebab tu ada masa kita akan rasa sakit seluruh badan bila nak chicken pox ni nak keluar. Hmm, saya tanya lagi kalau orang dah pernah kena ada kemungkinan ke dia akan kena lagi. Doktor jawab terpulang pada antibodi. Kalau antibodi kuat boleh lawan balik virus tu, jadi selamatlah untuk kena kali kedua. Tapi kalau antibodi lemah, akan merasalah lagi jangkitan virus ni. Begitu. Baru saya faham.

Jadinya berkurunglah saya selama seminggu. Doktor bagi seminggu dulu untuk tengok macam mana. Saya tiada petua yang diamalkan. Saya juga tidak mandi dengan air daun semambu ataupun minum air kelapa. Saya cuma makan ubat doktor dan jaga makan. Selain itu saya kerap mandi. Ada yang kata bila kena pelentung tidak boleh mandi. Boleh ke tak mandi? Hmm, saya tak boleh. En hadi lagilah akan mengamuk kalau saya tak mandi. Dia akan pastikan saya mandi di awal pagi sebelum subuh untuk bagi panas keluar. Menggigil kesejukan? Huh itu sudah pasti. Tapi nak baik punya pasal, hadapilah. Huhu.

Pantang makan? Ye, saya amalkan. Saya jaga makan dengan disiplin. Saya hanya makan sup sayur dan bubur nasi. Untuk kesan parut dan gatal. Jemu? Tersangatlah jemu. Tapi apa boleh buat kalau saya makan ayam, saya akan kegatalan satu hari. Selain itu saya minum air kembang semangkuk untuk sejukkan badan. Batuk saya juga memerlukan ubat. Hehe. Air masak jangan cakaplah. Saya pula jenis minum air mineral cactus yang dibeli dari supermarket. Makanya berbotol-botol lah air mineral saya minum. Tapi bagus juga. Bila sakit barulah nak sedar keperluan itu semua.

Segala baju saya cuci dengan dettol untuk mengelakkan berjangkit dengan en hadi. Rumah saya hari-hari spray dengan febreeze anti bacterial. Bantal hari-hari jemur di tengah panas untuk mematikan virus. Huhu. Begitu juga dengan lantai, saya akan mop menggunakan dettol juga. Haih sangat menjaga kebersihan la pulak. Tapi nak buat macam mana. Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

0

Welcome Home MH17 …

hariberkabungmh17

Hari berkabung untuk Malaysia. Saya tidak ketinggalan. Walau pun tiada ahli keluarga, saudara mara mahupun kenalan yang terlibat, namun perasaan sedih tetap terbit. Sepanjang hari menonton live istiadat menyambut jenazah yang tiba, air mata tidak berhenti mengalir dan bergenang. Sayu rasa di hati memikirkan situasi yang dialami oleh kaum keluarga mangsa. Hanya al-fatihah yang mampu disedekahkan semoga sampai kepada mangsa.

Begitulah pengakhiran mereka. Perjanjian dengan Allah. Biarpun perginya mereka dengan sangat tragik, namun kepulangan mereka disambut dengan doa yang tidak henti-henti dari semua rakyat Malaysia. Sangat dimuliakan. Itu bahagian mereka. Bagaimana dengan kita yang masih bernafas. Semoga pengakhiran kita juga semulia mereka. Semoga kebaikan yang kita lakukan hari ini disudahi dengan penamat yang sangat indah.

Selamat kembali dan bersemadilah dengan aman wahai warga MH17. Kami sentiasa mendoakan semoga kalian ditempatkan bersama orang beriman.

2

[Review] : The Fault In Our Stars (Tertulis di Bintang-bintang)

photo

Tertulis di bintang-bintang. Novel edisi Bahasa Melayu keluaran Fixi. Jalan cerita sebenarnya sangat menarik. Romantik mungkin. Bahasa yang indah juga saya agak untuk novel sebenar. Tapi akibat daripada translation yang agak disaster juga menyebabkan saya tidak begitu memahami sepenuhnya jalan cerita. Harus beli yang English version. Bukan saya tidak menyokong novel bahasa melayu tapi translation haruslah betul dan cantik. Di Indonesia juga banyak buku yang dialihbahasa namun bahasanya tetap indah. Maaf saya memang agak kurang gemar dengan kebanyakan novel keluaran Fixi. Kenapa? Kerana bahasa yang haru biru. Bahasa urban katanya. Yang paling saya tak dapat nak hadam ialah bahasa kotor. Minta maaf Fixi.

Saya akan review lagi untuk novel english version. Insya Allah.

nota kaki masterudeng : Frust juga bila membaca.

1

Al-Fatihah Tuanku Sultan

Al-fatihah buat tuanku sultan Perak. Sultan negeri saya. Sultan Azlan Shah. Kehilangan yang sangat dirasai oleh rakyat Perak. Termasuk saya.

Kenangan tahun 1999 mengimbas kembali di kotak ingatan saya. Waktu itu sekolah saya mengadakan perasmian untuk satu program. Saya pun dah lupa perasmian apa. Yang pasti saya turut terlibat menerangkan produk rekacipta yang kami reka dan cipta.

Saya berpeluang untuk bersalaman dengan tuanku sultan. Tuanku seorang yang sangat merendah diri. Begitu juga kerabat beliau. Itu biasa bukan bila bertemu rakyat. Tapi itu lah kenangan yang tidak dapat saya lupakan.

Selamat berkabung selama 100 hari untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Semoga tuanku sultan bersemadi dengan aman. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kami sayang tuanku!

20140528-182841-66521206.jpg